Kembara mencari Ubat Rindu : Oxford
Di dalam list itinerary kami, terdapat persinggahan lain yang memerlukan kami tidur bermalam sebelum pulang ke Malaysia.. buat pertama kalinya dalam perjalanan ini, kami tidur di homestay lain selain di Leicester.
Kami sampai di Oxford sekitar jam 10-11 pagi. Oleh kerana hanya boleh check in jam 3 petang, maka bersiar-siarlah dulu di University of Oxford. Terkenal dengan Harry Potternya. Selain dari itu entah apa yang menarik kami tak tau. Tak buat homework pasal tempat ni.
Sebagai sebuah tempat perlancongan yang terkenal, ada beberapa perkara yang aku kurang gemar dengan oxford, london dan bandar sekitarnya. Antaranya ialah peraturan parking kereta yang sangat keras dan mahal. Bayangkan satu jam 7 pound. Tapi sebab ada baby dan orang tua, layankan aje le. Selain itu, punyalah payah nak jumpa tandas. Macam kedekut sangat nak buat tandas. Kalau ada pun mesti tutup je memanjang. Nasib baik jumpa gak di sekitar pasar oxford.
Lagi satu yang aku awkward bila pi tempat-tempat femes ni mesti ramai orang melayu. Hahaha
Dalam jam 1 tengah hari, kami mencari makanan halal di area majoriti muslim. Untuk sapa2 yang mai oxford, makanan halal sangat banyak dekat Cowley Road. Masjid pun ada. Cuma kami tak pi sebab bergegas nak check in homestay. Tengah hari tu kami makan makanan kurdish lagi. Nampak lah semua orang dah muak. Yang seronoknya ada seorang pakcik kulit hitam ni seronok melayan kerenah iman.
Dalam pukul 3 dah check in tapi punyalah problem kuncinya. Aku yang menahan nak terkencing pelik macam mana nak buka. Rupanya kena kuis sedikit kuncinya. Lawa homestaynya, tapi kurang selesa berbanding di Leicester. Semua solat dan tidur sebab jetlag nya macam x sembuh2. Almaklumlah gak maghrib awal dalam 4.30 petang.
![]() |
Homestay dia macam apartmen sejuk yang terbukak sangat. Banyak tingkap |
Di malam harinya, aku dan adik lelaki keluar mencari makanan di cowley road. Mencari juga susu dan air mineral. Malam tersebut kami memilih Chicken Cottage milik anak syarikat Terengganu. Ambik chicken wing bbq, chicken tender dan nasi beriyani peri2. Aku yang paling selera. Yang fahmi dan kakak iparnya p melantak ramyeon.
Macam biasa dah tengah-tengah malam mana maunya tido. Tapi berehat la gak sebab esoknya nak ke kota london plak.
Entah bila nak sambung penulisan lagi. Haha
Tunggu je le ye.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment