Friday 4 September 2020

Projek freefood 2020

 Bismillah

Lama tak update blog. Sudah masuk bulan kedua sejak pelajar baru mendaftar. Sebelum diorg daftar, aku pernah memohon dana dari zakat untuk projek ni. Waktu dalam meeting, senang je dapat. Bila nak mintak duitnya, macam-macam plak kerenah. So, kalau nak "mengemis" lama2, memang tidaklah makan budak2 ni.

So, semperna sambutan merdeka oleh ANC, kita pun mulakan lah projek ni hasil sumbangan para pensyarah.


Kita bubuh cerita dekat gambar jelah ye

Berpagian ke pasar dengan anak-anak dara ni. Walaupun diorang boleh diharap, tapi bab meng agak ni diorg kurang sikit. Ni asalnya nak cari udang, sekali jumpa lala murah. Borong 14 kilo buat buttermilk.


Antara yang tukang tolong ialah anak-anak dara ni. Second chef sepatutnya kak sufi. Tapi dia datang punyalah pakai lawa2. Sebaik ada akak kulinari, chef teah datang. Selamat sikit semuanya. Kali ni agak lancar sebab ada dua kuali besar yang boleh gerak sekali.

Beginilah keadaannya bila kau kena layan anak2 dara ni gosip. Orang lain semua nampak diorang lawa, aku je yg nampak diorang hodoh. Haha. Tapi akak nurse kita, si dina memang lawa.

Menu utama ialah ayam golek, untuk kuah, kami sendiri masak. Lebih kurang 5 kuali juga lah masak ayam masak kicap. Untuk sayur, kobis udang kecik2 tiga kuali besar. 20 biji kobis. Last sekali lala buttermilk, tapi tak berani nak hidang sebab takut ada org perut tak tahan dgn susu. So, selamatnya bg ajk makan.



Untuk muslimat kita buat 3 kaunter. Dan untuk min buat 1 kaunter. Bajet utk 500 orang. Ayam 50 ekor habis. Nasi je yang byk lebih.

Oleh kerana student tak boleh sentuh dapur, kita bagi ruang diorg menyumbang potong2 dan kupas bawang. Perlu ajar mereka dr muda akan erti hidup pada memberi. 

Zulfa kata "cikgu, kak sufi lawa kan?". Aku reply "lawa? Seriuslah mcm tu lawa?". Hahaha

Lawa kan. Hehe


Tiru konsep freefood. Jawi pun ada adam akmal buatkan.


Minggu itu juga, diberi tugas untuk hias pentas sempena kemerdekaan. Tapi tulah, oleh kerana event je more kepada ceramah, dan bajet pun sikit, mampu buat ini je. Huhu

Ye. Nampak kosong. Ideanya main dengan belon. Ada robot dan bunga shj. Rasa tak berbaloi event ceramah nak habiskan 3-4 malam untuk hias

Bunga dewan dah sangat teruk, kemek dan sebagainya, malam tu habiskan masa gubah balik je.

Mintak tolong anak teruna tolong gubah sekali. Lawa la gak diorg gubah. 2 malam berkampung.

Begitulah kisah minggu lepas. 

Ada masanya berimej sebegini

Banyak masanya berimej sebegini.


Seronok hidup ini, bila kita ada kelebihan yang kita boleh sumbangkan sebagai amal jariah.

Punya kemahiran memasak, maka kenyangkanlah org2 yang kelaparan. Pandai design, gunalah kemahiran untuk promote sebaiknya. Hatta lidah tak fasih beri ceramah, poster ceramah yang meramaikan mampu jd bekal di akhirat.

Kerana itu, isilah diri dengan kemahiran, dengan niat mahu memberi. Sayang kalau kerana duit, baru kau mahu belajar dan asah kemahiran. Rezeki Allah datang bila engkau memberi. Kerana ia harta di akhirat, yang perlu dikorbankan dahulu lelahnya di dunia.

Aku bukan tak suka kau banyak bercakap. Cuma aku pasti, lidah adalah anggota paling mudah menerakakan engkau kelak di akhirat.



Sekian dari Syuib0809







No comments:

Post a Comment