Sunday, 4 January 2015

Penjaga Masa

Bismillah



Masa..
Mendapat sumpahan dari Tuhan.
Malah, satu surah diperuntukkan khas hanya untuk Masa di dalam Alquran.
Maka, pasti ada sesuatu yang begitu istimewa. Ia hak mutlak Allah hingga tiada siapa mampu mengubah, meng"edit", memansuhkan atau menahannya.


Ketika di UK, kami serumah tengok filem Back To The Future yang diulang tayang di kaca TV. Keghairahan manusia mahu pergi ke masa lalu sama ada untuk melihat sesuatu, atau mengubah sesuatu. Sebuah khayalan dari pengguna masa. Peminat korea, mungkin tahu drama "My Love From the Star" dan "the Great Doctor" yang juga berkhayalan dalam urusan masa. Walaupun intipati mengenai masa disampaikan dengan objektif yang berbeza, namun itulah impian beberapa orang manusia yang akhirnya lelah dengan sebuah "masa".. Sekadar cerita fiksyen.Mana mungkin mereka mampu mengubahnya. Ia buukan milik kita


Masa sebagai matlamat.

Baru-baru ni aku berkongsi kisah Tragedi keretapi Amagasaki yang aku "kenal" dari blog ustaz hasrizal. Kegilaan masyarakat jepun kepada ketepatan masa yang secara halus mengakibatkan kemalangan ngeri hingga mengorbankan 107 orang dalam sekelip mata. Seorang pemandu yang sudah terlewat "sehingga" 90 saat terasa begitu tertekan, kerana pelbagai hukuman akan dikenakan kepadanya, malah akan diejek dan dihina jika tidak menepati masa. Betapa dahsyatnya masyarakat jepun menjadikan masa sebagai matlamat, hingga keretapi yang sepatutnya berada dalam 70 km/j terpaksa dipecut sehingga 116 km/j ketika melalui sebuah selekoh. Dilema menjadikan masa sebagai tuhan, hingga akhirnya menyebabkan keretapi tersebut terbabas, melanggar apartment yang turut mencederakan 562 orang awam. "rileksla, lewat 90 saat je kot.." mungkin itu dialog orang melayu Islam.

Filem Hollywood, "In Time" 2011 merupakan antara filem yang sangat menarik untuk dibincangkan jika menyebut soal masa. Khayalan menjadikan masa sebagai segala-galanya. Masa digunakan untuk membeli barang, bayar tambang bas, masa sebagai gaji, pendek kata masa menjadi ukuran mata wang dalam kehidupan harian. Orang kaya ialah orang yang punyai masa begitu banyak, manakala orang miskin adalah orang yang menagih masa. Dahsyat bagaimana filem ini mengolah kehebatan masa sebagai matlamat, hinggakan orang yang "0" pengiraan masanya akan mati begitu sahaja. Masa yang dikawal oleh manusia. Jalan cerita menjadi bertambah menarik bilamana seorang lelaki kaya yang punyai masa untuk hidup beratus-ratus tahun, tiba-tiba berkeinginan untuk mati. Moral yang mematahkan angan-angan manusia untuk hidup selama-lamanya di dunia ni. Menarik.. Tontonlah

2014 - 2015

Tahun 2014 sudah meninggalkan aku sangat jauh jika dibandingkan dengan masa akan datang yang bakal aku hadapi. 2014 sebagai tahun permulaan berada dalam alam pekerjaan, bekerja sebagai pendidik. Tahun yang penuh dengan kisah "cinta". Tahun hidup berseorangan di rumah. Tahun aku sudah punyai wang hasil titik peluh sendiri. Tahun aku menjadi "ayah" kepada remaja-remaja di sini. Tahun yang aku sendiri tidak pasti sudah tercapai azamnya atau tidak. Atau aku tidak punya apa-apa azam sebenarnya.

Masuk Tahun 2015, umur sememangnya semakin meningkat. Persoalan pertama yang berlegar di minda bila masuk tahun baru ni ialah "kahwin".. Hmmm... Masalah menjadi guru matematik barangkali, terlampau banyak "pengiraan" yang berlegar dalam minda. Kira-kira yang tidak membuahkan apa-apa jawapan di penghujungnya, hingga aku stop mencari jawapan dan penyelesaiannya. Mudah-mudahan 2015 mencoret 1001 lagi kenangan indah. Apehal tetiba melalut ke kahwin ni!!. Demam punye sebab kot.


Jagalah masa, kerana ada hak manusia lain yang sangat besar ke atasnya. Hargailah masa, kerana kita menyembah penjaganya. Jika non-muslim yang tidak pernah menyentuh AlQuran begitu beriya menjadikan MASA sebagai matlamat, kita patut jadi lebih hebat dari itu. Kerana menjaga masa bukan sekadar disiplin hidup, tetapi menjadi satu ibadat. Ibadat menyembah penjaganya.


Sekian dari Syuib0809.

No comments:

Post a Comment