Tuesday, 11 May 2010

Terpaksa delete.. 6 perkara

Bismillah
Oleh kerana aku rasa kurang sedap dengan post sebelum ni, maka elok aku tak pamerkan post tu. Mungkin dah ramai yang baca, harap tak sebarkan. Aku dah berusaha untuk tak dedahkan siapa orang-orang itu, dan aku hanya menulis untuk melegakan hati sebenarnya. Maaf

Apepun, beberapa pengajaran yang boleh diambil barangkali:
- Amat bahaya bile kita sudah tidak kisah tentang apa yang kita lakukan. Sedangkan Allah sentiasa memerhatikan kita
- Sehebat mana pun teguran, Allah jua yang menentukan segala-galanya.
- Walaupun kubur lain-lain, Allah tetap suruh kita buat amar makruf nahi mungkar
- Susah sebenarnya nak tegur depan-depan. Tegur dalam hati adelah selemah-lemah iman. Maka berusahalah sedikit jika tiada kekuatan.
- Kita memang tak layak lagi masuk syurga. Jadi, JOM BERUSAHA!!

Aku tak pasti, adekah post sebelum ni dikira mengumpat, oleh kerana masih ade unsur was2, maka aku rujuk beberapa sebab dibolehkan mengumpat:

(1) KES PENGANIAYAAN.
Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.

(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.
Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.

(3) MINTA FATWA.
Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.

(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.
Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.

(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.
Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.

(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.
Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.

Sekian..

Friday, 7 May 2010

Masjid E-Abu bakar.. Leicester.

Bismillah
Bile aku tension dgn study, maka aq suke menulis dan masukkan gambar dalam blog ni.
Minggu lepas, waktu aku beli ayam kat Noughborough road, aku mintak abg arab tu untuk hantar ke rumah aku sebab banyak gile barang aku beli. Waktu sembang-sembang dengan die, aku pun tanye kat mana masjid dekat2 sini. Tanpa banyak cakap dan dengan wajah bersungguh2, dia terus bawak aku melalui depan masjid tu. Sebelum ni aku memg tahu ade masjid dekat2 situ, tapi tak tau kt mane lokasi yg lebih tepat.

Sejak hari tu, aku berazam nak rase sembahyg kat situ. Hari demi hari, asyik malas je sebab dah nak dekat periksa. Masjid tu pun jalan 25 minit baru sampai. Dengan keazaman yang kuat, maka aku sampai juga ke masjid tu semalam. Oleh kerana maghrib dalam pukul 8.40 malam, maka aku keluar dari rumah pukul 8 petang. Pinjam basikal ferd jap, dalam 8.15 camtu dah sampai

Nama masjid ni masjid E-Abu Bakar
Hanya sebuah bangunan yang diubah sesuai menjadi masjid. Kalau di Malaysia mungkin digelar surau kerana lokasi masjid ni pun sebaris dengan rumah 'teres' di sini.


Tempat wuduk

Antara perkara yang aku suka dengan masjid-masjid di UK ni ialah suasana die cukup aman. Jemaah yang datang awal akan solat sunat, bukak Quran dan macam-macam lagi perkara yang cukup menghormati rumah Allah. Lebih seronok, kelihatan ramai orang muda yang datang mengimarakkan masjid. Bukan memperkecilkan masjid di Malaysia, tapi aku sendiri kurang gemar bila masjid dijadikan tempat bersembang yang bukan2. Dipenuhi dengan orang yg sudah berumur seolah2 masjid adelah tempat lazim untuk orang yg rase die dah nak mati.


Beginilah keadaan sementare menunggu untuk solat

Ruang utama solat

Antare perkara lain yang sangat aku kagumi ialah keadaan masjid yang sangat2 bersih. Pasal ni tak boleh nak komen sangat sebab suasana si Malaysia sangat berlainan di UK. Ape lain nye? adelaa.. Apepun, memang masjid di sini bersih pun

Lepas solat maghrib, aku tidak menunggu untuk solat isyak sebab isyak pukul 11.00 malam. Tak sangggup aku nak balik malam2 camtu. Kesempatan berada di Noughborough aku gunekan untuk cari makanan yang best. Akhirnya aku g Food Junction(nama kedai) sebab nampak ade promosi ayam tandoori. Ayam tandoori die bukan satu ketul, jua bukan 3 ketul, apatah lagi setengah ekor tetapi satu Ekor!! haha.. memang membesar dengan cemerlang la camni

Jangan risau, malam tu aku makan separuh je

Lama gak nunggu die bakar ayam tu, dalam perjalanan balik, tetibe ade sekumpulan remaja pempuan kat area2 situ. Tengok gaya memg kompem lebih muda drpd aku. tetibe waktu aku lalu, sorang pempuan ni pegang2 aku sambil menyanyi. Nasib baik aku pakai lengan panjang dan lebih penting ade kopiah atas kepala. Terjaga la sikit. Aku wat dek je dan terus jalan walaupun seolah-olah ditahan. Ni antare kelebihan badan besar, boleh jalan terus walaopun ade pempuan dah hampir peluk korang. Jadi, makanlah banyak2 ye..

Nasib baik masih ade iman dalam hati, kalo tak memang tak tahu ape nak jadi time tu..
Ni baru dugaan luar negara. Masih ingatkah dugaan Nabi Yusof difitnah oleh Zulaikha?
Boleh rujuk dari surah yusof ayat 21 sampai ayat51

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir) berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan anak. Dan demikianlah caranya kami berikan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu menta’bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf 21)

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )

Sekian

Wednesday, 5 May 2010

Post ke-100: Sambungan musim bunga..

Bismillah
Hari ni, lepas aku habis kelas, terus menuju ke town. Nak beli barang rumah. Ari ni giliran aku pulak masak. Semasa melalui victoria park, nampak la banyak bunga2 yang ditanam di situ. Sementara ade masa sikit, maka tangkap la gambar bunga2 yang berkembang kat situ.

Pintu masuk victoria park

Sebagai tatapan umum dan sanbungan daripada semalam, maka selamatlah melihat bunga2 yang berkembang kt Leicester. Tiada sebarang huraian sebab aku sendiri tak tahu nama bunga-bunga tu. Kalau bunga raya, bunga kertas atau bunga tahi ayam tahula gak. Yang ni, sape nak main teka-teki nama bunga, boleh la main dengan kawan sebelah tu..

Silekan
Kite mulakan dengan bunga2 bewarna merah

Ni bunga ape?

Bunga yg ni selalu diorg bagi kt org mati.

Ambik plak warne biru..

Yang memang mengejar publisiti, warna kuning plak

Mane2 pun mesti selalu ade putih tu

Tapi aku sangat suke tengok bunga atas pokok2 besar macam ni. Bile daun die gugur atas rumput, pemandangan jadi sangat cantik


Sekian daripada syuib0809 untuk hari ini.
Dibawa khas drpd penaja utama kami, University of Leicester



Terima kasih jua kepada Allah yg menciptakan bunga2 ini.

Tuesday, 4 May 2010

Post ke-99: Musim Bunga

Bismillah...
Setelah melalui musim luruh, musim sejuk yg panjang, kini tiba pula musim yang sgt diminati oleh manusia terutamanya wanita. Pelik gak kadang2, kenapa lelaki suka bagi pempuan bunga tp jarang lelaki suka diberikan bunga dari makhluk bergelar pempuan.

Setelah beberapa bulan bukak blog ni, akhirnya tibe jua post ke 99. Walaupun aku konfius yang mana nombor lebih menarik(99 atau 100), tapi apa aku kisah? Blog aku kot. Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk aku berada di UK, melihat sendiri kehebatan ciptaannya yg memg x dapat kat Malaysia. mana tidaknya, pokok yg dulunye bogel, kini berseri2 dgn bunga berbanding daun. Demi perkongsian ini, semua gambar dimuat turun dalam saiz yang besar. Lagi satu, aku selaku cameraman memg takde lnsung dalam gambar. Aduih..

Jom tengok gambar!!

Kategori: Panorama
Lokasi: Castle Garden di Leicester

Kategori: Panorama
Lokasi: South-entrance University of Nottingham
Huraian: Aku suka tengok bunga2 yg tumbuh liar mcm ni. Waktu aku naik keretapi lagi best, ade satu ladang tu kekuningn mcm cerite hindustan

Kategori: Panorama
Lokasi: Belakang lecture Hall University of Leicester
Huraian: Bunga die terabur sgt, tak lawa..

Kategori: Pokok berbunga lebih drpd daun
Lokasi: De Monfort University
Huraian: Daun-daun yg berguguran menyebabkn suasana cukup romantik. Diambil sewaktu dlm perjalanan nak smbhyg jumaat


Kategori: Pokok berbunga lebih2
Lokasi: Walnut Hall, dekat dgn rumah aku
Huraian: Berterabur daun2 pokok ni

Kategori: Segerombolan bunga yg mengancam jiwa
Lokasi: Simpang tiga menuju ke Bandar Leicester
Huraian: Best kan tengok bunga2 camni?

Kategori: Segerombolan bunga yang menggugat keimanan
Lokasi: Taman air keluar dr mulut singa, pekan Leicester.
Huraian: Pulang drpd Notts, aku nampak bunga2 ni, memang cantik

Kategori: Kengkawan bunga yang tak berapa lawa
Lokasi: Main entrance University of Leicester
Huraian: Waktu ni masih pagi, bunga2 tu malu-malu lagi kut

Kategori: Kengkawan bunga yang mekar di hati
Lokasi: Castle garden, Leicester
Huraian: Sikit je bunga ni

Kategori: Kengkawan bunga yang boleh tahan
Lokasi: Belakang lecture Hall
Huraian: Tak lawa la die susun bunga camni

Kategori: Bunga yang diminati oleh orang lelaki
Lokasi: Atas bas sepanjang berada di Coventry
Huraian: Bukan aku yg ambik gambar ni..

Alhamdulillah, dah banyak gambar yg ditunjukkan. Memg tenang bile tengok bunga2 ni. Kadang-kadang nampak cam plastik, rupenye bunga betul. Hebat sungguh ciptaan Allah.

وانزل من السماء ماء فاخرجنا به ازواجا من نبات شئ

”Dan diturunkan dari langit air hujan, maka Kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam”. surah Thaha ayat 53

Sekian untuk hari ni.. Kerja rumah bertimbun-timbun. Haha
Salam

Monday, 3 May 2010

Cuba teka.. Ni manusia ke binatang?

Bismillah
Diambil drpd emel yang diberi oleh kawan aku..

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?



Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?



Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?




Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?



Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?



adik cuma nak tanya je bu.....

Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari....
Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada...
.Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....
Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....
pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada
pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat
pasanganku
-Selalu....
Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon
pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon
Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk
pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk
Mak?
-
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


SEKIAN

Sunday, 2 May 2010

Sukan Leicester.. Pengikat Ukhwah


Bismillah.
Antara yang seronoknya berada di UK ni ialah kat sini byk padang atau taman yang boleh digunakan oleh orang awam. Memang banyak bukan sekadar di Leicester, malah di bandar2 besar pun boleh nmpak banyak taman. Jadi, sebagai orang muda, memang tanggungjawab kamilah memeriahkan taman2 ni. Sape lagi kan?

Walaupun agak jarang bersukan, kami biasanya akan ambik masa dalam hjung minggu utk bermain bola. Waktu aku sampai dulu, memg ade main tapi terhenti bile masuk winter. Nak main macamne, pukul 4 lebih dah maghrib. Keadaan yang sejuk juga menyebabkan usaha memperkasakan sukan dikalangan undergrade terbantut.

2 hari lepas, akhirnya ade gak orang bawak kamera dan tgkap gambar kami. Selalunya takde.. Jadi, bg meraikan mereka, bubuhlah sikit gambar kt sini. Lokasi: Mandela Park

Antara yang hadir

Sambil tunggu orang


Sukan ini menjadi satu ibadah bagi orang yang benar-benar melakukannya untuk Allah. Sukan itu bukan tempat utk bergaduh. Sukan itu bukan jua tempat untuk melepaskan stress semata-mata. Sukan itu satu medan mengukuhkan ukhwah sesama manusia terutamanya muslim. Ingat lagikah di dalam al-Quran:

Allah Swt, berfirman : Innamal mu’minuna ikhwah. Faashlihu baina akhowaikum wattaqullaha la’allakum turhamun (QS AL Hujurat:10) yang artinya Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara dan dituntunkan untuk saling memperbaiki satu sama lain.


Tapi yang x syoknye dah lama tak bersukan ni ialah senang sgt sakit-sakit badan. Ingat kalo dulu2 kat sekolah, main hari-hari pun jarang sakit. Sekarang ni, main satu hari, sakit satu minggu.. Aduih

Dah lama tak main Volleyball dgn pingpong.. Dapat balun kejap ni mesti best
Perghh.. Kelas dah nak mula, tak sabar nak tengok bunga kt University.. Kat belah-belah aku ni takde bunga.

Selamat kembali!!