Bismillah
Beberapa hari lalu, aku hantar mesej kepada seorang rakan mengenai Outcome yang sepatutnya hadir apabila seseorang mengikuti usrah, gerakan Islam, jemaah dan mendalami Tarbiyah. Mereka-mereka ini yang berimpian menjadi tentera Allah hakikatnya kerap hanyut dalam buaian dunia kumpulan mereka sendiri.Ukhwah bagi mereka adalah sesama ahli kumpulan. Bahan tarbiyah dihadkan kepada yang dibekalkan jemaah sahaja. Program-program dilihat hebat sekiranya dirancang dan disusun oleh jemaah, begitu juga kualiti sang penceramahnya. Belum lagi dikira perihal Baitul Muslim, kelayakan jauh lebih sempit daripada orang awam yang sekadar menghadiri ceramah-ceramah umum di masjid.
Usrah dan tarbiyah sepatutnya menjadikan seorang muslim jauh lebih luas penglihatannya. Hubungan persaudaraan tidak dibataskan oleh kabilah, bentuk kaum mahupun negaranya, tetapi melangkau lebih luas seperti yang nabi tunjukkan. Pengertian amalan yang membawa ke syurga sepatutnya jauh lebih terbuka kerana ahli sebuah Usrah menyedari Islam jauh lebih syumul, namun ramai ter"tipi" kerana syok sendiri dengan program jemaah masing-masing. Malah ada sebahagiannya yang begitu semangat ber"jihad" di program-program jemaah, tetapi sayangnya mati dengan amalan subuh berjemaah. Bukan salah usrah mahupun tarbiyah yang disediakan ulama', tetapi empunya diri yang buta mata dalam melihat outcomenya.
Imam-mam mazhab sendiri orang yang begitu terbuka dalam perihal khilaf, namun pengikutnya barangkali cerminan kita pada hari ni. Pilih mahu lebih rendah diri atau sebaliknya.
Ini persoalan yang dibangkitkan said Hawa dalam buku Jundullah yang dipecahkan bagi membincangkan mengenai Jihad Fi Sabilillah. Buku yang sangat menarik untuk dihadamkan bersama.
Antara perkara lain yang menyentap pembacaan aku ialah mengenai cara menegur rakan melalui lisan. Said Hawa kata bilamana teguran kita bertujuan "menaikkan" diri kita, atau menunjuk-nunjuk ilmu kita, maka kesalahan tersebut jauh lebih hina daripada kesalahan yang dilakukan oleh rakan kita. MasyaAllah. Pentingnya urusan hati, berapa ramai diantara kita yang musnah kerananya.
Isu lain ialah mengenai urusan mengembalikan syiar Islam yang kerap dilihat sebagai fardu Kifayah oleh sesetengah individu ataupun gerakan Islam. Sedangkan bilama syiar Islam, negara Islam, Hukum Islam belum tertegak, setiap muslim sebenarnya memikul amanah dan tanggungjawap untuk menyempurnakannya. Ada juga Isu mengenai sesetengah muslim yang meletakkan zaman ini sama seperti Zaman Makiyyah. Nak tahu bolehlah beli buku ni.
tu sahaja mahu berkongsi.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment