Sunday, 24 November 2019

Gambar ingatan

Bismillah.

Sejak kehilangan gambar akibat phone rosak hari tu, aku mula merajinkan kembali diri memuat naik gambar gambar di sini. Walaulun bukan semua, gambar sedikit ini sudah cukup sebagai ingatan.

Kisahnya, selasa lepas aku datang ke surau malam hari untuk latih nasyid. Nasyid tersebut sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kolej jumaatnya. Tengah pemilihan lagu kedua, tiba-tiba presiden kata:

"Cikgu, kami ada cadangan lagu.."

"Ha, lagu apa, nyanyi sikit..."

"Allah selamatkan kamu... Bla3x..."

Tiba-tiba semua ANC berkerumun mengelilingi aku dengan kek di tangan. Suprise memanglah suprise. Tapi dah satu minggu, sapa nak jangka. Aduih.

Nah gambar .

Termengamuk jugaklah sebab bersepah confetti.

Dengan anak teruna. Pelik awalnya kenapa ramai sgt anc mlm tu waktu praktice nasyid. Lagi pelik bila si shamil pun ada.


Dengan anak dara.



Selepas tamatnya program sambutan maulidur rasul, aku memulakan proses boikot fasa kedua. Iaitu memblock semua orang-orang penting memori. Setakat ni, nampak perjalanan memori sangat-sangat lancar. Kewangan pun agak strong. Malah, design mereka juga agak nice. Tahniah.

InshaAllah fasa ketiga bermula minggu depan. Lagi hardcore. Haha.




Sekian dari Syuib0809.

Sunday, 17 November 2019

Screenshot Ijtima' Tarbawi 7.0

Bismillah.

Kita cuba teknik baru lah kot. Hanya disertakan gambar screenshot status whatsapp je. Haha..

Berkira-kira sebenarnya nak pergi sini. Kerana aku tahu tak ramai rakan seperjuangan yang masih bersama dan sanggup hadir. 

Setelah setengah jam duk pusing-pusing, berdiri sebab dewan penuh. Aku akhirnya jumpa tempat kosong di bahagian depan dewan.

Dah nak habis program, tiba-tiba terserempak dengan Dr Fairuz. Dia kini orang besar Pemuda Pusat. Ketika di luar negara aku belajar di UK, dia pula bekerja di Ireland. Kami hanya bertemu 3 kali setahun untuk program madrasah, muktamar dan perhimpunan musim bunga. Hanya itu sahaja yang menghubungkan kami. Sedangkan beza usia kami lebih 5 tahun.

Tak pasti macam mana kami kenal. Sebab aku orang yang sangat pemalu dan segan tegur orang yang lebih tua. Cuma aku jadi terkenal di program-program sebab pandai berjenaka ketika berucap. Dari situ rasanya baru Dr. Fairuz berani tegur dan sembang.

Ketika di Malaysia, dia menawarkan diri menguruskan BM aku. Tetapi oleh kerana takut mengecewakan dia(sebab aku selalu mengada2), maka aku menolak dengan baik. Dalam 5 orang rakan di FB, dia adalah salah seorang daripadanya. Bahasa, akhlak dan pemikirannya sangat positif. Jika berhujah dengan lawan atau tidak bersetuju pun, perkataan yang dikeluarkan dari mulutnya sentiasa baik. Kerana itu dia Istiqomah.

Bersama Dr fairuz.


Sekembali ke tanah air, aku mula menyertai tanzim tanah air sikit demi sedikit. Walaupun banyak cerita kurang enak, suasana yang jauh berbeza ketika berusrah diluar negara, aku tetap menyertai tanzim IPG. Yang lain pula, melarikan diri dari join, kerana maklum akan dilayan seperti "baru" kembali. Ego pertama itu memisahkan mereka dari perjuangan. Sekelip mata.

Berkat muka tua, aku tidak dilayan seperti orang baru. Cuma, tidak juga berlagak seperti orang lama. Memerhati, supaya tidak cepat menghukum.

Adik-adik di sini fasih benar berdalil. Apatah lagi yang dari program pendidikan Islam. Marah meraka dan teguran yang berlebihan, menjadi tanda yang mereka belum faham banyak makna. Semangat semata. Kerana itu banyak teguran aku kepada mereka.  Cuma aku apabila menegur, lisannya sangat berbisa. Dan kalian pasti terkejut kerana ketika itu, aku sangat berbeza dari yang biasa.

Mereka yang terlalu "beriya" itu juga, sudah jarang aku ketemu dalam program-program besar. Whatsapp juga sepi. Dan dalam pemerhatian aku 10 tahun ini, yang lebih cepat pergi ialah orang-orang atas, yang bertemu dengan ego keduanya.

Kerana itu lisan perlu jaga. Berdalil perlu simpan untuk hati sendiri dahulu.

Engkau yang banyak menguji adik-adik, akan menjadi orang pertama yang diuji Allah kelak.


Dua batch terawal.


Kata ustaz nik abduh tadi:

"Ana yakin antum semua sudah rasa nikmat yang sangat besar dalam jemaah. Nikmat apa? Nikmat ukhuwah.."

Allahu benar sungguh katanya.
Mahu dengar satu rahsia?

Engkau akan terus berukhuwah, sentiasa bertemu, melepas rindu melihat hari tua bersama. Hanya jika engkau kekal bersama, dan mendirikan rumah tangga dengan orang yang kekal bersama. Paling tidak pun, 3 tahun sekali. Namun jika sebaliknya, maka aku tidak mampu menjanjikan nikmat tersebut. Apatah lagi bila engkau sudah buta dengan harta dan kerjaya.

Jika engkau kekal bersama dan mencari aku kelak, cari sahaja lelaki tua yang berjalan sendirian. Perutnya sedikit kehadapan, bajunya lusuh, dengan uban yang semakin banyak di kepala. Ditangannya ada payung hijau. Jika program di utara, engkau pasti bertemunya. Biarpun masa sudah 10 tahun berlalu.

Istiqomahlah.


Jumpa 10 tahun lagi ye inshaAllah.
Sekian dari Syuib0809



Tuesday, 12 November 2019

30: Cerita Semalam.

Bismillah.

Sekadar catatan aktiviti dua tiga hari ni.

Sambutan Maulidur Rasul.

Sabtu lepas, berlansung sambutan maulidur rasul yang dianjurkan oleh ANC. Ia event pertama yang melibatkan flow majlis untuk ANC sesi 1920. Semester lepas, kolej terlampau banyak event, dan juga  negara banyak sangat cuti. Persiapan yang mungkin sedikit lambat sebab diorang tiada pengalaman. Tetapi secara keseluruhan majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar.

Kumpulan Qasidah yang mengiringi

Cuma yang terkejutnya, sangat ramai pelajar yang turun. Dalam 5 tahun grandstand itu berfungsi, buat pertama kali seramai ini. Malah melimpah ke luar hingga AJK terpaksa bentang tikar dan susun kerusi di kawasan parking kereta. Dahsyat dan pelik.

Suasana dalam grandstand

First time suasana macam ni diluar grandstand.


Cerita Semalam.

Semalam genap umur aku 30 tahun. Tiada plan apa- apa pun. Pergi kerja masuk kelas seperti biasa. Sekadar bercadang malam tu nak pi makan special sikit. Tiba-tiba, sebaik sahaja keluar dari surau selesai solat asar, phone mati. Cucuk charger kot2 hidup balik, tak juga hidup. So, biarkan dulu, keluar pi main bola tampar. Dan pulang dengan harapan ada keajaiban macam waktu kursus hari tu. Masih menghampakan. Hilang terus mood. Bersangka baik, aku tekan butang on dekat 30 kali sampailah pukul 8 malam. Dan otak ligat buat keputusan nak beli baru ke atau nak tunggu hidup balik?

Tengok pun dah tahu teruk sangat dah. Haha


Phone lama jenama nubia ni usianya sudah 2 tahun lebih. Dan keadaannya sudah nazak dengan calar-balar dan pecah sana-sini. Cuma aku selagi ia memenuhi fungsi, maka aku gunakan sahaja. Tetapi bersempana hari jadi semalam, rasanya Allah memang "arah" beli phone baru. Maka jam 8.10 malam, bergegaslah ke sunshine mencari telefon baru. Dalam hati " tengok jelah dulu. kalau tak dapat yang dalam linkungan harga rm450, hold jelah dulu.". Jujur, aku tidak bernafsu dengan phone. Malah aku yakin semahal dan secanggih mana pun fon, ia hanya sesuai digunakan untuk tempoh 2-3 tahun. Antara sebabnya kerana teknologinya yang terlampau cepat berkembang, dan perubahan designnya yang terlampau pantas. Maka, usia dua tahun yang nampak kejap itu boleh jadi lama untuk mengejar peredaran zaman.

Masuk je sunshine, pusing satu round kedai2 kecil phone sambil mengintai-ngintai harga. Nampak sangat banyak phone canggih dan cantik, tetapi dengan harga yang sangat murah. Duk bisik dalam hati "phone sekarang memang dah murah ke?". Kali terakhir aku beli phone ialah sewaktu batch iqbal G17. So, mindset aku kalau phone murah mesti takde 4G. Hahaha. So, tanyalah amoi tempat last aku beli phone dulu..

" saya mahu phone murah-murah je, tapi ada 4G.."

Gelak amoi tu. Katanya hampir semua phone dah ada 4G. Oleh kerana aku jenis tak kesah sangat, maka sambarlah satu phone jenama realme C2 yang lebih murah harganya berbanding phone aku dulu. Malah storage, design dan teknologinya jauh lagi canggih dari phone lama. Rasa macam tua sangat tak follow perkembangan phone2 ni. Waktu setup phone tu, amoi tu tetiba cakap:

" I baru perasan u punya birthday(tengok IC) ini hari. I ambik free gift kasi u la.."

"Haha. Thanks. Tula, time birthday lah phone lama nak rosak.."


Alhamdulillah kali ni contact dan whatsapp semua ada backup.


Hadiah.

Selain hadiah phone untuk diri sendiri, aku turut dikunjungi alumni yang agak ramai hari ahad sebelum tu. Entah macam mana boleh heboh hari jadi aku, aku pun tak tahu. Si Qasdina duk kirim hadiah dari USM entah siapa ntah. Dapat tali leher. Lepas habis liqa, hantar si pendek Aqilah pi penang central. Ajak makan 4fingers, tapi aku yang kena belanja. Haha. Turut bersama kami, ialah qasdina, akmal dan mashitah. Cuma resam anak gadis, lambat je pergerakannya.

Dalam banyak2 hadiah, aku rasa gambar ni adalah hadiah paling terbaik yang aku terima tahun ni.

Amani mai, dr iman mai, mana tak seronok

Dan video ucapan diorang ni. Aku dah simpan dalam goo drive. Kenangan sampai bila-bila. X boleh tunjuk sini sbb aina x behave.

Jujur, aku tidak punya apa-apa azam setelah masuk angka 3 ni. Aku hanya mahu jadi orang biasa-biasa. Puas memikirkan dari semalam apa azamnya, sampailah sufi update status bubuh gambar aku dikelilingi anak-anak dara ni waktu ALC. Melihat gambar bersejarah itu, aku berazam untuk menghabiskan hari-hari tua aku datang majlis perkahwinan mereka. Tour satu negara menjadi saksi hari persandingan mereka. Melihat pasangan mereka. Sehinggalah penuh uban di kepala. Jujur, aku sangat seronok mahu melihat perkembangan hidup anak-anak dara ni.

Gambar paling mahal.


Selamat hari tua Syuib0809.
Mudah-mudahan mencari syurga.

Hampir kehilangan gambar bernilai ni. Gambar penanda tua aku dan faiz. Cuma bezanya, aku semakin tua bersendiri 




Sekian dari syuib0809.

Friday, 8 November 2019

Lepas

Bismillah.

Alkisahnya dua minggu lepas, phone buat hal. Rosak ketika kursus. Screen keluar bahasa cina berlatarkan hitam. Tak boleh restart. Puas tekan butang. Selepas 3 jam akhirnya dia mati sendiri. Bila dihidupkan, habis semua benda hilang. Gambar memang jadi kosong terus. 70 peratus contact dan seluruh mesej juga hilang. Mengharapkan whatsapp ada buat backup di google drive, tetapi satu pun tiada. Phone ini sudah lama tidak "dibersihkan".. Akhirnya ia bersih dengan sendirinya. Semua kenangan-kenangan itu perlu aku lepaskan. Sudah terlampau banyak. Hanya yang penting, aku simpan di blog ini. Biar kurang kecewanya.

MEMORI.

Beberapa minggu ini, program MEMORI memulakan perancangan. Aku secara jujurnya berpendapat batch ini belum bersedia untuk buat program besar tersebut. Bukan kerana mereka bermasalah, tetapi mereka belum punya program-program kecil yang baik sebagai latihan. Malah, kekurangan tenaga kerja yang betul-betul taat dan komited, bakal menyebabkan keadaan sangat-sangat mencabar. Dan aku sedikit kecewa dengan "kesatuan" mereka bila ada program. Tak ramai yang turun hatta yang kononnya hardcore. Risau di penghujungnya, hanya orang sama sahaja yang penat.

Oleh kerana itu, berbanding memansuhkan memori, aku mencadangkan program memori dikecilkan. Kelebihannya ialah orang-orang komited boleh fokus menjayakan event kecil, dan kurang konflik untuk melayan lantikan-lantikan yang belum teruji. Ideanya, MEMORI dikumpulkan pada hari sabtu dan ahad sahaja. Majlis perasmian dibuat pada pagi ekspo. Tengah hari di pentas utama(dataran) buat forum, sketsa dan pertandingan nasyid ala2 peskon. Malam konsert. Ahad pagi Radhatul Iman dan beberapa majlis penyampaian hadiah. Dengan bajet yang terlalu sedikit, dan keadaan kewangan ANC yang agak kurang stabil, aku berpendapat ia lebih ekonomikal.

Maka aku memberi dua pilihan kepada ANC. Kecilkan MEMORI, dan aku akan bantu. Atau teruskan dengan MEMORI yang memakan masa 5 hari, tetapi aku boikot.

Hasil syura mereka, mereka memilih pilihan kedua.
Maka aku perlu tunaikan janji. Jika tidak sampai bila2 pun manusia tak percaya. Pepatah melayu itu tinggi natijahnya. "Kerbau di pegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya...".

Lepaskan.

Tiga tahun ini, aku merancang melepaskan ANC perlahan-lahan. Tidak terikat, itu kuncinya. Kalau dulu aku memegang kunci-kunci penting, semua kunci-kunci itu sudah aku lepaskan kepada mereka. Jika dulu apa sahaja barang yang diperlukan, mereka perlu pinjam dan minta izin aku. Tetapi tahun lepas, aku sudah "menjual" hampir 80 peratus barang-barang aku kepada mereka. Maka aset-aset mereka sudah tersangat lengkap. Mereka bebas untuk menggunakannya bila-bila masa sahaja. Malah barang yang masih milik aku, majoritinya sudah aku pindahkan ke rumah luar.

Dan pertama kalinya tahun ini, aku membiarkan mereka sendiri menguruskan duit-duit mereka. Jika dulu, aku yang menyimpan sebahagiannya. Mencari setiap sen yang tercicir. Juga membuat audit dari sumber-sumber kewangan ANC. Namun tahun ini, duit warisan sesi lepas aku serahkan pada Hannan untuk pegang. Duit yuran ANC pada Zulfa. Dan duit hasil jualan lajnah tugasan khas semua pada Aisyah Masturah. Satu pun aku tidak usik. Biar aku, tidak punya apa untuk mengugut. Kerana bila kau tidak punya apa-apa untuk mengugut, ia penanda terbaik engkau sudah tidak punya fungsi.

Berita Baik.

Sebelum semester 1 tamat tempoh hari, aku sempat berjumpa dengan KJPP baru. 45 minit berada dalam biliknya. Tujuan murni, agar semua yang bengkok diluruskan, yang samar menjadi terang. Agar fitnah berhenti melata dan urusan-urusan dakwah di sini berjalan lancar. Tidak aku sangka, pertemuan tersebut berjalan dengan sangat positif, malah sokongan beliau kepada ANC lebih dahsyat dari mana KJPP yang aku jumpa. Cuma menariknya di penghujung pertemuan, aku bertanya soalan luar biasa, agar segala perkara selesai di sana.

"Tuan ada terasa(kecil hati) dengan saya ke? Risau plak saya...."

Pertanyaan itu aku tanyakan dengan nada sangat baik, setelah melihat sokongan yang diberikannya pada ANC. Dia kemudian membalas dengan baik:

"Takdelah... Saya pun nak minta maaf. Takde nak terasa2 dah, dah nak mati dah pun..."

Jujur, jawapan ringkasnya menyebabkan hubungan kami bertambah baik. Tiada lagi kata buruk yang tersebar. Malah, beliau mula mengangkat ANC dengan tingginya. Hari ini, buat pertama kalinya dalam lima tahun, agenda memori dibincangkan panjang lebar di mesyuarat pusat islam. Lebih menariknya mesyuarat ini, ia dihadiri wakil-wakil ANC. Sepanjang mesyuarat aku hanya senyap. Membiarkan ANC sendiri yang jawap. Alangkah seronoknya bila KJPP sendiri menaikkan bajet MEMORI berbanding apa yang diminta oleh ANC, dan beliau sendiri mencadang dan membenarkan ANC membuat kutipan untuk pembiayaan Memori, MashaAllah.

Dan aku sendiri sangat gembira, bila Haji Zamri menjadi penyelaras Memori tahun ini. Beliau orang yang sangat hebat dan punya pengaruh besar. Maka aku yakin beliau akan membawa memori ke level yang lebih tinggi. Dan kak hartini pun sudi bantu. Cuma aku, terikat pada janji. Dan semua orang pernah menjadi saksi, aku sangat memenuhi janji.



Sekian dari Syuib0809.