Tuesday, 11 November 2014

25:

Bismillah

Sekadar catatan untuk hari yang menyibukkan. Pada umur 25 tahun, masih punyai masa untuk mengingati tarikh lahir sendiri. Ketiadaan Twitter, Whatsapp dan yang sewaktu dengannya, menapis begitu banyak manusia. Manusia yang mengingati, pasti punya sebab tersendiri.

Awal pagi sudah mencari sarapan di luar. Usai solat subuh, sarapan tersedia buat tetamu-tetamu yang hadir ke rumah. Kehadiran rakan-rakan yang sudi bermalam di rumah sempena KAKOM seperti sebuah hadiah untuk diri. Tapi agak kelam kabut sebab 6.30 sudah perlu bergegas untuk perjumpaan bersama kontinjen. Terima kasih kepada Aiman, Cuan, Ferd, Meor dan Azri yang dah tido dah pun.

Pukul 7.20 bertolak ke UITM untuk perlawanan dengan KMtJ. Berlansung jam 10.30 pagi. Kemenangan pertama yang sekali lagi menjadi hadiah buat hari ini. Sampai semula ke kolej jam 12.30 tgh hari dan bersiap untuk Majlis Perasmian. Tanpa rehat yang panjang, terus bergegas ke padang pukul 1.30 tgh hari. Majlis habis jam 3.30 petang dan aku terus pulang merehatkan badan.

Lepas asar, memang bercadang nak belanja KFC untuk tetamu-tetamu di rumah. Balik dari Kailan, aku siapkan nasi goreng sebab tahu diorang ni memang lidah melayu habis. Diorang plan nak sambut hari jadi Ferd yang bakal berlansung tak lama lagi. 20 nov tak silap aku. Aku yang empunya birthday hari ni senyum je sebab aku memang tak "minat" orang sambut hari jadi aku. Rasa awkward. Haha. Alhamdulillah memang diorang tak ingat. Niat nak belanja diorang pun selesai tanpa syak wasangka.

Malam disibukkan dengan pelbagai postmortem.

.........

Sudah 25 tahun, tidak pasti apa manfaat yang sudah diberi.. Quran yang kerap dilupakan. sedangkan itulah yang sepatutunya menjadi teman diri. Aku sudah berhenti memikirkan mengenai "teman hidup". Sekadar memanfaatkan sebaik-baiknya "teman-teman" dalam bilik tutoran yang akan memberi saham bila mati.

Moga umurmu penuh manfaat

Syuib0809.

3 comments:

  1. er.selamat hari lahir. :) sambut hari lahir lepas alam belajar@selepas bekerja sesuatu yang sangat awkward. lepas umur 30 tahun nanti... 'anda hanya akan fikir umur itu cuma nombor'--

    ReplyDelete
  2. Heh, selamat hari tua cg, semoga panjang umur untuk terus berkongsi ilmu dan mudah mudahan segala impian tercapai

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Apa barang pakai anonymous weyh..

    ReplyDelete