Tuesday, 5 August 2025

Nukilan : BATU

Lama tulis benda ni waktu si sufi kahwin. Lupa nak letak dalam ni.

BATU

Selalu kau rasa

Rantai di leher kan undang cemburu

Atau pun sofa berkait baldu

Sedangkan bunyi bising si batu

Kan jadi bukti engkaulah ratu

Raja fakir pun pasti tahu

Itulah cinta idaman kalbu


Kesian kau batu

Diganti firasat cermin berkaca

Ditekan jemari menunjuk bahagia

Sedangkan terbukti bencana sandiwara

Tersimpan engkau tak guna jua

Sampai tua tak ubat kecewa


Batu diketuk bukan menunjuk

Menghibur hati yang sedang duduk

Jangan kau dengar orang mengutuk

Kononnya kuli kuali dan senduk

Khurafat berkias raja kan tunduk

Hingga ke makam kasihnya terpupuk


Batu ini

Penanda bahagia rumah tangga.

Waktu suka kau kena ketuk

Saat merajuk apatah lagi

Banyak rumah tangga retak

Kerana bermalasan mengetuknya

Hanya jiran yang jadi saksi

Indah bunyi lesung berseni


Batu sayangnya

Kau tak boleh berkata

Semua dah kau lihat

Walau kau tak bermata

Hidupkanlah rumah tangga mereka

Mudah-mudahan

Bisingmu menjadi doa dan zikir

Hingga ke akhirnya


Batu hitam telanjang bulat

Rajin kau ketuk kan jadi ubat

Mengunci mulut si mata lalat

Menghalau penyondol hati berkulat

Aku tahu kau orang baik

Batu kau tumbuk pun pasti mengaku

Doakan sahaja yang baik-baik

Semoga setia ke anak cucu



Selitkan juga beberapa gambar freefood 2-3 minggu ni:










Last sekali gambar sambut birthday adik bongsu 

No comments:

Post a Comment