Sunday, 8 December 2019

Memori 1920: Diari Pemberontak

Bismillah

Beberapa minggu ni, macam-macam bermain dalam fikiran. Muhasabah diri, setelah usia mula memasuki angka 3. Terfikir, betulkah apa yang aku perjuangkan dan lakukan sepanjang masuk ke alam pekerjaan. Entah kenapa, tetiba ter"nilai" kereta-kereta ustaz di sini, sorang pakai CRV, sorang jazz, mercedes, dan terbaru nampaklah sorang baru beli pacuan empat roda. Mereka lebih faham islam dari aku. Atau mungkin aku yang belum faham islam..

Saat jiwa selalu memberontak dan berfikir, lagu ini selalu memberi nasihat.

It's not time to make a change
Just relax, take it easy
You're still young, that's your fault
There's so much you have to know
Find a girl, settle down
If you want you can marry
Look at me, I am old, but I'm happy
I was once like you are now, and I know that it's not easy
To be calm when you've found something going on
But take your time, think a lot
Why, think of everything you've got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not

2014/2015.

Tahun pertama di sini, aku sudah mula menjiwai sifat memberontak. Antara yang sangat aku ingat, bila paperwork ANC kena tolak. ANC rancang mahu membuat kempen menutup aurat. Aku yang sangat muda ketika itu, terus bertemu dengan KJPP dan mempersoalkan rasional kenapa ia ditolak. Sedangkan aku tiada kena-mengena dengan ANC dan pusat islam. Tapi memberontak punya pasal. Punyalah berani.

2015/2016.

Tahun kedua, mula menonjolkan diri memimpin anc dan memori. Dan tahun ni memang banyak sungguh aku cari pasal. Yang paling besar ialah aku bertemu empat mata dengan timbalan pengarah kolej. Isunya ialah aku bawak masuk kayu pallet yang sangat banyak ketika memori. Dan membawa kepada isu-isu lain. Sejak dari tu memang tak baiklah dengan timbalan pengarah. Nasib baik dia pindah. Huhu. Gila kan jiwa muda?

2016/2017.

Tahun ketiga, keadaan paling tegang sebab ANC mahu dibubarkan. Aku punya memberontak waktu tu sampaikan pusat islam pun tak suka aku, dan HEP menggelarkan aku "lone ranger". Tapi jiwa muda, sikit pun tak kisah. Tahun ni juga banyak sungguh duit habis beli aset2 untuk anc. Pa sistem, lighting, backdrop dan macam-macam lagi. Entah kenapa pemurah sangat habiskan duit untuk mereka. Last-last teruk gila diri kena.

2017/2018.

Menyambung "pemusuhan" dengan HEP. Tapi keadaan semakin reda bila ustaz hazrin mula jadi KJPP, dan aku diserap masuk dalam pusat islam. Cuma dipenghujung sesi, aku cari pasal melalui pemilihan sukarelawan MPPB. Tak tahulah kesilapan cara atau kebetulan. Tetapi tahun tersebut, ramai JPP tidak mahu menjadi sukarelawan. Akibatnya aku difitnah kononnya bawa masuk ramai ANC. Dan aku mula memperkenalkan "kuota ANC" supaya kolej nampak keperluan sukarelawan yang menguruskan hal ehwal agama. Cuma akibat dari langkah aku itu, aku dibuang dari ajk sukarelawan dan dipindahkan ke JK lalulintas untuk sesi mppb seterusnya.

2018/2019.

Hubungan semakin tegang dengan HEP sebab ANC dan JPP bergaduh. Dan aku tak lepaskan beberapa orang ANC untuk jadi JPP walaupun HEP sendiri minta. Sampailah ketika aku bertemu dengan HEP untuk selesaikan beberapa isu memori, terpancul perkataan dari mulut mereka.

"Sekarang ni, semua orang melayu duk sokong anc, takde sapa nak sokong JPP dah.." 
Fuhh.. Gila

2019/2020.

Aku meneruskan sifat memberontak tersebut. Kali ini yang paling banyak menyebabkan pergaduhan ialah program free food. Sampaikan hubungan aku jadi teruk gila dengan en.amin. Sedangkan sebelum itu tersangatlah baik. Malah, aku sendiri menyokongnya menjadi HEP. Projek free food aku juga menyebabkan ustaz hazrin terasa. Antara ayat aku ketika itu yang menyebabkan ustaz terasa ialah:

"Kalau kita sediakan makan dan war-war kan hanya untuk pelajar2 miskin, kita sedang menjemput sambil menghina mereka!!!".

Aku tahu unstaz terasa. Dan hubungan dengan ustaz renggang sikit demi sedikit sampailah ustaz berpindah ke bahagian. Rasa bersalah plak tetiba. Terukkan jiwa memberontak?

Muhasabah.

Bila fikir balik, aku tak tahulah sampai bila aku mahu jadi begini. Sibuk perjuangkan aktiviti agama yang menyebabkan aku bergaduh dengan orang agama. Sibuk bagi makan pada pelajar, konon ambik berat pasal pelajar lapar. Akhirnya bermusuh dengan orang yang sepatutnya jaga pelajar. Sibuk duk lawan aktiviti-aktiviti maksiat yang nampak biasa di mata orang islam, last2, menjadi musuh pada pensyarah2 yang memang kaki hiburan di sini. Dan mereka orang-orang besar di sini.

Sampai bila mahu memberontak dan "bergaduh" dengan orang sekeliling?

Seronok tengok pensyarah-pensyarah lain, masuk kerja, buat kerja, mengajar, habis waktu balik. Habis waktu pejabat, buat bisnes, tuisyen dan bina harta sendiri. Hujung minggu, jalan-jalan dengan family, tidak perlu risau dengan apa yang berlaku di kolej. Itu kehidupan yang aku faham dari lagu "father and son" ciptaan cat steven tersebut. Rakan-rakan aku semuanya sudah memasuki kehidupan tersebut. Cara terbaik untuk tenang adalah memikirkan diri sendiri, dan berhenti membawa masalah orang lain/sekeliling dalam kehidupan engkau. Engkau tidak punya musuh. Dan engkau bergerak hanya apabila ada arahan dari atasan. Tidak perlu berlebih, kerana engkau tiada OT untuk itu.

Dan aku menjadikan memori kali ini sebagai bahan eksperimen. Menjadi orang luar. Menjadi pensyarah biasa yang "tidak pernah tahu" akan kewujudan memori. Menarik.

Akan aku kongsikan di sini..
Bersambung..

No comments:

Post a Comment