Fuhh, selepas dua minggu, aku akhirnya berjaya menghabiskan buku Indahnya Politik Cara Islam karangan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman a.k.a UZAR. Memang cukup lama nak habiskan buku ni berbanding buku sebelum ni yang hanya makan masa tiga hari. Melihat pada nama sahaja sudah cukup menterjemahkan buku ni sebagai sebuah buku yang agak berat dan sangat padat dengan fakta. Memang aku sendiri mencari kekuatan untuk membacanya.
Tapi, tak dinafikan buku ni mempunyai banyak bahagian-bahagian menarik di dalamnya.
Permulaan buku ni, menceritakan perbezaan Negara Islam dan juga Negara Harb. Sebuah gelaran yang sebenarnya sangat baru setelah hilangnya sistem Khalifah dan juga pemerintahan berbentuh penjajahan. Ada yang mendefinisikan Negara Islam sebagai sebuah negara yang mana orang Islam aman di dalamnya, ada yang mengolahkan sebagai negara yang mana dakwah bebas dilakukan. Namun, ramai juga menyimpulkan ia sebagai sebuah negara yang tertegaknya hukum Islam dan syiar Islam di dalamnya. Dalam keadaan Dunia hari ni, mungkin gelaran ini sukar untuk dinisbahkan kepada mana-mana negara sebab di UK sendiri, Islam bebas untuk disebarkan dan sangat dihormati.
Kisah-kisah Pelik
Aku secara jujurnya memang sangat suka baca kisah-kisah sahabat ataupun sejarah Islam berbanding masalah Fiqh dan tauhid. Walaupun dalam buku ni banyak membincangkan Fiqh politik dan muamalat, beberap kisah menarik turut diselitkan bagi memahami kefahaman para sahabat terhadap segala tindakan Rasulullah S.A.W. Antara kisah yang banyak disentuh ialah mengenai keengganan Umar r.a membahagikan tanah yang dirampas kepada tentera. Umar juga pernah menghentikan perlaksanaan hudud kepada pencuri pada tahun kebuluran. Macam-macam lagi kisah yang menjadikan buku ini sangat berbaloi untuk dibaca.
Politik, Demokrasi dan Pilihan raya.
Buku ini serba sedikit menceritakan mengenai pilihan raya yang kadang-kala boleh menjadi hukum haram apabila menyertainya. HAMAS sendiri pernah tidak menyertai pilihanraya Palestin yang dilihat sangat-sangat tidak telus. Namun di Malaysia hari ini, pilihanraya dilihat sebagai satu amanah penting untuk setiap pengundi keluar memilih ketua dan wakil mereka. Di bahagian ini juga, diperjelaskan beberapa kekeliruan terutamanya mengenai hadis mentaati pemerintah, hukum berdemonstrasi, lompat parti dan macam-macam lagi yang InsyaAllah akan membuka minda pembaca untuk suka kepada politik cara Islam.
Ada juga isu-isu lain seperti rasuah, mogok lapar, fenomena Ahli politik dan Hadiah, Undi Calon atau Parti?, Berbilang Jemaah dalam persoalan Daulah yang dikupas dalam memahamkan Umat Islam terhadap keadaan politik semasa.
Poltitik Teladan Para Shabat r.a dan Tabi'in.
Bahagian kedua akhir ni mungkin menjadi penarik untuk golongan muda membaca buku ni. Melihat kembali kisah-kisah Khalifah Umar r.a yang sangat amanah terhadap urusan pentadbirannya, keras terhadap sebarang peluang fitnah daripada terjadi, menjadikan pembaca seolah-olah mengidamkan kembali seorang Ketua yang beperwatakan seperti Umar. Walaupun kisah tersebut sudah aku baca dalam Zaharuddin.net, ianya masih tetap menyentuh hati aku. Turut dimuatkan, kisah-kisah Imam Abu Hanifah ketika pemerintahan Abu Jaafar.
Akhir kata, selamat membaca.
UZAR berdiri paling kanan waktu angkat barang rumah Abang Farid
No comments:
Post a Comment