Sunday, 9 May 2021

Diari Ramadhan bahagian 2

 Bismillah.

Walaupun aku jarang menulis di blog, aku sangat rajin menulis panjang2 di status wassap. Pelik, tapi itu sahaja yang menghilangkan gian terhadap penulisan. Selitkan di sini.

Status 1

Petang tadi, sebaik sahaja habis design poster ihya ramadhan,  ada beberapa org pensyarah maths lelaki di meja.

"Berapa satu malam ni?.."

"Dalam seribu seratus macam tu... Untuk anggaran 400-500 orang..."

"Alaaa..."

"Apa kata kita pensyarah math laki kongsi. Ada 8 orang. Sorang dalam rm150. Ok tak?".

Nice... On.. pi tanya yang lain. Semua on.
Rasa seronok gila bila semua "sefikrah" sebegini. Bila fikir balik, memang semua pensyarah laki maths "muka surau". Jumlah yg besar, dikongsi bersama jd kecik je.

Teringin gak nak mintak alumni2 anc. Setiap batch ada lebih kurg 40 org. Kongsi sorang rm20, boleh cover satu malam. 5 batch, 5 malam.

Tapi tulah, bila kenal2 balik alumni haraki ni, bab sumbang duit untuk gerak kerja semua semangat, rasa mengalir ke syurga. Tapi bab sedekah makan ni semua kureng sikit. Haha. Jahat cikgu main psychos



Status 2

cikgu, tu sapa tu cikgu yg datang dgn kak mashi tu..."

"Laa, korang tak kenal ke kak aini. Punyalah cantik kak aini kamu nii.. tapi dululah. Sekarang dia pun dah gemuk mcm saya.."

Kejam betul cikgu...

Sapa nak kena mengumpat bersama junior, meh lah beranikan dtg sini



Status 3

Menarik ramadhan kali ni, tak berapa kenal sangat pun ajknya. Cuma seronoknya, nama mereka adalah nama2 yang aku selalu jerit sejak dulu...

"Farhanan mana, farhanan?.. panggil dia cepat... HANNAAAAANNN..."

"Aqilaaaaaahhhh...." Nama bendahari ihya ramadhan

Terperasan hari ni, mereka yang pernah berbaiah dihadapan diri, lebih mudah aku mengikatnya. Hingga dipermudahkan hati mereka ke sini. Dan gen yg berlaku sebaliknya, seperti berat bertemu kembali.

Besar kisah baiah, bukan sekadar pada pelafaznya, tetapi juga buat yang menyaksikannya.

Status 4

Alhamdulillah, malam ni sempat berdiskusi tentang dakwah fardiyah, minda program vs minda dakwah dengan anak2 dara ni(Kecuali kak aini).


Lepas tu mengumpat kak sufi, abang meon, kak zati, sis ayuni, qasdina, salman dll. Haha

#_katanakdatang_


Status 5

Banyak cerita malam ni. Terpaksa "halau" 2 org anak dara yg masih berumur 21 tahun.


Nak dengar aku cerita soal kehidupan realiti dengan nada serius adalah suatu yang sukar. Tepat masa, betul orangnya, maka terbuka seribu cerita...

Resam, aku memberi nasihat baik, hanya untuk orang yang menginginkan kebaikan dari sebuah nasihat. 

Mengharapkan kehidupan realiti yang baik dengan berfantasi dan berimpian adalah satu motivasi. Namun, menilai kehidupan realiti dengan membandingkan kehidupan orang lain di alam maya adalah satu kebinasaan. 

Bersabarlah dengan kehidupan yang terpaksa kalian lalui pada zaman ini. Mudah-mudahan kebaikan buat semua yang mendengarnya.



.........

Begitulah status-statusnya. Banyaknya kerana bersembang dengan anak2 dara ketika moreh. Kalau ada alumni, lagi panjang ceritanya. Aku selalu kata 

"kalau kawan2 sekolah saya tengok gambar saya dengan korang ni, mesti diorang pelik gila. Saya dulu digelar anti perempuan..."

Aku menyembunyikan segala sifat ceria dan kebaikan kepada perempuan bermula sekolah menengah sampailah ke uni. Nak jumpa gambar dan buat lawak dengan diorang memang xde lansung. Semua yg aku kumpul dan sembunyikan itu, aku luah zahirnya pada student2 sahaja.



Sekian dari Syuib0809.



No comments:

Post a Comment