Bismillah.
Berjaya mendapatkan sebuah buku yang sangat-sangat hebat. Buku ni aku tengok dia punya tajuk je pun aku dah tertarik nak beli. Islam, songkok dan bahasa hanyalah subtopik dalam begitu banyak artikel yang ditulis oleh Maarof Salleh dalam berita harian Singapore. Artikel-artikel yang ditulis bukanlah sarat dengan fakta, tetapi penuh dengan idea-idea galakan bagi umat Islam supaya berfikir secara kreatif dan juga kritikal. Idea-idea yang dipertengahkan cukup mengembangkan minda.
Antaranya ialah bagaimana budaya melabel sesuatu sebagai "produk Islam" hakikatnya menjadikan kita melihat dunia ini seolah-olah penuh dengan benda yang tidak ISLAMIK. Memang benar ia sebagai satu bentuk penyediaan alternatif yang baik untuk umat, namun sekiranya suatu itu tidak mempunyai simbol Islamik, adakah ia digelar sebagai sesuatu yang kafir dan berdosa. Sedangkan Islam meletakkan asas kepada sesuatu perkara sebagai HARUS selagi mana perkara tersebut tiada dalil yang mewajipkan atau yang mengharamkannya. Adakah kelak kita memerlukan CyberCafe Islamik, Laptop Islamik, tandas Islamik dan bendera Islamik sebagai gantian kepada sistem baik yang meragukan pada hari ini?
Pengalaman penulis ke luar negara memberi pengalaman bagaimana semua umat Islam memikul tanggungjawap sebagai muslim yang turut menyumbang besar kepada penyampaian risalah Islam. Tugas menyampaikan tidak terhad kepada para Ustaz, mufti, penerima tauliah yang dilihat sebagai satu-satunya kumpulan yang "layak" becerita mengenai Islam. Memang benar ketika di UK, kami begitu teruja mendengar khutbah yang disampaikan oleh pemuda-pemuda yang tidak bergelar ustaz. Dan secara jujurnya pengisian khutbah tersebut jauh lebih menarik dan berisi daripada khutbah-khutbah yang mengantuk di tanah air. Marah?
Antara yang menarik mengenai buku ini ialah idea-ideanya barangkali mengundang begitu banyak kritikan bagi orang yang tidak bersetuju. Idea-idea baru dikatakan sebagai idea yang menongkah arus, bukan idea yang dilihat mampu membawa umat Islam ke hadapan. Maka begitu sukar melahirkan pemikir-pemikir Islam sehebat HAMKA mahupun Yusuf AlQardawi, kerana kita suka melabel orang sebagai "sesat" dan "mengancam" bila mereka lahir dengan idea-idea yang berbeza dengan kebiasaan.
Macam-macam lagi yang dipertengahkan dalam buku ni. Isu Melayu baru, isu beri salam pada bukan Islam, Sekular yang memberi keuntungan pada minoriti Islam, semuanya menuntut kita untuk berfikir agar mampu memahami masalah dan menyediakan penyelesaian kepada masalah umat. Hanya sikit bahagian yang aku kurang bersetuju ialah bahagian AlQaeda dan Osama bin Laden. Bagi aku, tiada maklumat yang sahih mengenai mereka dan tidak adil untuk kita menghukum mereka dengan berita serta imej yang diperketengahkan ialah dari media barat.
Sangat berbaloi-baloi untuk dibaca.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment