Memang berhabuk sungguh blog ni. Laptop yang sering terbuka, tapi pada monitor yang berbeza. Setiap kali dipasang, sukar meniatkan untuk mengupdate blog ni.
Minggu lepas, sesuatu yang "menarik" berlaku. Pertembungan beberapa pihak, lalu melahirkan kejutan kepada anak muda yang baru sahaja menceburi dunia dakwah. Ada yang dipecat, ada rujukan terajak untuk disisihkan dan ada usaha dakwah yang mahu dimatikan. Dihalang oleh orang bukan Islam, itu barangkali mehnah yang amat jelas. Tetapi sekiranya usaha dakwah dihalang kerana alasan remeh temeh oleh orang Islam sendiri, anak muda mudah terkejut, kabur dengan sistem percaya yang ada dihadapan mereka.
"pening kami cikgu, tak tahu nak percaya yang mana..."
Satu ayat yang mengusik hati, mengganggu tidur. Hingga dua hari aku sukar melelapkan mata. Masuk sahaja kelas hari jumaat, aku mengutip kembali kata-kata ini sebagai hidangan kepada pelajar:
“Kenalilah orang itu melalui kebenaran. Jangan kamu kenal kebenaran melalui seseorang. Kenalilah kebenaran, maka kau akan mengetahui siapakah orang-orang yang membelanya.” Saidina Ali R.A (buku Risalah Hati raja Sehari)
Seseorang yang bukan dari kalangan asatizah..
Lalu penampilan dan usahanya menyebabkan dirinya digelar ustaz..
Tiba-tiba berdusta kepada anak muda kerana kuasa.
Sedang anak-anak ini mudah percaya.
Kepercayaan yang mengkaburi kebenaran
Mana satu yang mereka akan pilih?
Tertarik dengan lirik ini, benar-benar ikhlas.
Kan ada satu ketika,
kau tak tahu mana nak pergi,
Jalan betul anakanda,
tak jelas mata,
ambil yang sarat duri
Belajarlah wahai anak muda
Pengalaman itu ilmu
Menyuluh jalan yang dipenuhi kabus
Agar yang benar menjadi permata
Dan yang dusta menzahir kaca.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment