Alkisah keberanakan 2.0
Alhamdulillah, 12 Julai yang lalu Isteri selamat melahirkan anak perempuan kami yang kedua pada jam 7.45 malam. Dan kini sedang berpantang di Gua Musang Kelantan.
Banyak kisahnya.
Aku dah mula hantar isteri dan iman ke kelantan 2 minggu sebelum tarikh due(9 Julai). Sebab kalau ikut pengalaman sebelum ni, baby keluar awal seminggu dari tarikh yang dijadualkan. Tapi seminggu kemudian tak juga keluar. Tiba2 diri pulak yang diuji sakit.
Belakang leher ada ketulan membengkak bewarna merah. Semakin hari semakin rasa radangnya. Tidur pun tak lena. Oleh kerana dah ada kat gua musang, kita pun pergilah hospital dia. Sebab dah pergi hospital kepala batas, dua klinik swasta semua tak berani nak rawat. Di hospital GM ni, macam2 prosedur kena lalu. 5 jam gak la.
Esoknya bengkak ni pecah. Keluar nanah banyak. Sempat rawat sehari je di GM, n then balik ke penang semula. Di penang, seminggu picit tak habis2 nanah. Selang seminggu kembali semula ke kelantan sebab isteri masuk wad hari jumaat(11hb julai).
Pengalaman 2 tahun lepas menyebabkan aku ambik hotel berhampiran dengan hospital. Dan berhampiran tu memang jalan kaki je ke hospital. Bini panggil teruih sampai. Kalau tak, melangut la kita kat luar hospital menunggu sebab tak larat balik homestay. Tak banyak benda yang berlaku pada hari jumaat. Petang jumaat sembang dgn bini kat wad, malam hantar kfc sebab bini teringin.
Besoknya, berpagian mencari sarapan
Dan tengah hari bini dah kena induce. Sepanjang proses induce tak boleh nak melawat pun. Pukul 4.30 bini call kata doktor dah bagi masuk teman. Kitanya p kat pakguard, pakguard x bagi plak. Balik kejap solat dalam pukul 6 lebih masuk wad teman isteri yang tengah menahan kesakitan.
Pukul 7petang bermulalah proses meneran. Aku takde pengalaman. So nurse comey2 ajar macam mana nak kira dan push. Kira-punya kira, baby keluar masuk balik, keluar masuk balik. Akhirnya selepas 40 minit doktor mintak izin vacuum baby. Yang tak bestnya suami kena keluar. Dalam pukul 8 doktor pun keluar bagitahu baby dah selamat keluar. Cuma masih tak boleh masuk sebab nak pantau baby.
Aku pun p solat maghrib dulu.. waktu solat baru teringat lupa nak tanya jantina baby. Haha. So bila ahli keluarga datang semua tertanya2 baby boy ke girl.
Alhamdulillah dalam pukul 8.30 dapat masuk dan iqamahkan. Babynya bulat dengan berat 3.8kg. Esoknya dah boleh keluar ward.
Sekian..
No comments:
Post a Comment