Sunday, 29 December 2019

Kisah

Kisah


Lagu iringan




Kisah aku
Aku simpan dalam diari
Tiada kunci kaca
Tiada tembusan
Tidak aku tontonkan pada semua
Ia kisah rahsia
Seronok air mata
Tangis senyuman
Aku simpan rapi
Untuk hari nanti
Yang belum pasti



Lalai aku dalam mimpi
Didodoi kisah dalam kisah
Hanyut ketawa berjenaka
Sahabat hati alam fantasi
Bertemu berkali berpisah lagi
Indah sungguh bersama
Tiba terjaga semua tiada
Realiti kembali
hidup sendiri

Ada kisah dalam kisah
Yang tiada siapa kisah
Hanya aku engkau dan mereka
Yang hanyut dalam dunia sendiri
Terlupa di mana mula
Hanya peduli detik indah
Hingga sampai saat gelisah
Kerana risau mahu berpisah



Ini kisah
Hanya aku kisah
Basah bersama biasa
Tidur bersama selesa
Makan setalam masih lapar
Habis jua isinya
Kenapa aku ingat
Sedang patut aku lupa
Kisah memori duka
Sekelip mata jadi indah
Maaf aku terasa
Benar seksa
Masih mahu semula


Buruk baik kisah
Tetap sebuah kisah
Kenangan tidak terjual
Tidak kuharap siapa membeli
Tiada nilai bukan kosong
Tidak ternilai mahal isinya
Infiniti penuh erti
Gagal juga engkau mengerti
Saat berlaku jadi benci
Sudah berlalu jadi rindu
Masa mengubah cerita
Kenangan kosong jadi beribu
Kan tiba masa semua berlalu

Itulah kisah
Yang tiada siapa kisah
Melainkan mereka
Yang bermain dalam kisah
Seronok bertemu?
Pandailah berpisah



Sekian dari syuib0809

3 comments:

  1. Cikguuuuu!!! Fatin dah kawinn cikguuuuu. 1 feb harituuuu ��

    Saya dah post comment ni tadi, mana tah hilangnya hmm

    ReplyDelete
  2. Erk. Dah lama dah tau. Lambat lab kamu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cehhhh. Dia baru up kat fb, so saya pon baru tau la hahahahha cikgu boleh move on dah okay HAHAHAHA

      Delete