Thursday, 30 May 2013

Jangan bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu

Bismillah.

Hujung minggu yang lalu, sempat bersama keluarga menuju ke Shah Alam. Ketika berada di MPH, Setia City Mall, aku pun duk tengok buku-buku yang ada kat kedai tersebut. Dua buku yang menarik perhatian aku ialah "Surat-surat Rasulullah kepada Para Raja dan Panglima Perang" serta satu buku mengenai Nusaibah yang pernah aku nukilkan kat blog ni. Tapi aku terpaksa tahan diri kerana banyak disiplin yang telah aku langgar dalam menelaah buku-buku yang telah dibeli. Banyak buku yang tak dibaca lagi, tapi dah nak beli baru.

Aku kembali membelek buku yang telah dua bulan tersadai di rumah sewa dan membawanya ke kampung untuk dibaca. Buku yang baru sahaja selesai dibaca dan sangat menarik iaitu TRAVELOG MINDA TAJDID daripada Dr MAZA.




Tersasar dari jangkaan aku, buku ini sarat dengan pelbagai ilmu siyasah, ilmu membentuk pemikiran yang dimuatkan dengan kemas dan baik sekali. Mulanya aku ingat catatan perjalanan sepanjang berada di UK, tetapi lebih kepada huraian isu semasa ketika berada di UK. Antara yang aku lihat sangat difokuskan dalam buku ni ialah

Tegas berakidah, luas dalam Fikah
Menghuraikan sikap seorang ilmuan Islam yang sepatutnya berlapang dada dalam beberapa perselisihan pendapat dari sudut Fikah antara benda yang sangat penting dalam kita beragama. Menerima atau menghormati pendapat orang lain hakikatnya banyak membantu kita untuk lebih dihormati, malah mampu menarik orang di sekeliling mendekati Islam. Begitu juga dalam sudut siyasah, muamalat serta bermazhab, elakkan budaya menghukum serta kafir megkafir hanya kerana orang lain berbeza pendapat dengan kita. Antara perkara baru yang aku belajar ialah mengenai golongan Ahbash. Boleh rujuk di internet bagi sapa-sapa yang nak tahu

Hitler, Kristian dan Yahudi.
Isu palestin antara isu lain yang dimuatkan dalam buku ini ketika mana Dr Maza berada di London menyertai demonstrasi di hadapan kedutaan pada tahun 2008. Menarik dengan sedikit catatan kempen Adolf Hitler dalam buku Mein Kampf yang menyatakan penderitaan ekonomi oleh bangsa Jerman berpunca dari orang Yahudi. Selain itu, Martin Luther juga antara yang turut mendedahkan pembohongan dan betapa bahayanya Yahudi kepada masyarakat dunia. Paling menarik, bagaimana masyarakat eropah pada kurun ke-14 mendapat arahan dari gereja Katholik supaya diasingkan penempatan Yahudi daripada mereka dengan binaan dinding yang diberi nama Ghetto. yahudi juga dilarang keluar rumah pada waktu malam. Menarik!

Banyak lagi yang dinukilkan, tapi tak dapat lah nak menulis panjang kat sini. Cuma aku tertarik kaitan buku yang aku baca ni dengan video terbaru Mathlutfi. Tak pernah aku jumpa hadis-hadis yang Dr MAZA tuliskan ni, dan tetiba boleh melekat bila ada video matluthfi untuk dikaitkan. Tengok dulu video dan lihat hadisnya di bawah.




Daripada Abu Hurairah, beliau berkata,

Seorang lelaki yang mabuk (minum arak) dibawa kepada nabi lalu beliau memerintahkan supaya lelaki itu dipukul. Dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar, dan ada pula yang memukulnya dengan kain. Apabila selesai, seseorang berkata " Allah sudah menghinanya." Maka Rasululullah berkata, "Jangan kamu menjadi pembantu syaitan(yang merosakkan) saudara kamu." maksudnya mencerca menyebabkan syaitan mudah merosakkannya lagi.

Dan satu lagi......
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)

Sekian dari Syuib0809


Friday, 24 May 2013

Lapan Minggu berlalu, masa untuk cuti

Bismillah.

Selamat bercuti bagi mereka-mereka yang sedang bersekolah dan barangkali mengajar di sekolah. Selepas lapan minggu aku berpraktikum di sekolah Sungai Acheh, dah memang terlampau banyak benda yang berlaku dan berlalu dalam sekelip mata. Malah, terlampau banyak peristiwa yang akhirnya membentuk perubahan gaya hidup dan cara befikir dalam diri aku.

Aku tertarik dengan jadual minggu terakhir aku sepanjang berada di Nibong Tebal ni.

5.40 bangun, siapkan diri, pi solat subuh semua
7.00 pagi dah bertolak ke sekolah
2.45 petang balik rumah, makan tengah hari dan kemas apa yag patut
3.40 petang aku dah ke sekolah dengan kelengkapan untuk mandi dan solat
5.30 petang main futsal kat sekolah dan teruih mandi kat sana
7.30 petang solat di masjid berdekatan, kadang-kadang imamkan budak asrama dan bagi tazkirah
8.15 malam dah mula kelas tambahan untuk pelajar-pelajar asrama.
10.15 malam habis kelas dan solat Isyak
10.30 malam tolong pelajar-pelajar form 5 yang tengah study kat tepi dewan makan.
11.30 malam baru bertolak balik ke rumah seorang diri

Bayangkan start je 3.40 petang sampailah 11.30 malam, semua masa aku dihabiskan kat sekolah. Tapi entah macam mana, aku memang minat sungguh mai sekolah dan buat sesuatu untuk pelajar berbanding duduk di rumah melangut tak tahu nak buat apa. Sedikit pelik, kelas tambahan aku bukan sekadar untuk matematik dan matematik tambahan sahaja, malah dah dua malam aku mengajar subjek pendidikan islam masing-masing untuk tingkatan empat dan juga tingkatan dua. Mudah-mudahan tak sesatlah budak-budak tu InsyaAllah.

Membawa mesej Islam semakin lama semakin kabur bagi mereka-mereka yang mula sibuk di alam pekerjaan. Malah ada yang futur sebaik sahaja dipenuhi dengan tugasan-tugasan baru, yang dilihat kerap tidak berkaitan dengan Islam. Menjadi seorang guru, engineer, pensyarah, doktor juga bukan sebab untuk seorang pejuang Islam "beralah" dengan dunia dakwah. Orang yang diluar pula jangan mudah menghukum rakan seperjuangan "FUTUR" hanya kerana mereka tidak hadir ke program-program yang diadakan. Atau lebih teruk lagi hanya kerana mereka tidak lagi aktif seperti mana ketika di kampus dahulu.

Hakikatnya, mereka sudah berjumpa medan dakwah yang baru.
Barangkali kelompok mad'unya jauh lebih besar dan mencabar dari apa yang dihadapi di kampus dahulu.
Mungkin juga itulah medan baru yang mampu menjadikan mereka jauh lebih ISTIQOMAH.

Mudah-mudahan aku masih berada di jalan dakwah.
Walaupun masih lemah di dalam siasah, mudah-mudahan aku tidak letih untuk terus percaya dengan apa yang aku yakini.

Cuma sekarang, aku letih mencari jodoh. Hmmm, JOM CUTI!!

Sekian dari Syuib0809.

Monday, 13 May 2013

Medan buat daei

Bismillah

Musim peperiksaan sudah bermula dan menghampiri bagi pelajar-pelajar menengah rendah. Menjadikan aku semakin akrab dengan pelajar di luar waktu persekolahan. Kelas-kelas tambahan sudah bermula dengan permintaan agar menjadi ruang untuk anak murid menambah kefahaman. Sebagai orang bujang, memang aku tiada banyak masalah untuk memenuhinya.

Aku terpaksa mengaku terlampau banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding berada di rumah sewa. Kadang-kadang sampai aku sendiri terpaksa mandi dan tidur kat sekolah sebab tak larat nak balik. 

Akhir-akhir ni aku kembali memikirkan tugas sebagai daei atau lebih besar lagi sebagai ahli jemaah. Sudah lama tidak bertandang ke usrah menjadikan aku mencari-cari medan untu kembali berusrah. Tidak lagi menjadikan rakan sebagai kelompok mad'u semata-mata menjadikan aku lebih jelas dengan luasnya kelompok mad'u yang sedang aku hadapi hari ini. Sekolah, sebagai medan dakwyang sangat luas.

Kesian tengok budak-budak asrama terbiar tanpa pengisian. Aku sendiri kabur daripada mana mereka mendapatkan sumber untuk mengubati rohani mereka. Yang ada hanyalah sekadar kelas agama di sekolah serta sedikit tazkirah yang dibaca, bukannya dihayati. Sembahyang berjemaah pula sangat dipandang enteng. Hanya maghrib sahaja dijadikan waktu "wajip" untuk solat berjemaah. Bukan menyalahkan mana-mana guru, namun melihat diri sendiri betapa kosongnya jiwa sekiranya kita tidak aktif membuat sesuatu. Malulah sekiranya mahu mengelar diri sebagai daei

Namun tak semua yang kita lakukan mudah disenangi dan mampu memuaskan hati semua pihak. Balik je rumah dah ada orang perli " dah habis bertugas ke?".. " Malam ni tak jadi warden ke?". Teringat ketika di kolej dan di UK, aku sudah lama meninggalkan dunia orang mengumpat. Bersahabat dengan rakan-rakan usrah, malah dikurniakan naqib yang hebat menjadikan mengumpat perkara ganjil yang aku dengar dalam hidup. Sehinggalah kembali ke Malaysia, aku kembali menjadi rimas dengan dosa besar ini. Dan ini juga salah satu sebab aku mula janggal dengan rakan-rakan serumah. Usah disalahtafsir, bukan semuanya begitu.

Kini, anak-anak murid seolah-olah menjadi ubat buat diri
Tempat mencurahkan kasih sayang selagi mana bergelar bujang.
Mudah-mudahan memenuhi erti hidup untuk terus pula memberi

Sekian dari Syuib0809



Namun tak semua yang kita lakukan mudah disenangi dan mampu memuaskan hati semua pihak. Balik je rumah dah ada orang perli " dah habis bertugas ke?".. " Malam ni tak jadi warden ke?". Teringat ketika di kolej dan di UK, aku sudah lama meninggalkan dunia orang mengumpat. Bersahabat dengan rakan-rakan usrah, malah dikurniakan naqib yang hebat menjadikan mengumpat perkara ganjil yang aku dengar dalam hidup. Sehinggalah kembali ke Malaysia, aku kembali menjadi rimas dengan dosa besar ini. Dan ini juga salah satu sebab

Sunday, 5 May 2013

Sabaq sikit je lagi

Bismillah.

Akhirnya pulang sebentar ke rumah setelah setiap minggu dipenuhi dengan aktiviti sekolah. Hari Kokurikulum minggu lepas tak banyak yang boleh diceritakan. Sebab aku sendiri banyak melangut tak tahu nak buat apa. Cuma menarik tengok semangat budak-budak ni jual macam-macam.

Dah 5 minggu berpraktikum dan memang bagi aku ia sangat menyeronokkan. Penat memang penat, macam Ustaz Azhar Idrus kata " Kerja yang kita suka buat, akan menjadikan kepenatan tertipu dengan keseronokan yang kita rasa." Walaupun kadang-kadang 2, 3 kali aku ulang alik ke sekolah dalam masa satu hari, aku tetap rasa puas.

Nak tak nak, kesabaran di antara sifat yang aku lihat mengundang seribu satu manfaat dan kelebihan. Ada anak murid yang duk gaduh sebab tak puas hati. balas dendam dan bagai lagi sebab yang mana memberi pencerahan kepada aku bahawa kemarahan hanya mengundang lebih banyak masalah. Begitu juga guru, ada marahnya mampu menjadi projektor kepada kasih sayang, namun kebanyakannya menayangkan simbol kebencian kepada anak-anak murid. Dan akibatnya, sangat-sangat dahsyat.

Apapun, dua perkara yang aku memang sungguh tak sabar nak tahu sejak dua menjak ni

Keputusan Pilihan Raya yang bakal menjadi sejarah terbesar Malaysia
Kedua, .......................................................... noktah

Sekian dari Syuib0809