Saturday, 26 January 2019

Sindrom A tinggi.

Bismillah.

Semalam pergi derma darah. Lama tak derma, kali terakhir adalah pada tahun 2014. Entah sebab apa, selalu bila pihak hospital datang ke kolej, aku pasti takde. Maka, sempena program sparxfest anjuran JPP ni, aku mengambil peluang untuk menyumbang. Tengok kembali buku merah yang berhabuk, aku lupa darah aku jenis A. Biasa-biasa sahaja jenisnya. Cuma yang luar biasanya bacaan tekanan darahnya.

104/140

Next.... 103/137

3, 4 kali ulang, akhirnya doktor lepaskan gak untuk derma.

Cerita kat budak2 ni. Si adam tembam tetiba berfirasat

"Cikgu banyak sangat fikir pasal ANC ni..."

Sindrom:

Aku sejak muda ada sindrom yang sedikit pelik. Entah bermanfaat atau tidak, aku pun tak pasti. Setiap kali bangun pagi, lepas asar dan lepas maghrib mesti akan tanya soalan ni pada diri:

"Izuan, ingat tak nak buat apa hari ni.."

"Izuan, kau ada lupa something nak buat ni. Cuba ingat balik"

"Izuan, hang mesti buat sesuatu hari ni..."

Banyak perkara yang aku fikirkan. Dari sekecil2 benda sampailah sebesar2 perkara walaupun masih belum berumah tangga. Menguruskan rumah yang ada dua, mengurus program, mengurus pdp, mengurus masalah dan macam-macam lagi yang sepatutnya bukan masalah pun. Jika tidak punya kerja maka aku akan mencari kerja ataupun sesuatu untuk dipelajari. Yang terbaru, belajar kembali dan bereksperimen dengan controller lighting yang baru. Jika tidak punya apa juga, akan mengarahkan akal dn tangan untuk design sesuatu yang bermanfaat.

Baru-baru ni design poster untuk ustazah ni. Seronok design ni ialah melatih kreativiti dn otak untuk berfikir.

Belajar berkarya dengan dmx controller. Orang biasa dmx pun tak tau apa benda. 


Badan dakwah yang Mandul.

Ketika dimasukkan dalam MUSCOM 11 tahun yang lalu, kami semua diajar untuk melihat masalah di kolej, kenal pasti punca masalah, mencadangkan penyelesaian dan kemudian menggerakkannya. Ruang bertemu sebentar selepas maghrib, kami bersembang santai tentang masalah yang mendapat perhatian bersama. Bawa ke mesyuarat badan dakwah dan kemudian merangka gerak kerja. Masalahnya tidak semestinya besar. Kami pernah fikir macammana nak bagi semua yang bersukan supaya pulang awal dan bersiap sedia untuk solat maghrib. Menyusun susunan meja di dewan makan bagi mengurangkan pergaulan bebas dan macam-macam lagi. Bukan saiz masalah yang menjadi keutamaan, cukuplah setakat peka dan proaktif menyelesaikan masalah sekeliling, itu kunci utamanya.

ANC kali ini semakin hampir dengan simptom2 badan dakwah yang mandul. Antara simptomnya ialah sekadar aktif apabila ada perayaan2 Islam, kenduri, bacaan yassin, dan mahu dekat dengan peperiksaan. Tidak ubah seperti ajk surau taman perumahan. Simptom lainnya sudah pasti apabila bergerak apabila hanya digerakkan dan beroleh arahan dari guru2 penasihat. Tak paksa, maka tak jalan. Simptom terakhirnya sudah pasti adalah kehadiran ke ceramah2 agama hanya diwakili oleh muka-muka sama. Atau lebih teruk lagi apabila jumlahnya berkurangan. Ketika aku menjadi MUSCOM, kami diwajibkan untuk membawa 2 orang kawan jika ada program apa-apa. Berebut ketika tu nak bawak sapa. Jika memakai strategi yang sama, ANC kali ini yang muslimatnya melebihi 50 orang, pasti boleh mendapat 150 orang daripada 1500 untuk setiap program yang dijalankan. Tetapi sangat mengecewakan, Rhaudatul Iman yang dijalankan setiap hari jumaat menerima kehadiran yang boleh dibilang dengan jari sahaja.

Lebih mengecewakan, ANC kelihatan sekadar bersenang lenang dengan kehadiran sebegitu. Cyclo ohana memang dah mansuh. Celik ngaji entah ke mana. Maka, entah "dakwah" apa yang melayakkan mereka bergelar badan dakwah. Sedih, itulah realiti badan dakwah yang dimandulkan. Aku tidaklah mengharapkan masing2 punya darah tinggi seperti aku, cukuplah rangka dan aturkan langkah yang lebih drastik berbanding sebelum2 ini.

Antara batch yang banyak ahli pemikir. Aku takde pun, relaks je gerak. Nak join rehlah diorg sekali kena jadi felo hari ni.


Pembebasan Muslimat.

Petang tadi aku meronda. Oh, dah dua bulan aku jadi Felo kembali. Ceritanya minggu ini, berlansungnya sparxfest anjuran JPP. Di kawasan padang astaka, kelihatan anak-anak gadis muslim yang berpakaian putih, melontar debu-debu bewarna pada tubuh badan, bersama dengan pemuda-pemuda muslim tanpa batas yang membawa ke syurga. Sementara muzik-muzik pop latar dimainkan bagi menambah keseronokan yang tidak ubah suasananya seperti di kelab-kelab malam. Ia kejayaaan sebuah pembebasan muslimat dari dibelenggu ikatan agamanya. Dan ia tidak memerlukan yahudi dan nasrani untuk menggerakkannya. Cukuplah muslim yang menjadi penganjurnya.

Apabila sistem khalifah jatuh diturki. Maka kamal artartuk dan sekutunya memulakan gerakan sekuralism dengan membebaskan wanita-wanita turki. Tudung tidak boleh dipakai, dan anak-anak gadis dipisahkan dari peraturan-peraturan agama yang kelihatan mengongkong mereka. Antara tradisi yang cuba dipadamkan ialah dengan memisahkan anak-anak gadis dari jagaan wali2 mereka. Bagi yang belum tahu, Turki punyai tradisi apabila anak gadis melanjutkan pelajaran dan berpindah ke suatu tempat, mereka akan ditemani abang/ayah/adik lelaki untuk menjaga mereka di sana. Sayangnya, ia sudah tiada. Hanya minoriti kecil yang masih mengamalkannya.

Entah kenapa beberapa hari lalu, aku menulis ini:

Cantik gadis ini
Bila kau lihat kau tidak nampak
Tersorok manis dibalik tingkap
Bukan kain yang menjadi niqab
Tapi hati yang menjadi hijab
Penanda rupa tak pernah serupa
Dengan manusia yang miskin adab

Benar manusia tidak sempurna
Jika cantik merong akalnya
Atau bijak sinis bahasa
Yang mahu cantik semakin gila
Yang rasa cerdik hilang agama
Keji hidup tidak berTuhan
Bayangan salatus hinaan ternakan

Nama karya ni TIN eMAS. Belum siap sepenuhnya. Bulan depan kot.

...…....

Tadi berlansungnya pertandingan bowling unit matematik. Tujuan utama ialah merapatkan ukhwah antara pensyarah matematik. Aku terperasan hampir semua pensyarah perempuan terutamanya yang masih anak dara sangat awkward/takut untuk bertegur sapa atau berjenaka dengan aku. Ia suasana pelik, yang student2 aku tak mungkin percaya bahawa aku orang yang sangat serius dan garang. Jangan terkejut, saudara mara aku yang perempuan pun takut nak tegur.

Selain prinsip menepati masa, ini prinsip yang sangat aku jaga kemana-mana sahaja aku pergi. Hinggakan jiran depan rumah yang berstatus anak dara pun takut dan tak pernah bertegur sapa dengan aku. Pelik kan. Ramai warga kolej yang menganggap aku sangat keras. Dulu pernah dituduh join almaunah oleh pihak pentadbiran. Student yang lihat diri gila-gila pun tak percaya. Namun kini semua boleh menerima. Ia prinsip. Orang yang kekal dengan prinsip, sepelik mana pun prinsipnya pasti akan dipercayai manusia.

Yang sibuk menggadai prinsip untuk mengejar redha manusia, tunggulah. Kelak, manusia pun akan hilang redha kepadanya.



Sekian dari Syuib0809.

Sunday, 13 January 2019

Street dakwah 2019: ASET

Bismillah.

Semalam, telah berlansungnya street dakwah bertajuk Tangisan Uighur yang dianjurkan oleh anc. Sempena dengan program ni, aku mengkaji perjalanan cuaca yang tidak menentu. Sebab street dakwah ini dibuat outdoor, iaitu di kawasan perkarangan hadapan kooperasi kolej. Maka, cuaca sudah tentu memberikan kesan yang besar pada perjalanan majlis. Selasa hujan, rabu panas, khamis hujan lebat, jumaat panas tanpa hujan. Maka cuaca selang seli itu memberi pembayang besar bahawa hari program ini berlansung kelak pasti akan hujan. Setelah berabad tak tengok ramalan cuaca, maka aku  kembali menyemak akibat kerisauan yang melampau.

Forecast semalam. Hujan lebat diramal turun petang tersebut.


Tepat ramalan, memang hujan. Tetapi hujannya malu-malu untuk turun tidak seperti yang diramal. Awan yang hadir semuanya putih menutup mentari, menyebabkan persiapan street dakwah itu dingin sahaja tanpa kelibat awan kelabu. "Mengugut" dua Anis, PIC yang aku lantik sendiri itu dengan yakinnya berkata "InshaAllah, tak hujan cikgu...". Dan keajaiban pada pandangan aku, apabila panas yang diharap kekal sampai ke malam, disinggahi butir-butir air yang merintihkan hati. Dahsyat, rupa-rupanya Allah mahu hadiahkan pelangi, buat mereka-mereka yang sedang berpenat lelah untuk ummah.

Jarang mahu kelihatan pelangi sebegini. Siapa yg hadir semalam pasti seronok menyaksikan betapa cantiknya pelangi yang muncul. Indah hidup berTuhan, pabila menyandarkan semua yang berlaku keranaNya.

Full pelangi. Intan oh intan

Kali pertama street dakwah ini diadakan ialah pada march 2017. Waktu tu first time beli lighting. Batch seterusnya menyambung "adat" streetdakwah ini pada oktober 2017. Bersambung untuk tanzim sesi ini, program streetdakwah ini asyik tertangguh sahaja. Jadi, tahun 2018 memang takde street dakwah. Oleh kerana nampak macam dah takde harapan, aku sendiri melantik pic dikalangan bukan anc, atau lebih tepatnya dari kalangan Ikon Remaja Islam memori. Si anis ni ada Aura. entah apa auranya, tapi memang hebat orangnya.

Naib juara IRI. Aku explain semua dekat 3 anis. Anis Suhaini, Anis Afiqah dan Anis Hannan. Pandai2lah diorang gerakkan lelaki diorg.


Sambutan malam tadi. Berbanding streetdakwah sebelum2 ini, bagi aku ini sambutan paling dahsyat. Dan pertama kalinya, ada mesej yang betul2 nak disampaikan. Before2 ni tepuk dahi. Merapu sungguh.


ASET ANC.

Untuk streetdakwah kali ini, hampir semua aset ANC digunakan. Semua aset2 yang gagal dimanfaatkan untuk memori lalu, kembali digerakkan agar semua ahli anc sedar macam mana nak guna aset2 mereka yang bernilai ribuan ringgit ni. Ia aset yang tidak pernah dirasai generasi sebelum ini. Malah, tipikal badan dakwah tidak punya impian untuk memilikinya. Maka malam itu, aku punya azam untuk mempersembahkan kepada masyarakat yang fobia kepada badan dakwah, bahawa kerja budak berkopiah dan bertudung labuh ini jauh lebih moden dari manusia yang mengaku moden dengan acuan barat.

Persiapan pentas yang bermula dari zohor. Aset terbaru ANC paling fresh ialah bunga2 tu. Tak larat dah nak mengemis bunga oren dari JPP. Abaikan budak pendek tepi tu. Tetiba menyibuk


Kesempitan yang dilalui generasi awal, alumni terdahulunya banyak meninggalkan sampah berbanding aset. Lalu, generasi-generasi kemudiannya mula mengumpul aset untuk adik-adik. Tujuan utama sudah pasti agar badan dakwah yang kerap diperangi ini boleh berdikari dengan harta sendiri. Tidak meminta-minta dan tunduk pada harta orang yang membenci kerja2 islam mereka. Aku pula, menggunakan aset-aset badan dakwah ini untuk mengurangkan tekanan pihak kolej ke atas mereka. Sebab itu jika ada event kolej, aku sangat menggalakkan kemudahan-kemudahan anc ini digerakkan, sebagai strategi yang menguntungkan gerak kerja mereka kelak.

Pemandangan yang belum pernah dirasai generasi ANC sebelum ini. Akhirnya, diorg nampak kegunaan truss tersebut. Ada asap lagi cantik

Speaker 6 biji, projector, mesin asap, mesin buih, skydancer, lighting, partition, bunga, truss, memang semuanya dikeluarkan dari stor untuk menunjukkan kekuatan anc. Tapi memang penat nak pasang dan kemas.

Mesin buih yg tergantung kat atas kepala abang baju hijau. Org2 depan tu sekadar hiasan.


Cuma, aset2 yang hebat ini kerap kali keliru siapa tuannya. Ahli2 ANC yang beroleh kesenangan hasil kepayahan generasi sebelum2 ini mula melayan aset ANC sebagai aset peribadi. Main ambik sahaja barang ANC untuk kegunaan peribadi, kegunaan praktikum(kelas) dan kegunaan kelab yang tiada kena mengena dengan badan dakwah itu. Bila barang rosak dan hilang, masing-masing buat tak tahu. Tanpa SOP yang jelas apatah lagi menjelang jamuan2 praktikum akhir sesi ini, aku meyakini satu-persatu akan disalah guna dan hilang tanpa dapat dikesan.

Kerana itu, aku menyimpan kembali aset2 peribadi aku di rumah sendiri.

ASET SENDIRI

Melihat diari yang ditulis dalam blog ini, bulan disember-januari adalah bulan dimana aku upgrade barang-barang pa dan lighting. Cuma, oleh kerana banyak duit dihabiskan untuk renovate rumah, aku mengorbankan hobi sendiri. Banyak barang PA sistem yang aku jual untuk tampung kos renovation. Bukan tak sayang, tapi barang-barang ini tersimpan tanpa aku guna. Dan kelebihan barang-barang pa sistem ini ialah nilainya tidak cepat susut. Malah, setiap barang yang aku jual hampir 90% aku jual dengan keuntungan RM100-300 berbanding harga asal. Sebab itu, ia dipanggil aset.

Speaker besar ni menjadi korban. Lama sangat tak pakai. Power mixer tepi tu pun minta adik aku jualkan. Cepat je laku. Speaker tu beli 300 lebih, jual 500.

Power amp atas tu pun dah takde. Tinggal bawah saja. Dua-dua jarang guna. Dari simpan, baik jual pada orang yang memerlukan


Oleh kerana next proses renovation adalah pada bulan lima, aku mengambil kesempatan menambah baik barangan sedia ada. Program streetdakwah ini menambah lagi sebab untuk aku upgrade kerana kali ini akan pasang 6 speaker buat pertama kalinya. Natijahnya, tiga buah power mixer dengan design terkini berjaya dijadikan hak milik. Hahaha. Habis duit gitu je.

Lawakan warna dan design dia. Bukan setakat tu, sangat canggih.

Ni power mixer untuk menggantikan power mixer yang adik aku jual. Mula tak percaya power mixer ada sekecil ni. Tapi power kuat ooo. Sangat ringan. Digunakan utk alat muzik malam street dakwah.


Streetdakwah Uighur ini adalah event terakhir untuk ANC sesi ini. Ia event terakhir yang aku gerakkan dan atur perancangannya untuk mereka. Selebihnya jika mereka mahu, mereka sendiri yang perlu putuskan, gerakkan dan bentuk tanzim yang baik. Tiada lagi "push" dari pensyarah tua ini. Masih ada 2-3 program yang sepatutnya mereka rancang. Tapi kalau dibiarkan sambil lewa, maka sangat pasti streetdakwah ini adalah program yang terkahir. Aset-aset mereka sedia ada sudah cukup untuk mereka gerakkan tanpa perlu meminjam barang aku lagi. Hampir semua barang-barang yang tersimpan dalam bilik kafa sudah aku "pindahkan" hak milik kepada mereka. Masih berbaki beberapa lagi barang yang aku biarkan dahulu untuk memudahkan urusan mereka. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Tahniah semua atas kejayaan program streetdakwah ini.
Harap beroleh sesuatu.

Time orang sibuk nak karok, time tulah baru nak ajak tangkap gambar. Tu yang comot je. Haha


Sekian dari Syuib0809



Tuesday, 1 January 2019

Catur Memori: Dosa yang Terhijab

Bismillah.

Menyambung kisah memori di tahun baru 2019. Tahun 2018 yang berlalu, buat pertama kalinya menerima kehadiran dua kali program memori. Walaupun berada di tahun yang sama, kedua-duanya punya pengalaman yang berbeza. Aku tidak pasti jika pelajar dua tahun yang melalui kedua-duanya menyedari, tetapi jujurnya banyak benda pelik yang berlaku dalam memori disember yang lepas.

Disember 2018

Januari 2018


Aset Sia-sia.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, sebahagian besar dana memori digunakan untuk membeli aset-aset yang tinggi harganya supaya boleh digunakan untuk generasi anc seterusnya. Dua benda besar yang diputuskan untuk dimiliki ialah skydancer dan bubble machine. Ye, memang pelik. Orang2 biasa takkan cari benda ni dalam kehidupan harian. Sebab itu kedua-dua mesin ni mahal dan istimewa. Yang geramnya ketika ekspo, aku tak nampak lansung skydancer ni dimana-mana. Lepas tegur, baru semua sedar akan benda yang mencecah rm500 ni. Dah tengah hari baru nak pasang. Manakala machine bubble yang dibeli dua minggu sebelum plak tak sampai-sampai ke kolej. Sebaik sahaja dua hari memori melabuhkan tirainya, barulah sampai. Yes, useless.

Nampak pelik? Ye, pelik


Menarik kepelikan memori kali ini bersambung apabila mesin confetti buat hal. Malam perasmian, tiba-tiba confetti tak meletop. Dua batang confetti yang berbaki, aku berpendapat satu dah masuk angin dan tinggal satu lagi yang elok. Maka ianya disimpan untuk majlis penutup plak. Pagi ketika gotong royong, ada seorang hamba Allah pergi letupkan benda tu sebab nak main-main. Memang tepuk dahi habis. Berbanding marah, aku lebih teruja dengan perasaan pelik. Apa yang berlaku?

Hanya mesin asap yang digunakan dengan jayanya. Pentas IRI final. Lampu2 semua aku punya. Lampu pendaflour yg anc beli pun xguna. Pelik


Sepanjang memori berlansung, ada satu aset besar ANC yang dibeli ketika zaman Wahyu dan zaman Hafizah hilang tanpa dapat dikesan. Dan ia adalah aset penting untuk perhiasan pentas, malah bernilah ratusan ringgit. Lampu fairy dan lampu LED strip ni diletakkan di dalam satu bekas biru supaya senang nak dicari generasi seterusnya. Apabila ekip pentas dan ekip gimik nak guna, tiada siapa yang berusaha mencarinya dengan bersungguh-sungguh, dan ia diklasifikasikan sebagai "hilang". Si salman plak tuduh "bukan cikgu ke simpan?". Haha

Jangan terkejut, Allah ilhamkan aku terjumpa bekas biru tersebut di belakang almari Alquran depan surau dua hari lepas. Ye, dua hari lepas selepas balik dari cuti. Tersorok dan disorokkan ketika budak-budak ni kemas untuk Maulidur Rasul. Tersenyum, aku terpikir apa yang sebenarnya berlaku.

Sambutan Hambar.

Kemuncak kepelikan memori kali ini sudah tentulah akan sambutan yang diterimanya. Disebalik semua kemudahan, keringanan proses birokrasi, limpahan bajet dan kerja-kerja ajknya yang sangat-sangat komited, tiba-tiba sambutan memori menjadi sangat hambar. Sukan petang-petang walaupun berjalan dengan baik, tetapi mati dari suasana yang meriah. Malam forum yang dipengerusikan oleh ustaz ghani, menyaksikan kerusi-kerusi yang begitu banyak kosong. Ya, memang benar generasi muda tidak berminat dengan "ceramah agama", tetapi dengan bilangan ajk mencecah 400 orang, tidak sepatutnya perkara sebegini berlaku.

Suasana forum. Pada awalnya, kerusi hanya disusun sampai separuh dewan je.


Ekspo juga menerima tempiasnya. Bilangan peniaga yang meningkat dan melebih 40 gerai jualan, dihadiri kuda dan pameran haiwan, pameran ngo pula mendapat layanan istimewa di kawasan berhawa dingin kolej, malah aktiviti di pentas ekspo juga sangat menarik. Tetapi suasana ekspo sangat-sangat hambar. Ya, sangat tidak meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini yang lebih kecil skalanya. Sehingga ianya diakui sendiri oleh peniaga2 yang sudah 4 tahun menyertainya. Banyak peniaga yang rugi. Belum cerita lagi malam kemuncak konsert priakustik yang bertindih dengan final bola, aku belum pernah melihat suasana memori seperti ini.

Ada sebahagian mengatakan sambutan dr nonmuslim kurang. Tapi aku rasa sambutan dr nonmuslim dan juga staf lebih baik berbanding sebelumnya. Tp pelik, still nampak kureng.



Dosa yang terhijab.

Berbanding mengklasifikasikannya sebagai ujian dan mehnah, aku lebih berkeyakinan meletakkan semua kepelikan yang berlaku ini sebagai musibah. Kerana perjalanan memori secara keseluruhannya berjalan dengan baik, kemas dan teratur. Tiada apa yang merunsingkan melainkan "dosa-dosa" mereka. Dan aku melihat ia adalah teguran Allah agar dosa-dosa yang tidak nampak itu menginsafkan pelaku-pelakunya. Apa dosanya, biar mereka saja yang tahu.

Tapi sayang, tiada siapa yang mengambil berat akan perkara ini. Tiada muhasabah, apatah lagi postmortem untuk dibekalkan kepada generasi akan datang. Semuanya dipandang remeh, kerana ego tidak mahu mendedahkan dan mengakui dosa yang tercatit dalam buku amalan. Lebih besar kerisauan aku, jika mereka tidak sedar pun itu adalah dosa. Sebaik sahaja memori tamat, aku tidak nampak sebarang muhasabah yang dibincangkan untuk diperbaiki dan diambil berat. Orang atas-atas membiarkan sahaja semuanya berlalu seperti tidak ada apa-apa yang pelik. Mereka terlupa, sebahagian kecil dari mereka akan tinggal dan menanggung peritnya untuk memori yang akan datang.

Poster buat sendiri. First time aku tak masuk meeting belanjawan memori.

3 orang akan stay. Nak tengok gaduh gak tak nanti 3 orang ni. Haha


Ia memang sifat manusia. Yang gemar menunggu Tsunami dan gempa bumi, baru mahu muhasabah diri dan mengaku dosa sendiri.

Memori kali ini, aku banyak melarikan diri. Budak-budak ni sangat patuh orangnya, kerana itu mereka lebih gemar menerima arahan berbanding memberi arahan. Mengelak perkara sebegini, aku rasa sangat penting untuk mereka melatih kepimpinan mereka, dan mengambil risiko dari semua keputusan yang sepatutnya diputuskan oleh mereka. Bukan buat kerana arahan dari aku. Sekarang aku melihat mereka sangat-sangat  ambik remeh akan sampah2/kotak2 dibelakang surau. Tegur macam mana pun x jalan. Tunggu jelah, dah kena nanti baru nampak betapa besarnya kesan kesalahan2 kecil.

Waktu ekspo, tiga kali sahaja aku turun menziarah. Selepas subuh, ketika ajk mintak tolong isi belon, dan tangkap gambar dengan aweks2 ni.

Baru bangun tido sebenarnya ni. Haha. Semoga membesar dengan baik semuanya. Muka budak2 lagi semua. Selekeh. Hahaha


Sekian dari Syuib0809