Bismillah.
Dah tua-tua ni malas nak update blog. Aku masih aktif menulis secara harian. Ditulis di note phone, dan di"tayang" di status whatsapp. So, kita copy jelah apa di tulis. Dan gambar sebagai kenangannya.
Sempena program forum basikal, aku tiba-tiba teringin nak memasak. Haha. Masak mee mamak, tapi x banyak sgt telur. Uang membantu ialah para alumni.
Menarik kan poster. Huhu
Setiap tahun, yang kau ulang perkara sama. Hampir setahun mengajar dan melatih manusia, akhirnya pergi dan hadir pengganti. Mengajar kembali, melatih dan menapis generasi. Penat, dan banyak MASA teringin berhenti.
Antara makhluk aku masih gagal kenal, adalah MASA.
Kadang2 aku rasa perlu kurangkan masa untuk mereka. Yang selalu ke mari juga terasa, perlu kurangkan masa untuk kembali.
Tetapi itulah MASA. Bila dia ada kau tak mahu. Bila engkau mahu, dia tiada.
Kerana itu selagi kau ada masa, luangkan sahaja. Supaya nanti bila kau tak mampu kembali, kau sendiri sedar. MASA sudah mula berhenti, untuk kau hadir ke mari.
Ketika itu, carilah sebanyak manapun masa. Aku pasti, sekangkang kera pun kau tak akan kembali.
Relieve tension bersama akak chef dan akak kerja kedai makan.
Alkisahnya, aku beli motor besar. Terpakai. Terpengaruh dengan adik aku. Tapi tidaklah mahal sangat sebab secondhand.
Dah beli, baru perasan sama.
Tahun 2010 sebaik sahaja pulang dari cuti summer, aku mencari basikal terpakai di carboot. Basikal lama kena curi waktu kami semua bercuti di Malaysia. Pergi carboot, dapat basikal "mewah" ni dengan harga 30pound. Rezeki.
Ketika di UK, aku ada 2 basikal. Satu basikal kelabu ini, satu lagi basikal merah yg lebih akrab. Basikal racing ni aku bawak utk kayuhan jauh dan kalau nak naik train. Ringan dan halus tayarnya, so senang turun naik tangga, letak dlm train
Manakala basikal merahlah teman nak ke kedai, ke uni dan ke masjid. Sedap kayuhnya, xperlu bongkok. Sama seperti motor merah yg ada skrg. Jadi teman ke masjid dan pejabat.
Kesilapan aku kali ni, aku membawa dunia pulang ke rumah. Tiada tujuan. Akhirnya, baru nampak ia liabiliti, gangguan matlamat hidup. Maka, perlu kembali kepada asalnya. Maaf.
No comments:
Post a Comment