Tuesday, 22 October 2019

Pungguk rindu

Aneh pungguk
Hari-hari meratap
Masih juga rindu
Apalah dikenang
Wajah bisu kata
Paruh tiada suara
Dongeng cinta
Ikutan manusia

Lihat batu zahir mata
Telanjang bulat terik mentari
Bermandi hujan seharian
Tidak juga lembut
Hati tiada cinta
Tidak ubah seperti itu
Bagai mati ditugu
Menanti runtuh hidup

Air hujan turun
Membawa pergi cerita
Tiap kali kau harap teduh
Yang hadir gelap mendung
Senyum pelangi
Bukan yang kau impi
Adat memikat ceria
Perlu daki duka

Tuhan pencipta pungguk
Maha Esa penurun hujan
Selalu sengaja mengujimu
Adakah hati seperti batu
Atau indah umpama pelangi
Memilih bukan sukar
Jika tahu
Pasti kau terima

Aduhai pungguk
Apa lagi engkau rindu
Bulan kau lihat ternyata dusta
Hilang cahaya hilang serinya
Hanya batu tiada apa
Tiada warna 
Apatah lagi pelangi
Aku khuatir cintamu suci
Biarpun hujan 
Sanggup kau menanti

Tidak sedarkah
Engkau hanya hantu
Manis senyum
Ketakutan penghinamu
Cinta pada Tuhan
Membawa kau ke bulan
Khilaf manusia akan amalmu
Menjadi siulan
Pelupa pencipta

Tidurlah burung hantu
Tahjudmu tak diterima
Seluruh malam kau berjaga
Tidurlah
Simpan sahaja rindu itu.
Moga bertemu lagi esok.

Gambar tiada kena mengena.

Saja aku simpan

Sebab masa akan berlalu

Dengan sangat pantas


Sekian dari Syuib0809



Monday, 14 October 2019

Tenang: Memansuh atau Dimansuh

Bismillah.

Jarangnya aku menulis di sini, banyak aku suarakan di status whatsapp sahaja. Tersedar, status whatsapp itu tidak kekal lama dan jarang berjaya di simpan. Maka kali ini, aku cuba sematkan di sini akan apa yang berlaku.

Road to PSPM.

Antara program baru yang aku dan Ustaz Hazrin perkenalkan sejak sesi lepas ialah program Roadtopspm. Program yang menghimpunkan solat Dhuha/Hajat, ceramah motivasi dan sarapan percuma. Kalau ditanya tenaga penggerak, aku boleh katakan 20% adalah dari pusat islam(jadi imam, cari penceramah) dan 80% adalah budak2 ANC(promosi, design banner, persiapan tempat, masak air, angkat dan agih makanan, kemas).


Aku design pakai publisher. N then mintak tolong azfar design benda sama pakai photoshop utk banner. Qasdina tahun lepas malas design.

Cuma tahun ini, hampir sahaja program ini tiada kerana tiada siapa mahu putuskan sebaik sahaja Ust Hazrin keluar. Hinggalah Ustaz Ghani sendiri yang bawakkan semula dalam mesyuarat bersama KJPP baru. Alhamdulillah sambutan dari pelajar sangat menggalakkan.




Kontroversi.

Jumaat sebaik sahaja habis program tersebut, terdengar suara-suara sumbang. Mempertikaikan budak-budak ANC yang masak di surau. Sedangkan mereka hanya panaskan air untuk beratus-ratus orang, manakala muslimatnya hanya potong bawang dan sayur. Tukang masak utama masih aku. Kadang-kadang kak hartini turut membantu. Menu aku masak ialah maggi goreng, mee goreng, sphagetti carbonara, dan maggi hailam. Hari terakhir ada sandwich hasil gotong royong pensyarah.
Terdengar khabar ANC langgar peraturan kolej.

Pagi-pagi jam 6.30 pagi dah pi pasar beli sayur

Budak2 ni majoriti subuh di surau sebab nak ready makanan. Yang lelaki kena ambik makanan dr cafe lagi jalan kaki.

Habis program, satu ucapan terima kasih pun xdiberikan kepada anak-anak ni dari orang atas2. Last2 kena fitnah dan kena ugut. Hargailah orang-orang yang berpenat lelah ni. Setidaknya, usah sakitkan hati dengan kata-kata buruk.


Hari sama juga, aku menghantar s/u2 ANC berjumpa dengan KJPP baru. Dengan harapan, bertambah baik hatinya setelah pulang dari menunaikan ibadah haji. Jujur, aku pernah mengenalnya sebagai orang yang sangat baik dan suka tolong orang. Tetapi sayang, setiausaha2 ANC itu pulang dengan berita yang aku jangka tetapi tidak suka. Kata KJPP baru, dia nak tengok result ANC, kalau teruk, dia nak mansuhkan terus ANC. Sebab ANC ni banyak sangat event. Skrip tersebut sama sahaja seperti tiga tahun lalu ketika dia menjadi HEP. Walaupun aku tahu dia tidak akan memansuhkan, tetapi ugutan sebegitu membawa Aura yang sangat negatif kepada badan dakwah ini.

Dua tudung hitam itu yang menghadap orang atas.


Memansuh atau Dimansuhkan.

Seminggu ini, aku banyak menghabiskan masa di surau kolej. Isnin, selasa, jumaat dan sabtu malam aku berada di belakang surau. Belakang surau itu macam tongkang pecah. ANC angkut papan putih dari bilik kafa, walaupun aku tidak membenarkan. Sangat kurang ajar. Dan jujur, aku kecewa. Extension milik ANC bersepah dalam markas, digunakan untuk tujuan peribadi. Belum dikira makanan2 yang bersepah, rumah Allah itu dipenuhi dengan kehilangan adab orang2 agama. Mereka menggunakan ANC untuk kepentingan peribadi, dan tidak ada apa yang mereka perjuangkan untuk agama.

Seminggu ini juga aku melihat ikhtilat yang sangat teruk melanda ANC di kawasan belakang surau. Sangat teruk. Macam sudah hilang sifat malu muslimin dan muslimatnya. Grandstand dulu, aku hanya hadkan pada muslimat sahaja. Sebab tidak mahu bercampur. Cuma kadang-kadang ada muslimin lepak belakang, cepat-cepat aku halau. Kali ini, ada partition tetapi ANC sendiri yang melanggarnya. Ada orang beragama yang membawa budaya tak beradab ni ke surau. Sekali imbas sudah aku tahu yang mana mahu study, atau yang mana sekadar suka berperempuan. Dan lebih menyakitkan, bila ia dilakukan oleh orang yang engkau sangat berharap kepadanya. Aku sendiri pelik dengan muslimat yang melayannya. Kalau ada syuhada G17, konfem dah kena halau.

Sebab itu, aku rasa sangat baik untuk aku sendiri yang memansuhkan ANC, sebelum ANC dimansuhkan oleh musuh2 lamanya. Biar mereka terkubur dengan dosa-dosa mereka. Dan biarlah orang yang memusuhi mereka merasa keperitan, apabila badan dakwah yang selalu membantu ini hilang dari radar program agama di kolej.

Tengah fikir cara terbaik utk mansuhkan ANC.Kunci semua stor? Mintak delete semua group ANC? Gagalkan semua event? Bila ukhwah diorang dah mula terbentuk, susah mahu kuburkan.

Aku yakin ANC susah untuk dibubarkan dalam masa terdekat ini. Banyak sebabnya. Tetapi ugutan-ugutan itu akan berterusan selagi ANC masih ada. Maka aku lihat, menggagalkan memori adalah pilihan kedua yang ada.

ANC buat makan2, dan aku suka sungguh gambar ni.


Kembali Pada Asal.

Rindu widad. Amani nampak tua. Sekarang lagi nampak muda dna hipster. Haha

14/15. Tahun memerhati. Dua minggu sekali aku balik ke kampung sbb xtau nak buat apa kat kolej. ANC tak punya event. Tidak punya harta mahupun aset. Yang aku ingat hanyalah MEMORI. Ya, itu sahaja. Asetnya hanya talam dan tikar.

Aku jarang menulis mengenai mereka. Tiada gambar mereka. Waktu tu pakai fon nokia, tiada wassap, maka xbanyak kenangan yang aku simpan. Sesi tersebut, fokus mereka hanya usrah, RI dan akademik ahlinya. Sampailah ustaz hazrin kata "ANC ni memang dibuat untuk urus MEMORI je ke.."

Kerana itu mereka tiada musuh.
Aku yakin amani sgt sedar betapa ketaranya perbezaan tahun selepas itu. Hampir setiap bulan ada sahaja event utk ANC di grandstand. Sama ada punya kertas kerja atau sebaliknya.

Antara memansuh, atau dimansuhkan. Kali ini aku memilih utk memansuhkan. Ia lebih tenang. Sudah terlalu banyak aku ubah landskap. Tiba masa ia kembali kepada asalnya.



Maaf
Sekian dari Syuib0809.

Monday, 30 September 2019

Pindah: September 2019

Bismillah.

Bulan 9 ini, aku disibukkan dengan urusan konvensyen RnD yang diadakan di Hotel Berjaya kat pulau. Macam-macam dramanya. Aku stress, cuma menariknya aku dah tahu apa yang aku akan stress. Persiapannya dah dekat 3 bulan, cuma eksperimen demi eksperimen, macam-macam perkara berlaku. Campurtangan, perubahan dan penolakan. Belum dikira konspirasi. Cukuplah kami je yang tahu.

Jumaat, sebelum majlis perasmian, aku sudah bergerak ke pulau. Oleh kerana tak bawak baju sebab aku tak dapat bilik, aku terpaksa merayau2 sementara menunggu raptai. Habis raptai pertama, pi makan kat area IpG dan solat jumaat di gelugor. Selepas raptai ke dua plak, pi usm dating dengan nik n qasdina. Habis raptai ketiga jam 11.15 malam aku terus bergerak kembali ke rumah. Esoknya jam 5.15 pagi terus bertolak ke pulau dan singgah sarapan di taman tun sardon. Semuanya berjalan lancar kecuali confetti tak meletop.

Baju batik rasmi. Team gimik utama ialah aku, Rodhi dan diketuai ustaz Wan. Menariklah pengalaman ni. Haha. Habis majlis, aku kemas barang dan belah terus. Stress gila. Yang bestnya, esoknya Mak Abah dan nenek datang rumah. Hilang terus stress.


Pindah.

Bulan ni juga, aku sudah isi pindah keluar Quarters dan berhenti bertugas Felo. Selagi tak isi, selagi tu lah duk biar barang-barang, sedangkan dah masuk 3 bulan tak duduk Quarters. Cuma proses pindah ni banyak gak pakai duitnya. Aku bukak dan pasang aircond pun dah kena charge dekat RM300. Menakjubkan. Duk sorang2, tapi rumah 3 biji aircond. Alhamdulillah setakat ni bil belum cecah RM80.

Sebagai ingatan, kita letaklah gambar quarters ni di sini. Biar diingat detik-detik di dalamnya.

Ruang tamu. Langsirnya dicabut

Ruang tamu tempat tengok tv. Tapi aku dah alih meja makan ke sini. 

Aku biarkan sahaja wallpapernya. Cadangnya nak duduk sini 4 tahun je. Tetapi oleh kerana tak jumpa jodoh, maka terbawak jadi 5 tahun lebih.

Dapur. Dapur dia memang cepat gila kotor walaupun tak masak.

Bilik utama.

Bilik solat dan main dgn kucing

Bilik sidai baju.


Mathshopping.

Minggu lepas juga berlansungnya program mathshopping peringkat kolej. Aku yang boring pun design poster biar nampak gempak sikit program. Kalau tak hambar je promosinya. Nah.




Nampak kak kudou belakang tu? Lepak dgn dia, hannan n aminah. Sejam lebih, dapat 4 soalan je. Yang tangkap gambar dengan aku ni budak H1P02. Diyana, Dini dan Asilah namanya.


Big tas tea.

Lepas makan dengan Nik hari tu, aku terus mengidam set talam big tas tea ni. So ajak si Zul dan AbuDzar yang mai kolej. Hari tu makan dengan Nik tak habis, sekali makan dengan diorang tak kenyang plak. Siot. Haha. Malam tu duk sembang plak dengan anak-anak dara. Huhu.

Muka dua2 hensem, baju stylo. Last2 aku yang belanja haha.

Si Qas dan tudungnya

Yang berpurdah tu adalah si Zulfa. Aku rasa aku dah layak buat seminar keluarga bahagia. Kahkahkah.

Dulu zaman belajar, tak pernah makan dengan perempuan sebaya. Dah tua2 ni, rasa lah sikit. Astagfirullah.


Sekian dari Syuib0809.

Thursday, 12 September 2019

QuranHour dan Anak dara.

Bismillah.

Banyak perkara berlaku. Sibuk dengan seribu satu program. Ditambah pula dengan urusan pindah rumah yang masih berlaku. Semua barang besar dah setel. Yang kecil2, aku angkat slow2. Yang kelakarnya lepas pindah barang, aku ada 2 tv, 2 petisejuk, 2 sofa dan 2 dapur masak. Bini sorang pun xde. Haha.

Hampir setiap minggu akan keluar dengan anak-anak dara. Ada sahaja urusannya. Minggu pertama, pi makan kfc sebab perlu bermesyuarat pasal tanzim. Menarik percaturan. Yang tak menariknya, aku yg dah kenyang pun boleh jadi lapar balik bila tengok budak2 ni makan.

Nampak mcm selfie plak gambar ni. Padahal org tangkap. Bersama akak manis sis mashi, driver wanita berjaya.


Quranhour.

Minggu kedua, keluar hantar kain pi dobi sebab nak pakai untuk program Quranhour. Entah macam mana kolej terpilih aku pun tak tahu. Maka buat pertama kalinya sesi ni, ajak anak-anak dara  ANC tolong hias pentas. Karnival sains tak banyak hias pentas. Cuma banyak barang anc sudah tak terurus. Extension rosak, lampu led putus dan tak berfungsi, bunga kena kencing kucing dan macam-macam. Susah gak nak jaga aset yang banyak ni.

Orang lain semua tengah sambut ambang merdeka. ANC plak duk sibuk menghias kat surau. Okeh, aku penasihat je. Pening tengok idea diorang


Oleh kerana kain banyak dah busuk, maka 2 hari sebelum tu pi mendobi. Duk bawak si balqis cantik menggantikan zulfa. Sementara menunggu mesin basuh berpusing, duk pi balun shell out. Gila anak dara ni, dahsyat gak makannya. Haha.



Anak dara.

Minggu lepas, sekali lagi keluar sebab kena ambik baju ANC kat penang sentral. Keluar kolej pukul 5.30 petang, nak dekat pukul 8 barulah bas nya sampai. Sementara tunggu, makan kfc lagi. Tak larat dah nak belanja diorang. Haha. Dan kemudian anak-anak dara ni berlari-lari sebab bus tak masuk pun penang sentral. Punyalah jauh basnya berhenti.

Keesokan malamnya plak, si nik tiba-tiba wassap kata ada kat area kepala batas. Apa lagi, aku pun ajak dating dengan syarat dia belanja. Haha. Kaya anak buah sorang ni. Buat 2-3 kerja. Dahsyat. Terima kasih na.

Hobi aku sekarang suka pau budak2. Done dating dengan kak nik. Makanan tak habis sebab petang tu kami masing-masing dah makan. Haha. Eh, ada 3 pinggan ye kat situ

Esoknya lagi plak, keluar dengan anak-anak dara terkini pi Mydin sebab esoknya ada aktiviti buat kuih ANC. Tapi budak2 ni lagi dahsyat dari akak2 diorang. Pukul 3 petang pi mydin, nak dekat pukul 6 baru balik. Beli barang untuk buat kuih je kot. Fobia.

Cadangnya hari ahad, nak ajar anak-anak dara ni buat kuih. Antara kuih yang dicadangkan ialah popia carbonara, ondeh-ondeh dan juga karipap inti keledek. Dalam tentatif diorang tulis pukul 7 lepas subuh. Lepas makan roti canai kul 6.45 pagi, aku pun singgah. Punyalah takde orang. Anak-anak dara semua tak bangun tido lagi!!!. Apa lagi, mengamuk..

Tengah elok2 makan kuih, tetiba zulfa ajak bergambar. Risau plak buang tebiat anak dara sorang ni. Btw, sedap popia carbonara ni. Karipap keras gila kulit

Cerita hari isnin, cadangnya nak rehat awal2 pagi, dan kemudian ke quarters untuk angkat barang pindah. Dalam perjalanan yang hujan punyalah rintik-rintik, terlanggar lubang jalan yang menyebabkan tayar kereta aku pecah. So, buat pertama kalinya bukaklah tayar tu seorang diri dalam hujan renyai-renyai tersebut.. Tukar tayar sementara untuk pi kedai tayar. Dalam perjalanan, pecah gak tayar sementara tu dan kedai punyalah banyak tutup. Call shamil tak angkat. Call teah, teah kat uni. Call mashi, lambat beno nak sampai. Last2, call kak aini cantik tolong bawak pi kedai tayar.

Lama tak sembang dengan akak cantik ni. Ada banyak sebab aku mengurangkan bertutur dengan dia. Tapi punyalah seronok sembang dalam kereta. Takutlah nak kacau orang cantik2 ni. Hahaha. Sedih plak tak banyak masa luang untuk dia kat kolej. Terima kasih ye. Melayang RM130 tukar tayar.


Anak-anak dara ni entah bila lah aku boleh terus sakat dan kacau. Sebab mereka kelak akan jadi milik orang. Hatta sekarang pun, nak mintak tolong diorang pun segan. Masing-masing sudah punya amanah yang sangat besar di universiti. Selagi aku punya sebab untuk kacau diorang, maka hubungan itu akan sentiasa bersambung. Bila semua sebab untuk kacau mereka hilang, maka ia akan membawa pergi sekali ingatan aku kepada mereka.

Moga membesar menjadi anak dara yang solehah, yang punya adab dan pertuturan yang sangat menenangkan hati manusia.

Anak dara baru bangun tido sebelum kelas. Kan dah kena bahan. Nakal gila cikgunya menyakat anak murid. Hahaha

Pau si Qasdina. Nasi arab + shawarma



Sekian dari Syuib0809


Sunday, 25 August 2019

Kisah bulan Ogos

Bismillah

Sedikit catatan apa yang berlaku sepanjang bulan ini. Banyak gambar yang perlu disimpan supaya dapat dibelek kemudian hari. Penting. Hanya untuk orang yang tahu kepentingannya.

Nuqaba' training Camp.

Minggu pertama, aku disibukkan dengan nuqaba' training camp. Cuma tidak sesibuk seperti MYC, kerana ada junior yang mengelolakan penyediaan modulnya. Minggu itu juga aku di"paksa" oleh JK felo untuk mengiringi pelajar ke kursus kepimpinan ajk blok kediaman. Marah yang teramat sangat, kerana aku sudah beritahu ketidakkosongan pada tarikh tersebut. Dan bertambah baran, apabila surat lantikan diletakkan atas meja tanpa adab. Sehari sebelum kursus tersebut berlansung. Maka aku melarikan diri dari manusia. Pulang ke kampung halaman sepantas kilat sebaik sahaja habis kelas jumaat tersebut.

Menghadiri NTC di kolej lama sebagai fasilitator sedikit sebanyak mengurangkan stress hujung minggu tersebut. Tempat program tersebut kali ini hanya di kolej kerana kekurangan bajet. Tapi seronok, dapat mengimbau kembali kenangan awal-awal mengenali dakwah. Maka, membalas kembali budi tersebut pada generasi berikutnya. Antara yang hadir ialah beberapa junior dan senior alumni yang majoritinya aku kenal. Diberi amanah untuk memimpin ldk mengenai masalah usrah, dan idea2 baru yang lebih dekat dengan mad'u hari ini.

Daus(naqib aku kat uk). Muizz n amir(junior batch 11). Aku. Jepah(senior batch 9)

Susah sungguh nak dapat fasi perempuan. Arghh

Kami dulu geng2 nasyid. Suara dua orang ni memang sedap habis. Aku main percussion.

Yang aku tengah sembang tu adalah pengarah modul. Masih belajar di uk. Batch 18th tak silap.

Peluang yang ada petang itu di kyuem, aku join budak2 ni main volleyball. Sebaik sahaja habis main, terus berangkat kembali ke rumah teluk intan. Dan keesokan paginya, bergerak semula ke penang untuk ziarah satu lagi program. Dah sampai tempat yang dijangka, rupa-rupanya program tersebut di tempat lain. Oleh kerana jauh nak patah balik, maka aku membatalkan sahaja niat tersebut. Namun, kehadiran beberapa orang anak buah yang di"rindui", maka aku meluangkan masa dengan mereka di sebelah malamnya.

Tak semua orang menghargai nilai sekeping gambar. Akan datang satu hari nanti, gadis cantik ini mendukung anak kecil bertemu gurunya yang kekal sendiri, dengan janggut memutih bawah dagu.



Ribut Raya AidilAdha.

Sebagai bukan penggemar hari raya, aku tidak berhajat untuk beraya di kampung. Malas nak hadap jem. Apatah lagi baru je minggu sebelumnya balik kampung. Ditakdirkan Allah, jumaat malam sebaik sahaja student pulang ke kampung halaman, kolej dilanda ribut lekima. Dahsyat. Pertama kali dalam sejarah yang menhancurkan bumbung bangunan tutorial dengan begitu rakus sekali. Pagi sabtu, aku ziarah kolej dan menyaksikan segala kerosakan yang berlaku.

Bangunan tutorial yang paling teruk terjejas. Terpaksa ditutup sementara waktu.


Pagi raya, aku solat subuh di masjid seperti biasa. Pagi itu cadangnya mahu solat raya di surau taman rupawan sahaja. En zamri kata ada solat hari raya kat situ. Tunggu punya tunggu, satu takbir pun tak berkumandang. Oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 8.20 pagi, aku terus memecut ke masjid sri serdang. Alhamdulillah sempat. Dalam pukul 12 tengah hari, terus bertolak pulang ke kampung halaman dengan kfc sebagai alas perutnya. Haha.

Gubah rumah.

Empat hari di kampung halaman goyang kaki, aku akhirnya pulang kembali ke kepala batas dengan tujuan renovation kali keempat. Sampai-sampai terus mencari jubin. Antara yang mahu aku design kali ini ialah bilik belakang sekali. Bilik yang kurang selesa itu, aku gubah menjadi bilik solat yang tersangat selesa dan agak cantik. Kot.

Keadaan asal. Carpet getah tu cepat berhabuk. Penuh taik cicak dan air akan masuk dr tingkap kuning kalau hujan lebat.

Solutionnya, tutup habis tingkap tersebut. Biar satu je.

Dan ini hasilnya. Tile bawah tu aku beli sekeping rm15(2x2 kaki). Yang di dinding rm5(1x2 kaki). Untuk barang sahaja aku habiskan RM800. Manakala upah untuk cabut tingkap/simen RM200. Upah pasang jubin RM600. So total untuk bilik ni RM1600. Anda rasa mahal? Pi lah tanya kontraktor lain. Aku boleh jamin mesti diorang minta RM3000 ke atas.

Survey pula almari baju sebab dah mula pindah hampir 90%. Tak tahu nak gantung mana baju banyak-banyak. Duit seterusnya tertumpu pada atap depan kawasan luar rumah, sebab cadang nak letak motor. Terpaksa buat apa yang penting dahulu sahaja. Alang-alang dah panggil orang rohingya tu untuk pasang jubin, aku akhirnya memutuskan untuk pasang sekali jubin di bahagian ruang tamu yang sudah lama tergendala. Jubinnya masih aku yang beli dan pilih. Kos untuk pemasangan jubin kali ini hanya RM700, iaitu rm350 untuk barang, dan RM350 untuk upah. Seronok urus dan kenal orang yang dipercayai dan beri harga murah sebegini.

Hasil terkini. Punyalah banyak sofa. Haha. 

Tak jumpa gambar sebelum renovate. Ni gambar lama. Aku tutup lantai dengan carpet sebab mozek lama sgt teruk. Tapi masalah carpet ni ialah dia punya habuk memang tak boleh bawak bincang.

Ziarah batch pertama.

Luahan rawak yang aku tulis bulan lepas, berjaya memanggil semula batch pertama untuk kembali. Setelah 5 tahun, akhirnya datang juga. Cuma tak syoknya, perangai lambat tak berubah-rubah. Target ahad tu nak mandi-manda kat sedim. Last-last semua mai lambat sampailah hujan lebat. Akibatnya tak dapat mandi dan terus menuju ke bandar kulim. Ingatkan nak main bowling, tapi last2 makan je. Haha.

Ikhwan, aiman, hazli, haris, nabil n mat kerom. Majoriti dah grad. Banyak cerita. Nak tengok hidup tak projek aku bagi.


Terima kasih sudi datang.
Yang anak dara bila nak ziarah plak..

Sekian dari Syuib0809