Bismillah.
Buku yang aku beli bersama buku tok guru minggu lepas bertajuk "Perang Arab-Israel : Selagi Belum Kiamat" karya Sabaruddin Hussein. Aku sendiri tak berapa kenal buku ni, tapi pasal nampak menarik tu yang teruih beli tu. Tapi paya betuih nak habiskan. Semalam dengan hari ni baru betul-betul semangat nak baca. Apapun, memang menarik.
Mereka yang masih samar-samar dengan kesengsaraan rakyat PALETIN, pelik bagaimana bangsa yang tiada negara tiba-tiba menjadi begitu kuat menguasai dunia, amatlah patut baca buku ni.
Bahagian awal buku ni menceritakan secara ringkas kemasukan bangsa yahudi ke tanah palestin ketika Palestin berada di bawah British sebaik sahaja termeterainya Perjanjian Balfour. Penjualan tanah Palestin kepada orang Yahudi bukan dilakukan oleh musuh Islam, tetapi oleh orang Arab sendiri. Harga tanah yang menaik begitu mendadak berjaya mengaburi mata pemilik tanah apatah lagi banyak mereka duduk di luar Palestin. PBB yang menjadi Boneka ISRAEL terus membenarkan kemasukan secara beramai-ramai ke orang Yahudi ke PALESTIN.
Walaubagaimanapun, kemasukan musuh-musuh manusia ini ditentang habis-habisan oleh negara-negara arab terutamanya Mesir, Syria dan Jordan. Israel yang dipimpin oleh David Ben Gurion mempunyai sumber motivasi paling penting iaitu kalau yahudi tidak memenangi peperangan ini, tiada tempat lain lagi untuk mereka pergi, maka memenangi peperangan adalah satu kewajipan. Perang Arab-Israel 1947/1948 menjadi bertambah sengit dengan kemasukan Arab Legion Army(ALA) di bawah pimpinan Fawzi El kaukji, pasukan militari dari Lubnan. Perang yang turut diberi nama "Perang Kemerdekaan" berakhir dengan perjanjian damai yang menjatuhkan maruah umat Islam dengan Zionis berjaya meningkatkan kawasan mereka dari 55% ke 80% dari seluruh palestin dan hanya meninggalkan tanah tidak elok kepada umat Islam.
1956, peperangan kembali meletus bagi merebut terusan SUEZ. Britain, Perancis dan juga Israel bergabung tenaga bagi memerangi Mesir yang ketika itu berada di bawah pentadbiran Jamal Abdel Nasser. Israel yang tidak berminat dengan terusan Suez membantu dua sekutunya semata-mata untuk membuka Selat tiran bagi memudahkan perjalanan kapal Israel keluar masuk ke Asia dan Afrika. Paling menarik, ialah bagaimana permainan politik dan hubungan diplomasi yang digunakapakai dalam menangani Isu ni. Silalah baca.
banyak lagi kisah menarik yang ada. Perang 6 Hari(1967) antara yang sangat membuka mata bilamana peperangan dengan Israel penuh dengan kelemahan di pihak Bangsa Arab. Bukan setakat kisah perang, sedikit sebanyak mengenai pergulingan sistem beraja di Mesir turut diceritakan dalam buku ni. Seterusnya ada perang Yom Kippur di bawah Anwar Sadat (1973) yang semakin memburukkan keadaan. Harapan hanya kembali dalam perang Israel-Lubnan yang dipelopori oleh Hizbullah. Ternyata Hizbullah memberi kesan besar kepad Israel sehingga ke hari ini.
DI penghujung buku, penulis membuat sedikit analisis mengenai fenomena Arab Spring yang berlaku tahun lepas. buku ni memang agak berat dan sarat dengan Fakta. Dan tak keterlaluan untuk aku katakan, perlu berhati-hati untuk baca buku ni sebab ada beberapa "idea" yang mungkin menyebabkan salah faham.
Selamat membaca!!
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment