Bismillah.
Berada di Cyber Cafe pada umur 25 tahun. Felik. Duduk bujang sorang-sorang menyebabkan aku terasa nak mengarang sahaja kerjanya. Bosan takde kawan nak bersembang. Surau taman Ilmu ni jelah tempat nak jumpa orang. Selamat gelaklah baca puisi ni. Aku bosan 2 hari lalu, saja buat-buat cerita. Ceewah.
Mereka yang pasti dunia milik Tuhan
Pasti yakin alamNya berjalan patuh
Mengikut acuan dan roda yang diperintahNya
Berdoa yang terbaik
Menanam benih sangkaan yang baik juga
Kepada Tuhan yang Maha Esa
Apa sahaja yang hadir
Tidak kira ujian atau pujian
pasti disambut dengan nama Tuhan
Alhamdulillah, Astaghfirullah, MashaAllah, Subhanallah
Biar di glu, pasti lekatnya di bibir
Mengharap ke seberang
Namun kini aku ke utara
Bermimpi di tengah
Kini aku belayar ke selatan
Layaknya di pagi hari
Ku tersesat ke petang yang dingin
Apa benar ini aturanMu Tuhan?
Petang di selatan negeri
Aku bertemu lagi dengan gadis itu
Wajahnya suci, tudungnya melabuh rapi
Senyumnya belum pernah ku lihat
Namun hati masih asyik tergoda
Seperti diriku setahun yang lalu
Hingga pantas melamarnya pada saat itu
Berhelai-helai surat yang telah ku tulis
Namun masih terbiar di hadapanku
Pelik, mengapa aku tak mampu utuskan
Seribu kata ingin aku bicara dan ceritakan
Namun bimbang diriku ditolak lagi
Ya Allah, mengapa Engkau pertemukan kami kembali?
Adakah penanda untuk sebuah usaha
Atau sekadar penyudah yang sia-sia
Jodoh itu urusanMu
Namun aku masih sangsi usahaku
Seperti mana aku percaya kepadaMu
Maka aku sentiasa yakin acuan dan roda itu
Bergerak patuh tanpa ingkar
Menyusun yang terbaik buat diriku.
Puisi dan lagu sering bercerita
Hanya yang melalui akan memahami
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment