Tuesday 15 April 2014

Turki: negara dua wajah

Bismillah.

Sudah dua minggu berada di SMK Tunku. Mengajar sains secara tiba-tiba, maka cabarannya sentiasa menarik. Mengajar di sebuah sekolah yang pelajar melayunya tidak sampai pun 10 %. MasyaAllah. Kelas hujung yang dihukum sebagai kelas bermasalah rupa-rupanya punyai kisah disebalik tabir yang menyedihkan. Mereka sebenarnya bukanlah budak tak pandai, tapi kesukaran mereka memahami bahasa melayu, juga ketidaklancaran menulis dalam rumi menyebabkan pembelajaran mereka sangat-sangat terbantut.

Malah, arahan-arahan simple dalam bahasa melayu sendiri tidak dapat diorang ikuti. Akibatnya mereka cenderung untuk buat hal sendiri setelah disisihkan. Ayat BM yang paling mereka kuasai ialah "Cikgu, saya mau pergi tandas"... Pemberontakan anak kecil menjadi besar bilamana mereka dihukum atas sesuatu yang mereka lihat bukan sebagai satu kesalahan. Ibarat menghukum ikan sebagai binatang bodoh, pemalas dan dungu hanya kerana mereka tidak mampu memanjat pokok. Saat ini, mungkin aku terpaksa bersetuju dengan sekolah berasaskan kaum. Entahlah. Melainkan BM mampu menyerikan rumah kaum-kaum lain, maka masalah itu insyaAllah mampu diselesaikan. Selagi tidak bermimpi sbegitu, maka mereka akan terus beralih kepada tujuan lain bila hadir ke sekolah.




Beberapa buah buku yang berjaya dibuka sepanjang berada di Nibong Tebal. Minggu pertama aku buka buku Hilal Asyraf bertajuk Batu-Bata Kehidupan. Tapi hanya berjaya sampai muka surat 270 macam tu dan tak larat nak sambung. Banyak je dapat dari buku beliau, cuma isinya yang terlampau umum dan pelbagai tajuk kurang dapat aku hadam. Sesuai untuk remaja umur 16 hingga 23 tahun rasanya.



Kemudian beralih ke buku yang dah lama dibeli tapi asyik tertangguh sahaja baca. Turki, Negara Dua Wajah yang sangat-sangat menarik. Aku baca cetakan yang ke enam. Dipenuhi pelbagai fakta yang mungkin menyebabkan sebahagian daripada kita akan merasa begitu kehairanan. Dahsyat sungguh mereka memperTuhankan Kamal Artartuk serta idea Kemalism nya. Siapa yang ke Turki pasti akan memahaminya. Rampasan kuasa oleh Tentera yang berlaku sangat kejam pasti berlaku bilamana melihat sebarang usaha politik mengembalikan Islam di bumi Turki.



Satu ayat menarik yang menyentap hati aku.
Sebuah negara sekular tidak akan berhasil selagi mana penduduk negara tersebut tidak melihat negara sekular itu adalah negara Islam

Sekian dari Syuib0809

1 comment:

  1. amboi~eksyen kan? 'sesuai untuk remaja 16-23 tahun' ceh.macam orang dah umur 30+ pulak. Hilal tu sebaya dengan ko. mmg patut la terget audiencenya range begitu. Turki: negara dua wajah cambest~ nama penulisnya pun cm familiar. -Tahniah dah jadi guru. ohmai. Niat mengajar dengan ikhlas pasti sampai terus ke hati :) Goodluck.

    ReplyDelete