Wednesday, 20 December 2017

ZTE Nubia

Bismillah.

Isnin baru ni, phone aku jatuh. Cuma oleh kerana aku demam, kepekakan yang bertambah itu meredhokan kejatuhannya. Aku sebenarnya sedar ada benda jatuh, tapi entah kenapa aku membiarkannya. Pelik. Setelah lebih kurang 30 minit, aku kembali ke tempat smartphone itu jatuh. Yang tinggal hanya "casing" sahaja. Simcard plak sudah ditarik keluar barangkali. Aduh, terdesak betul orang Malaysia ni. 

Berbeza dengan kehilangan sesi lepas, ketiadaan phone kali ini benar-benar merunsingkan sebab banyak sangat urusan yang memerlukan telefon tersebut. Antaranya kerana urusan penghantaran barang yang dibeli dan juga urusan rumah. Lalu aku tidak mengambil masa yang panjang. Pukul 5.30 bertolak ke sunshine dan terus punya telefon baru.

ZTE NUBIA NX597J.

Menyedari setiap tahun aku kehilangan dan bertukar-tukar telefon bimbit, maka aku rasa tiada keperluan untuk mencari telefon yang mahal. Antara "syarat" yang aku tetapkan ialah ia mesti ada 4G, selebihnya tiada apa yang aku perlukan termasuk kamera. Dan alhamdulillah dipertemukan dengan adik-beradik ZTE iaitu Nubia yang sangat "mirip" dengan phone lama . Dengan harga bawah RM500, aku rasa kecanggihan yang mengiringi sangat-sangat menjadikan ianya berbaloi-baloi...




Menarik kali ini, aku memuatnaik aplikasi whatsapp sebagai aplikasi pertama untuk phone nobia tersebut. Sebab sementara menunggu simcard webe diganti, terpaksa guna simcard maxis yang kena topup bagai. Apeke jadah, baik berjimat dengan guna wifi rumah je. Haha. Tapi nombor maxis ni hanya beberapa orang je yang tahu kot, dan aku dah "haram"kan diorang bgtau kat super senior diorang. Dan kadang2 kesian gak tengok diorg berhabis duit sms aku. 

Apepun simcard webe/unifi dengan nombor lama sudah sampai dan digunakan semula. Mohon yang membaca post ni mesej la kembali sebab memang kosong lansung senarai contact dalam phone ni. Maaf.

GAMBAR.

Apabila aku memberitahu rakan sepejabat, en. Saiful mengenai kehilangan phone, antara yang dia risaukan ialah gambar dalam phone tersebut. Ia benda yang tak mungkin akan dapat kembali. Cuma keberuntungan diri, aku tidak banyak menggunakan kamera phone untuk menangkap gambar. Malah, aku tidak punya whatsapp sebagai medan perkongsian untuk memuatnaik gambar. Kebanyakan gambar akan dihantar oleh rakan-rakan atau pelajar melalui emel. Dan syukur alhamdulillah, kehilangan telefon bimbit itu tidak membawa kesan yang besar kerana masih tersimpan rapi gambar2 itu dalam ruangan inbox.


  1. Kebanyakan gambar-gambar penting yang aku peroleh, aku suka sematkan dalam blog ini. Kerana aku tahu, bila hard disk rosak, komputer diserang virus atau apa sahaja kemalangan yang berlaku, blog ini masih punya secebis kenangan bergambar untuk ditatap semula dihari kemudian. Malah hanya kerana sekeping gambar, aku sanggup menulis panjang lebar, semata-mata bagi memberi ruang agar gambar itu punyai sebab untuk diselit dalam blog kerdil ini

Dan dalam banyak-banyak gambar "penting" yang pernah diemelkan pada aku, gambar ini yang masih belum sempat aku selitkan sehingga kini. Maka rasanya sudah tiba masa ia menyerikan blog ini.

Kelebihan duduk depan, berseri wajah





Semoga kalian sihat-sihat sahaja.

Sekian dari Syuib0809.

No comments:

Post a Comment