Sunday, 17 November 2019

Screenshot Ijtima' Tarbawi 7.0

Bismillah.

Kita cuba teknik baru lah kot. Hanya disertakan gambar screenshot status whatsapp je. Haha..

Berkira-kira sebenarnya nak pergi sini. Kerana aku tahu tak ramai rakan seperjuangan yang masih bersama dan sanggup hadir. 

Setelah setengah jam duk pusing-pusing, berdiri sebab dewan penuh. Aku akhirnya jumpa tempat kosong di bahagian depan dewan.

Dah nak habis program, tiba-tiba terserempak dengan Dr Fairuz. Dia kini orang besar Pemuda Pusat. Ketika di luar negara aku belajar di UK, dia pula bekerja di Ireland. Kami hanya bertemu 3 kali setahun untuk program madrasah, muktamar dan perhimpunan musim bunga. Hanya itu sahaja yang menghubungkan kami. Sedangkan beza usia kami lebih 5 tahun.

Tak pasti macam mana kami kenal. Sebab aku orang yang sangat pemalu dan segan tegur orang yang lebih tua. Cuma aku jadi terkenal di program-program sebab pandai berjenaka ketika berucap. Dari situ rasanya baru Dr. Fairuz berani tegur dan sembang.

Ketika di Malaysia, dia menawarkan diri menguruskan BM aku. Tetapi oleh kerana takut mengecewakan dia(sebab aku selalu mengada2), maka aku menolak dengan baik. Dalam 5 orang rakan di FB, dia adalah salah seorang daripadanya. Bahasa, akhlak dan pemikirannya sangat positif. Jika berhujah dengan lawan atau tidak bersetuju pun, perkataan yang dikeluarkan dari mulutnya sentiasa baik. Kerana itu dia Istiqomah.

Bersama Dr fairuz.


Sekembali ke tanah air, aku mula menyertai tanzim tanah air sikit demi sedikit. Walaupun banyak cerita kurang enak, suasana yang jauh berbeza ketika berusrah diluar negara, aku tetap menyertai tanzim IPG. Yang lain pula, melarikan diri dari join, kerana maklum akan dilayan seperti "baru" kembali. Ego pertama itu memisahkan mereka dari perjuangan. Sekelip mata.

Berkat muka tua, aku tidak dilayan seperti orang baru. Cuma, tidak juga berlagak seperti orang lama. Memerhati, supaya tidak cepat menghukum.

Adik-adik di sini fasih benar berdalil. Apatah lagi yang dari program pendidikan Islam. Marah meraka dan teguran yang berlebihan, menjadi tanda yang mereka belum faham banyak makna. Semangat semata. Kerana itu banyak teguran aku kepada mereka.  Cuma aku apabila menegur, lisannya sangat berbisa. Dan kalian pasti terkejut kerana ketika itu, aku sangat berbeza dari yang biasa.

Mereka yang terlalu "beriya" itu juga, sudah jarang aku ketemu dalam program-program besar. Whatsapp juga sepi. Dan dalam pemerhatian aku 10 tahun ini, yang lebih cepat pergi ialah orang-orang atas, yang bertemu dengan ego keduanya.

Kerana itu lisan perlu jaga. Berdalil perlu simpan untuk hati sendiri dahulu.

Engkau yang banyak menguji adik-adik, akan menjadi orang pertama yang diuji Allah kelak.


Dua batch terawal.


Kata ustaz nik abduh tadi:

"Ana yakin antum semua sudah rasa nikmat yang sangat besar dalam jemaah. Nikmat apa? Nikmat ukhuwah.."

Allahu benar sungguh katanya.
Mahu dengar satu rahsia?

Engkau akan terus berukhuwah, sentiasa bertemu, melepas rindu melihat hari tua bersama. Hanya jika engkau kekal bersama, dan mendirikan rumah tangga dengan orang yang kekal bersama. Paling tidak pun, 3 tahun sekali. Namun jika sebaliknya, maka aku tidak mampu menjanjikan nikmat tersebut. Apatah lagi bila engkau sudah buta dengan harta dan kerjaya.

Jika engkau kekal bersama dan mencari aku kelak, cari sahaja lelaki tua yang berjalan sendirian. Perutnya sedikit kehadapan, bajunya lusuh, dengan uban yang semakin banyak di kepala. Ditangannya ada payung hijau. Jika program di utara, engkau pasti bertemunya. Biarpun masa sudah 10 tahun berlalu.

Istiqomahlah.


Jumpa 10 tahun lagi ye inshaAllah.
Sekian dari Syuib0809



No comments:

Post a Comment