Monday, 3 May 2021

Diari Ramadhan bahagian 1

 Bismillah


Lama sungguh tak menulis. Mengembalikan semula fungsi blog ni sebagai arkib anc. Maka, terpaksa update supaya senang nak cari untuk sesi akan datang.

Ramadhan kali ini, diberi peluang untuk anjurkan kembali iftar jamaei. Konsep berbeza, strategi berbeza, suasana yang jauh berbeza. Antara sebab besarnya adalah kerana covid yang melanda negara.

Dari sudut dana, strategi yang dipakai kali ini ialah booking hari untuk siapa yang nak taja. Aku mulakan dgn geng pensyarah lelaki maths dahulu. Alhamdulillah semua menyokong. Sehari, jumlah yang ditetapkan ialah rm1200. Tak pastilah murah ke mahal, yang penting dua hari je bukak, full terus. Ternyata orang kmpp ni semua pemurah.


Sumber dana seterusnya juga ialah melalui kutipan tabung pentad/asrama, kutipan direct dr pensyarah/pelajar dan paling best ialah dari alumni. Bayangkan dari alumni sahaja mencecah rm8000. Jzkk alumni.




Bagi persediaan makanan pulak, strateginya hampir sama iaitu, upah cafe masak beras. Untuk 1 kampit diorg mintak rm30. Jimat byk situ. Juga beli kuah kosong, atau yg murah seperti ubi dan sayur. Tempah ayam golek, manakala sayur kali ini selalunya salad, timun yang dibeli oleh mashi. Kelainan kali ini, ada menu sampingan yang dimasak oleh ajk seperti telur goreng, papadom, keropok ikan dan mcm2 lagi. Ini yang melengkapkan dan menyebabkan menu nampak mewah. Huhu.




Cabaran pertama yang terpaksa dihadapi ialah untuk proses menghidang makanan. SOP yang ditetapkan ialah makanan tidak boleh dalam talam dan perlu berbungkus. Banyak kerisauan di sini. Akhirnya ambik keputusan untuk sediakan plastik




bungkus kepada semua pelajar yang bawak bekas masing2. Alhamdulillah, agak bagus. Cuma kesian pelajar kena beratur. Strategi hidang kali ini juga ialah tukang cedok adalah dr kelas tutoran aku. Bagi mengelak fitnah dan juga bg peluang diorg involve juga.


Cabaran kedua ialah pertambahan mendadak bilangan pelajar yg hadir. Pada asalnya target untuk 400 orang sahaja. Pada hari kedua, bilangan mencecah 700, dan seterusnya pernah sehingga 800 orang. Akibatnya, seminggu itu aku dan ajk hanya berbuka dengan air sahaja. Alhamdulillah dgn sumbangan orang ramai, kami up kan nasi jadi 70 kilo, ayam 70 ekor dan bermulanya strategi simpan kuah back up. Masuk minggu ke 2,3 hampir stabil.






Cabaran ketiga ialah dari orang2 yang masih iri. Orang2 sama sahaja dari dulu. Isunya pun sama. Sampailah dipanggil oleh pihak pengurusan. Banyak isu yang dibangkitkan. Tetapi rahmat dari Allah, dikurniakan timbalan pengarah yang sangat baik dan kuat agama. Akhirnya projek ni mendapat keizinan untuk diteruskan dgn strategi yang sama. Alhamdulillah.


Banyak lagi yang berlaku. Ada masa nanti, inshaAllah akan menulis lagi.



Sekian dari Syuib0809.

3 comments: