ANC yang dulu.
Tahun pertama di sini, aku banyak memerhati keadaan sekeliling. Tahun tersebut, masih bergiat aktif dengan aktiviti di kolej lama. Kerana itu, sangat sikit coretan mengenai tanzim di sini. ANC ketika itu di"kuasai" oleh keluaran sekolah agama semata-mata. Hingga tersebar khabar kononnya antara kelayakan nak masuk anc mestilah bertudung labuh.
Semalam, aku membuka file lama ANC. Ia simpanan yang aku buat sendiri. Melihat kembali fail-fail sesi 2014/2015, ini contoh aktiviti yang mereka lakukan:
1. Usrah AFC (ANC friends club)
2. Kursus pemantapan aqidah
3. Don't Open The Aurat(DOTA)
4. JomPeliharaPergaulan(JPP) - rushing
5. Runningman KMPP(aku suruh)
6. Tutorial Serban dan Sugi
Bila izzati tengok aktiviti2 mereka ni. Izzati kata nampak kesungguhan orang dulu-dulu membina kefahaman dan punyai ciri "tabligh". Aku pula melihat sekumpulan lepasan sekolah agama yg masih dengan dunia lamanya. Syok sendiri dengan aktiviti yang tidak sampai kepada orang awam. Hingga anc nampak begitu eksklusif untuk budak-budak agama semata-mata.
Matlamat aku ketika itu, mahu mengubah kerja-kerja selekeh mereka menjadi lebih profesional. Ajar buat paperwork, minit mesyuarat, postmortem dan sebagainya. Tapi sayang mereka tiada dana. Pernah sekali mereka menjadi "peminta sedekah". Edar tabung buatan sendiri dan menerima amaran dari pihak kolej. Fuhh.. Tipikal sungguh budaya sekolah agamanya.
Revolusi 1:
Revolusi pertama bermula apabila pada sesi 2015/2016, budak2 lelaki sekolah agama dalam ANC buat hal. Keluar daripada ANC, dan membiarkan ANC terkontang-kanting. Maka, aku menukar tumpuan kepada team Afiq, Yus, Zul, Luqman Asri dan rakan-rakannya. Majoriti mereka keluaran MRSM, dan aku rapat sebab volleyball dan sebahagiannya memang aku ajar. Membuka semula keahlian ANC kepada mereka-mereka yang bukan dari sekolah agama. Memberi cabaran, perkara pertama aku mintak diorang uruskan ialah forum olok-olok.
Projek forum bawah yus. Best gak dpt sambutan. Luqman je hambar.
Mengubah landskap ANC, landskap memori dan aturan lajnah. Aku mula memansuhkan lajnah akademik dan kebajikan yang tiada halatuju. Memperkenal program dikir zikir dengan membeli portable PA sistem, dan mengubah semua aktiviti adhoc(islamik) mereka, disatukan dalam cyclo ohana. Sayangnya ketika tahun kedua itu, ANC sangat-sangat miskin. Senior mereka yang islamik itu banyak meninggalkan sampah sahaja.
Program grandstand pertama. Sangat daif. Hiasan belakang pinjam abang cafe. Kayu pallet azreen tolong belikan. Speaker aku beli satu portable, satu lg pinjam abang rizal. Alas memang takde. Alas carpet pentas tu sejadah panjang dlm stor.
Tapi betul orang kata. Waktu susah tulah yang manis
Revolusi 2:
Melihat keadaan ANC yang sangat miskin, maka aku memperkenalkan project buku rujukan terpakai. ANC 2015/2016 adalah pelopornya. Waktu tu semua buku2 itu diletakkan dalam bilik siaraya. Duit untung tersebut lansung mereka tak rasa. Semuanya diberikan pada adik-adik mereka iaitu batch adam malik. Dan batch 16/17 inilah permulaan ANC membeli aset yang sangat banyak. Antara yang aku ingat ialah barangan PA sistem, lighting, pinggan2 baru, stage, backdrop, percussion dan projector. Walaupun 70% aku gunakan duit aku dulu, tetapi aku menyusun perancangan, agar sikit demi sedikit semua itu menjadi aset mereka di akhirnya.
Perubahan aset.
Batch pertama rasa lighting
Malah ketika itu juga, aku mewajipkan setiap lajnah sebelum keluar dari kolej, mesti berazam tinggalkan aset untuk adik-adik lajnah mereka. Seingat aku, HES belikan tong air besi, PUB wariskan projector, TK cadangkan mesin popcorn dan dakwah tarbiyah aku tak tau. Haha.
Revolusi 3:
Perubahan landskap ANC juga berevolusi pada programnya. 3 tahun aku membudayakan mereka bagi melaksanakan program-programberikut untuk dipersembahkan kepada umum/kolej. Biar menjadi trademark mereka kelak. Antaranya:
1. ANC leadership Camp(ALC)
2. Dikir Zikir
3. MEMORI
4. Street Dakwah
5. Malam Illustrasi Aspirasi Wanita(MIAW)
6. Majlis WIDA'
Aktiviti-aktiviti ini tiada ketika 2 tahun terawal(2014-2016). Walaupun mungkin memori dan dikir zikir ada, formatnya sangatlah berlainan. Mahu memperkanalkan juga project freefood sebagai satu-satunya projek amal anc kepada kolej, tetapi halangannya terlalu banyak. Malah, aku sebenarnya sudah memperkenalkan ia pada 2016/2017 di bawah kelolaan nasuha dan adam malik. Tetapi 2 tahun sepi dan hanya bersambung sesi ini.
Scarcity revolusi.
Namun revolusi ini punya banyak perkara untuk dikorbankan.. tumpuan mereka pada program-program besar itu menghilangkan sifat "tabligh" mereka. Program2 yang melatih kepimpinan mereka itu menghakis jati diri mereka sebagai naqib dan naqibah. Hinggakan aktiviti2 personal approach yang terkenal pada tahun 2014/2015, semakin pupus mengikut rentak revolusi yng aku perkenalkan.
Merasa bersalah dengan revolusi tersebut, aku mula fokus kepada cyclo ohana. Menghimpunkan semua aktiviti2 adhod/tabligh ke dalam itu, membina majlis nuqaba', dan meminta alumni merangka modulnya. Walaupun, perkembangannya agak lambat, pembinaan tapak itu agak kukuh sebelum ia dilepaskan kepada generasi seterusnya. InshaAllah lepas cuti, akan mula briefing pada asyakirin dan teamnya untuk berjinak-jinak dgn ohana. Doakan.
Revolusi-revolusi ini aku buat, agar ANC punya rujukan, blueprint, dana, kemudahan dan matlamatnya sendiri, sebelum aku melepaskan kembali mereka kepada tempat asal mereka. Ramai yang tidak percaya aku boleh melepaskan. Maka, aku menjadikan memori tahun ini sebagai contoh terbaik.
InshaAllah next akan berkongsi penglibatan dan pandangan aku sebagai orang luar untuk memori sesi ni.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment