Monday 14 October 2019

Tenang: Memansuh atau Dimansuh

Bismillah.

Jarangnya aku menulis di sini, banyak aku suarakan di status whatsapp sahaja. Tersedar, status whatsapp itu tidak kekal lama dan jarang berjaya di simpan. Maka kali ini, aku cuba sematkan di sini akan apa yang berlaku.

Road to PSPM.

Antara program baru yang aku dan Ustaz Hazrin perkenalkan sejak sesi lepas ialah program Roadtopspm. Program yang menghimpunkan solat Dhuha/Hajat, ceramah motivasi dan sarapan percuma. Kalau ditanya tenaga penggerak, aku boleh katakan 20% adalah dari pusat islam(jadi imam, cari penceramah) dan 80% adalah budak2 ANC(promosi, design banner, persiapan tempat, masak air, angkat dan agih makanan, kemas).


Aku design pakai publisher. N then mintak tolong azfar design benda sama pakai photoshop utk banner. Qasdina tahun lepas malas design.

Cuma tahun ini, hampir sahaja program ini tiada kerana tiada siapa mahu putuskan sebaik sahaja Ust Hazrin keluar. Hinggalah Ustaz Ghani sendiri yang bawakkan semula dalam mesyuarat bersama KJPP baru. Alhamdulillah sambutan dari pelajar sangat menggalakkan.




Kontroversi.

Jumaat sebaik sahaja habis program tersebut, terdengar suara-suara sumbang. Mempertikaikan budak-budak ANC yang masak di surau. Sedangkan mereka hanya panaskan air untuk beratus-ratus orang, manakala muslimatnya hanya potong bawang dan sayur. Tukang masak utama masih aku. Kadang-kadang kak hartini turut membantu. Menu aku masak ialah maggi goreng, mee goreng, sphagetti carbonara, dan maggi hailam. Hari terakhir ada sandwich hasil gotong royong pensyarah.
Terdengar khabar ANC langgar peraturan kolej.

Pagi-pagi jam 6.30 pagi dah pi pasar beli sayur

Budak2 ni majoriti subuh di surau sebab nak ready makanan. Yang lelaki kena ambik makanan dr cafe lagi jalan kaki.

Habis program, satu ucapan terima kasih pun xdiberikan kepada anak-anak ni dari orang atas2. Last2 kena fitnah dan kena ugut. Hargailah orang-orang yang berpenat lelah ni. Setidaknya, usah sakitkan hati dengan kata-kata buruk.


Hari sama juga, aku menghantar s/u2 ANC berjumpa dengan KJPP baru. Dengan harapan, bertambah baik hatinya setelah pulang dari menunaikan ibadah haji. Jujur, aku pernah mengenalnya sebagai orang yang sangat baik dan suka tolong orang. Tetapi sayang, setiausaha2 ANC itu pulang dengan berita yang aku jangka tetapi tidak suka. Kata KJPP baru, dia nak tengok result ANC, kalau teruk, dia nak mansuhkan terus ANC. Sebab ANC ni banyak sangat event. Skrip tersebut sama sahaja seperti tiga tahun lalu ketika dia menjadi HEP. Walaupun aku tahu dia tidak akan memansuhkan, tetapi ugutan sebegitu membawa Aura yang sangat negatif kepada badan dakwah ini.

Dua tudung hitam itu yang menghadap orang atas.


Memansuh atau Dimansuhkan.

Seminggu ini, aku banyak menghabiskan masa di surau kolej. Isnin, selasa, jumaat dan sabtu malam aku berada di belakang surau. Belakang surau itu macam tongkang pecah. ANC angkut papan putih dari bilik kafa, walaupun aku tidak membenarkan. Sangat kurang ajar. Dan jujur, aku kecewa. Extension milik ANC bersepah dalam markas, digunakan untuk tujuan peribadi. Belum dikira makanan2 yang bersepah, rumah Allah itu dipenuhi dengan kehilangan adab orang2 agama. Mereka menggunakan ANC untuk kepentingan peribadi, dan tidak ada apa yang mereka perjuangkan untuk agama.

Seminggu ini juga aku melihat ikhtilat yang sangat teruk melanda ANC di kawasan belakang surau. Sangat teruk. Macam sudah hilang sifat malu muslimin dan muslimatnya. Grandstand dulu, aku hanya hadkan pada muslimat sahaja. Sebab tidak mahu bercampur. Cuma kadang-kadang ada muslimin lepak belakang, cepat-cepat aku halau. Kali ini, ada partition tetapi ANC sendiri yang melanggarnya. Ada orang beragama yang membawa budaya tak beradab ni ke surau. Sekali imbas sudah aku tahu yang mana mahu study, atau yang mana sekadar suka berperempuan. Dan lebih menyakitkan, bila ia dilakukan oleh orang yang engkau sangat berharap kepadanya. Aku sendiri pelik dengan muslimat yang melayannya. Kalau ada syuhada G17, konfem dah kena halau.

Sebab itu, aku rasa sangat baik untuk aku sendiri yang memansuhkan ANC, sebelum ANC dimansuhkan oleh musuh2 lamanya. Biar mereka terkubur dengan dosa-dosa mereka. Dan biarlah orang yang memusuhi mereka merasa keperitan, apabila badan dakwah yang selalu membantu ini hilang dari radar program agama di kolej.

Tengah fikir cara terbaik utk mansuhkan ANC.Kunci semua stor? Mintak delete semua group ANC? Gagalkan semua event? Bila ukhwah diorang dah mula terbentuk, susah mahu kuburkan.

Aku yakin ANC susah untuk dibubarkan dalam masa terdekat ini. Banyak sebabnya. Tetapi ugutan-ugutan itu akan berterusan selagi ANC masih ada. Maka aku lihat, menggagalkan memori adalah pilihan kedua yang ada.

ANC buat makan2, dan aku suka sungguh gambar ni.


Kembali Pada Asal.

Rindu widad. Amani nampak tua. Sekarang lagi nampak muda dna hipster. Haha

14/15. Tahun memerhati. Dua minggu sekali aku balik ke kampung sbb xtau nak buat apa kat kolej. ANC tak punya event. Tidak punya harta mahupun aset. Yang aku ingat hanyalah MEMORI. Ya, itu sahaja. Asetnya hanya talam dan tikar.

Aku jarang menulis mengenai mereka. Tiada gambar mereka. Waktu tu pakai fon nokia, tiada wassap, maka xbanyak kenangan yang aku simpan. Sesi tersebut, fokus mereka hanya usrah, RI dan akademik ahlinya. Sampailah ustaz hazrin kata "ANC ni memang dibuat untuk urus MEMORI je ke.."

Kerana itu mereka tiada musuh.
Aku yakin amani sgt sedar betapa ketaranya perbezaan tahun selepas itu. Hampir setiap bulan ada sahaja event utk ANC di grandstand. Sama ada punya kertas kerja atau sebaliknya.

Antara memansuh, atau dimansuhkan. Kali ini aku memilih utk memansuhkan. Ia lebih tenang. Sudah terlalu banyak aku ubah landskap. Tiba masa ia kembali kepada asalnya.



Maaf
Sekian dari Syuib0809.

2 comments:

  1. Insyallah ada hikmah dia cikgu..😊

    ReplyDelete
  2. Rindunye setiap kata2 nasihat dari cg

    ReplyDelete