Bismillah.
Dua bulan tak update apa2 blog ni. Bila budak-budak dah tiada, so tiada program. Bila tiada program, maka tiada "drama" yang boleh diceritakan. Kelas berjalan online, jauh berbeza suasananya. Akibatnya, hidup aku macam "kosong", tiada apa yang excited. Dan kerana itu, aku mengambil keputusan untuk buat kerja gila. Ye, orang yang mendengar pun pasti geleng kepala.
Dalam masa tak sampai dua bulan, akau beli tiga buah motor. Ye, motosikal, bukan basikal ye. Kenapa gila? Sebab harganya bukan ratus2 ye. Ribu riban dalam masa 2 bulan.
Kesalahan, Ujian dan Ilmu.
Di UK, aku pernah gila travel. Gila basikal, gila percussion. Tetapi yang paling gila ialah ketika aku membeli 12 buah projector. Kegilaan yang menghadirkan perasaan "teruja", hingga kehidupan kelabu menjadi berwarna-warna. Tiba masa kegilaan tersebut menjadi kesalahan. Dan kesalahan itu menyebabkan engkau belajar banyak perkara baru.
Kesalahannya ialah, sebaik sahaja motor "besar" aku rosak, aku tidak menunggu lama untuk mencari motor lain. Dan paling dahsyat, aku beli 2 motor terus. Dan semuanya 2nd hand. Aku yang sepatutnya belajar dari kesalahan "membeli motor 2nd hand", tiba-tiba sahaja menambah kesalahan dengan sengaja, supaya lebih berganda benda yang aku boleh belajar. Gila punya pemikiran. Haha
Jujur, sangat banyak perkara baru aku belajar kali ni. Banyak benda tentang motor yang pada asal sifar ilmunya, mula aku kenal dan teroka. Mula kenal ramai orang, tahu banyak tempat, belajar sistem dan mula tahu harga semua benda-benda ni. Aku rasa ia sangat membantu menjadi bahan "bersembang" dengan manusia lainnya. Dan ia juga menjadi ilmu yang mampu membantu orang di sekeliling kelak.
Perbezaan motorsikal.
Sekarang aku ada 3 jenis motor. Yang pertama kapcai, kedua street bike kuasa besar sikit, dan scooter besar. Apa beza tiga-tiga ni.
Motor kapcai aku iaitu honda wave alpha 110 biasanya bawak slow je. Senang pkai, break dan gear semua fokus kat kaki. Senang, start je terus hidup n terus jalan. Cuma nak bawak laju di highway bahayalah, nanti goyang2 sebab ringan kan. Paling penting, kos maintenance teramatlah murah.
Next, motor street bike yg mungkin org2 awam panggil motor besar. Aku punya ialah SYM T2 250 CC. Malas nak ambik lesen, so kita pakai max besar ni cukuplah. Haha. Gear ada 6, dan tak syoknya ialah kena pakai clutch. Mati kat simpang tu biasalah sebab gagal kawal clutch. Ye. Bahaya. Takde bakul nak isi barang, dan tak boleh pakai kain pelekat nk bawak. So, memang aku jarang bawaklah haha. Spare part dia punyalah mahal. Minyak hitam pun pakai sebotol setengah. Jiwa tak kental, tok sah lah pakai.
Yang terakhir scooter besar iaitu sym vts200. Walau namanya 200, tapi cc dia 177 mcm tu je. Aku agak pelik kenapalah harga baru scooter2 ni punyalah mahal. Selepas pakai, barulah faham. Sangatlah selesa. Auto gear, tak payah nak tekan2, xpayah nak jaga clutch, pusing je handle. Bonet punyalah besar bawah seat. Boleh kangkang luas2, so memang best bawak pi masjid. Maintenance dia tak mahal sgt, tapi masalah dia ialah nak tukar apa2 byk gila part body kena bukak. So, upah mahal dan lama la sikit menunggu.
Cuma selepas bawak motor besar dan scooter besar ni, bila kau bawak balik kapcai, rasa mcm bawak motor mainan je. Haha. Next target, cafe racer.
Kifarah.
Pernah dengar? "Jangan benci sangat, takut nanti tiba2 jatuh cinta"..
Bila masuk alam pekerjaan. Aku ada kereta, tapi tak berminat lansung dengan motor. Tahun 2016, abah paksa dan kemudian abah hadiahkan. Motor merah itu, buruk benar layanan aku kepadanya. Antaranya, ketika lampu signal reput dan patah, aku sikit pun tak tukar. Bukan sebulan, tapi 2 tahun dibiarkan sebegitu.
Bila side mirror dua2 pecah(kena bola tampar), sekali lg aku biar je berbulan-bulan, sedangkan harganya belasan ringgit je. Teringat waktu batch izzah, rantai dengan spocket dah nazak, punyalah teruk bunyi, tapi aku masih biar juga. Yang aku tukar hanyalah minyak hitam dan tayar(bila pecah).
Dan sekelip mata, aku jadi minat gila2. Sampaikan tengok cermin meter bercalar sikit pun terus tukar. Haha. Sekali, 3 kali pi bengkel duk tukar macam2. Search online shopping pun penuh dengan carian "spare part". Gila.
Pembelajaran tanpa kelas.
Bila ingat balik, banyak aku belajar selepas habis belajar.
Tahun 2015 - minat wallpaper, percussion
Tahun 2016 - explore memanah, PA sistem
Tahun 2017 - explore lighting n truss, backdrop dan basikal
Tahun 2018 - explore hal renovation bangunan, bahan2 dan kontraktor
Tahun 2019 - explore design guna publisher
Tahun 2020 - berjinak dengan kebun dan permotoran.
Semua minat2 ni, banyak aku tulis dalam blog ni. Bila aku sebut minat/explore, ia membawa maksud sangat banyak masa dan duit yang aku habiskan mempelajarinya. Kegilaan terhadapnya, ada yang masih kekal seperti pa sistem, lighting dan design. Ada juga yang telah berhenti seperti wallpaper dan memanah.
Selamat hari tua syuib0809. Moga kau terus belajar dan teroka perkara baru dalam kehidupan.
Selamat hari jadi SIR IZWAN hehehehe ✨🙆🏼♀️
ReplyDeleteDari nurin aqilah amni yang cakap banyak hehehe 🙆🏼♀️
https://saglamproxy.com
ReplyDeletemetin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
RVİZ8E