Wednesday, 27 December 2017

Tak Kuat Agama.

Bismillah.

Malas sebenarnya nak menulis. Banyak bubuh gambar jelah ye.

Seminggu sebaik sahaja pelajar-pelajar ni masuk ke kolej untuk semester yang kedua, ANC sudah mula memanaskan badan dengan dua aktiviti pada dua malam berturut-turut. Wlaupun aku yang mencadangkannya, aku secara peribadinya tidak terlibat lansung dengan perancangan program mereka ini. Cuma untuk malam kedua, aku sempat menyaksikan perjalanan majlis yang agak menarik dan bersemangat. Dan pertama kali dalam sejarah sebenarnya, event sederhana besar itu dibuat dalam tema yang berbeza dengan perbezaan tempoh masa yang hanya berjarak satu hari. Tahniah.

So, bagi menjadi rujukan mereka-mereka yang akan datang, aku selitkan gambar supaya mudah dicari kelak.

Ni sempena smbutan maulidur rasul. Dari dekat nampak macam OK dan lawa.

Sekali bila tengok cara diorang gantung selekah gila.


Ini jugak yang lawa. Kahkahkah. Entah siapa duk tangkap gambaq diorg ni.

Hiasan sempena malam penerangan isu Palestine. Backdrop simple, kemas. Cuma... Entahlah

No komen



Tak Kuat Agama.

Baru-baru ini, aku menutur kata yang mengejutkan manusia.

"Senior-senior kamu ini, secara jujurnya bukan orang yang kuat agama. Mereka bukan orang baik. Cuma sayangnya saya pada mereka, bangganya saya pada mereka kerana saya melihat betapa kuatnya usaha mereka untuk berubah menjadi orang yang lebih baik.. Walau mereka tak banyak ilmu, tapi mereka duk sedaya upaya bagi apa yang mereka ada untuk sumbangkan sebagai usaha mengangkat Islam. Malah mereka sendiri mengakui yang mereka tidak sebaik kamu. Malah saya boleh katakan, sejahat-jahat kamu adalah sebaik-sebaik mereka Haha(gurau je). Ia sifat rendah diri yang kita semua perlukan. Supaya kita sentiasa bersedia untuk berubah menjadi muslim yang lebih baik. Malah saya sendiri melihat bagaimana binasanya mereka yang merasa diri sudah cukup baik dan beragama, lalu merendahkan orang-orang yang kelihatan kurang beragama disekeliling mereka"

Melepaskan rindu dihujung minggu. Mengacau anak-anak dara yang semakin hari semakin cantik dengan kematangan diri. Sampai tertumbuh dua bijik jerawat batu kat muka aku. Hahaha. seronok mengacau orang-orang yang tiada rasa kuat agamanya. Kerana mereka punya ruang berjenaka yang belum lagi terbuka untuk me"neraka"kan manusia.

Terima kasih sudi hadir.
Cuma berbaki daki rindu akan wajah yang bertopeng.
Teringin benar melihat jerawatnya. Takut pula berdosa.

Catatan sebuah pengisian.

Dari Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhu ia berkata, "Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju kami kemudian bersabda, 'Baru saja kekasihku Malaikat Jibril memberitahuku, 'Wahai Muhammad, Demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran.

Sesungguhnya Allah memiliki seorang hamba di antara sekian banyak hambaNya yang melakukan ibadah kepadaNya selama 500 tahun, ia hidup di puncak gunung yang berada di tengah laut. Lebarnya 30 hasta dan panjangnya 30 hasta juga. Sedangkan jarak lautan tersebut dari masing-masing arah mata angin sepanjang 4000 farsakh. Allah mengeluarkan mata air di puncak gunung itu hanya seukuran jari, airnya sangat segar mengalir sedikit demi sedikit, hingga menggenang di bawah kaki gunung.

Allah juga menumbuhkan pohon delima, yang setiap malam mengeluarkan satu buah delima matang untuk dimakan pada siang hari. Jika hari menjelang petang, hamba itu turun ke bawah mengambil air wudhu’ sambil memetik buah delima untuk dimakan. Kemudian mengerjakan shalat. Ia berdoa kepada Allah Ta’ala jika waktu ajal tiba agar ia diwafatkan dalam keadaan bersujud, dan mohon agar jangan sampai jasadnya rusak dimakan tanah atau lainnya sehingga ia dibangkitkan dalam keadaan bersujud juga. Demikianlah kami dapati, jika kami lewat dihadapannya ketika kami menuruni dan mendaki gunung tersebut.

Selanjutnya, ketika dia dibangkitkan pada hari kiamat ia dihadapkan di depan Allah Ta’ala, lalu Allah berfirman, 'Masukkanlah hambaKu ini ke dalam Surga karena rahmatKu.'

Hamba itu membantah, 'Ya Rabb, aku masuk Surga karena perbuatanku.'

Sambungan yang ramai sudah tahu.

Sekian dari Syuib0809

Wednesday, 20 December 2017

ZTE Nubia

Bismillah.

Isnin baru ni, phone aku jatuh. Cuma oleh kerana aku demam, kepekakan yang bertambah itu meredhokan kejatuhannya. Aku sebenarnya sedar ada benda jatuh, tapi entah kenapa aku membiarkannya. Pelik. Setelah lebih kurang 30 minit, aku kembali ke tempat smartphone itu jatuh. Yang tinggal hanya "casing" sahaja. Simcard plak sudah ditarik keluar barangkali. Aduh, terdesak betul orang Malaysia ni. 

Berbeza dengan kehilangan sesi lepas, ketiadaan phone kali ini benar-benar merunsingkan sebab banyak sangat urusan yang memerlukan telefon tersebut. Antaranya kerana urusan penghantaran barang yang dibeli dan juga urusan rumah. Lalu aku tidak mengambil masa yang panjang. Pukul 5.30 bertolak ke sunshine dan terus punya telefon baru.

ZTE NUBIA NX597J.

Menyedari setiap tahun aku kehilangan dan bertukar-tukar telefon bimbit, maka aku rasa tiada keperluan untuk mencari telefon yang mahal. Antara "syarat" yang aku tetapkan ialah ia mesti ada 4G, selebihnya tiada apa yang aku perlukan termasuk kamera. Dan alhamdulillah dipertemukan dengan adik-beradik ZTE iaitu Nubia yang sangat "mirip" dengan phone lama . Dengan harga bawah RM500, aku rasa kecanggihan yang mengiringi sangat-sangat menjadikan ianya berbaloi-baloi...




Menarik kali ini, aku memuatnaik aplikasi whatsapp sebagai aplikasi pertama untuk phone nobia tersebut. Sebab sementara menunggu simcard webe diganti, terpaksa guna simcard maxis yang kena topup bagai. Apeke jadah, baik berjimat dengan guna wifi rumah je. Haha. Tapi nombor maxis ni hanya beberapa orang je yang tahu kot, dan aku dah "haram"kan diorang bgtau kat super senior diorang. Dan kadang2 kesian gak tengok diorg berhabis duit sms aku. 

Apepun simcard webe/unifi dengan nombor lama sudah sampai dan digunakan semula. Mohon yang membaca post ni mesej la kembali sebab memang kosong lansung senarai contact dalam phone ni. Maaf.

GAMBAR.

Apabila aku memberitahu rakan sepejabat, en. Saiful mengenai kehilangan phone, antara yang dia risaukan ialah gambar dalam phone tersebut. Ia benda yang tak mungkin akan dapat kembali. Cuma keberuntungan diri, aku tidak banyak menggunakan kamera phone untuk menangkap gambar. Malah, aku tidak punya whatsapp sebagai medan perkongsian untuk memuatnaik gambar. Kebanyakan gambar akan dihantar oleh rakan-rakan atau pelajar melalui emel. Dan syukur alhamdulillah, kehilangan telefon bimbit itu tidak membawa kesan yang besar kerana masih tersimpan rapi gambar2 itu dalam ruangan inbox.


  1. Kebanyakan gambar-gambar penting yang aku peroleh, aku suka sematkan dalam blog ini. Kerana aku tahu, bila hard disk rosak, komputer diserang virus atau apa sahaja kemalangan yang berlaku, blog ini masih punya secebis kenangan bergambar untuk ditatap semula dihari kemudian. Malah hanya kerana sekeping gambar, aku sanggup menulis panjang lebar, semata-mata bagi memberi ruang agar gambar itu punyai sebab untuk diselit dalam blog kerdil ini

Dan dalam banyak-banyak gambar "penting" yang pernah diemelkan pada aku, gambar ini yang masih belum sempat aku selitkan sehingga kini. Maka rasanya sudah tiba masa ia menyerikan blog ini.

Kelebihan duduk depan, berseri wajah





Semoga kalian sihat-sihat sahaja.

Sekian dari Syuib0809.

Thursday, 7 December 2017

Penutup Alkisah Cinta Tiga Negeri: SANGKAAN

Bismillah.

Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisi Allah, dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahannam. Dan (neraka Jahannam) itulah sejahat-jahat tempat kembali. Surah alfath: ayat 4-6

Surah di atas ini, adalah surah yang pernah menjadi tugasan kepada kami ketika menghadiri tamrin di  negara orang putih. Kalau tidak silap, itu adalah tamrin tahun pertama, yang mana kami diwajipkan menghafal ayat 1-10 surah al-fath sebagai intipati utama sepanjang program berlansung. Menarik sungguh surahnya, hingga aku menyambung mendalaminya dengan mendengar huraian Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyambung kaitannya dengan perjuangan Islam pada zaman moden ini. Ia kisah lama, lebih 5 tahun dahulu. Hinggalah baru-baru ni, Tuan Guru Hadi Awang membawa kembali tafsiran surah ini sebagai jawapan akan gelaran "parti suci" yang diberikan kepada sebuah jemaah Islam di Malaysia.

Zaman ni, tak boleh nak tangkap gambar dengan rakan-rakan seperjuangan sekali. Disiplin yang sangat ketat waktu tu. Aku pun dah lupa kat mana tempatnya.


Orang-orang bakal diazab oleh Allah itu kenal benar kita akan ciri-cirinya. Musyrikin itu sudah tentu benar orang yang tidak mahu menyembah Alllah "sahaja". Kejelasannya di muka bumi tidak perlu disuluh lagi. Yang terbaru sudah tentu mengenai isu baitulmaqdis yang mahu dijadikan ibu negara bagi Israel. Adapan musuh yang sukar kelihatan, adalah orang-orang munafik. Mereka solat dan berpuasa seperti orang Islam yang lainnya, tetapi menyembunyikan di dalam hati mereka akan kebencian kepada agama. Adapun cakap-cakap buruk mereka pada agama adalah bisikan sesama mereka. Sukar dinilaikan. Namun zaman moden ini, wujud umat Islam yang mungkin solat, tetapi menentang pengamalan Islam secara terang-terangan. Maka ia sesuatu yang sangat memeningkan. Siapakah mereka? Munafik? Musyrikin?



Apabila meneliti kembali latar belakang orang-orang sebegini, kebanyakan mereka punyai pengalaman sebagai "orang agama", atau paling tidakpun pernah hidup bersama orang yang "kuat beragama". Tidak hairan, sekiranya mereka adalah produk-produk sekolah agama, maahad, pondok dan sebagainya. Malah mungkin mereka adalah anak-anak kepada ustaz-ustaz yang sangat terkenal agamanya. Kebosanan mereka kepada agama, hingga merasa kehidupan beragama sebagai amalan ritual yang mengongkong dang membodohkan, adalah sangkaan buruk yang mereka letakkan kepada Allah dan Rasulnya. Hingga di penghujungnya, semua syariat yang telah Allah tetapkan dilihat sebagai kejam, menindas kaum wanita, dimomokkan sebagai jumud dan tidak memajukan negara. Ia sangkaan yang membinasakan, dan jangan terkejut, kita juga mungkin salah seorang darinya.

Kerisauan aku melihat langit yang begitu terbuka, kecanggihan internet itu membina seribu satu paradigma negatif pada anak-anak muda yang sedang memilih jalan dalam hidup mereka. Mereka-mereka ini mudah benar melihat yang salah sebagai benar, dan yang benar sebagai salah. Bermula dengan sangkaan-sangkaan buruk mereka kepada orang beragama, ia pasti berlanjutan apabila tersebar luasnya di muka buku akan keseronokan hidup orang yang tidak beragama. Hingga mereka menjadi musuh kepada orang-orang yang pernah seagama dengan mereka, dek kerana ber"sangka" mereka dibenci saudara seagama, dan menyangka pula yang tidak beragama itu lebih "menyayangi" mereka. Ia kuasa sangkaan, yang bukan sekadar menentu balasan syurga neraka di akhirat, tetapi turut menentukan ketenangan dan kegelisahan manusia sepanjang dirinya hidup di dunia.

Penutup Alkisah Cinta Tiga Negeri.

Beberapa hari ini, aku mengayuh basikal yang kerap terkubur di kawasan bawah rumah. Cuti-cuti ni, rasa best plak bawak. Kalau hari bekerja, balik rumah je dah penat. So tak larat. Tambah lagi, sakit punggung lepas bawak lama-lama. Hari selasa, aku berbasikal menghala ke pekan kepala batas. Semalam, berkayuh mengelilingi kawasan permatang buluh dan kampung aman. Sambil tu singgah pasar malam dekat simpang tiga masjid kampung aman. Tengah berpeluh-peluh tu, tetiba aku terjumpa "Ustazah bersejarah" yang pernah aku ceritakan dulu.

Siapa-siapa yang pernah mengikuti siri Alkisah Cinta Tiga Negeri, pasti mengenali watak "ustazah" yang aku maksudkan tu. Entah kenapa senang benar aku mengecamnya. Rasanya bukan kerana cinta dah. Haha. Memang wajahnya senang nak cam, apatah lagi kalau nampak giginya. Hehe. Kecik benar dunia ni. Dia pakai tudung merah maroon. Cuma kali ini, dia berjalan bersama suami dan anak yang kelihatan belum sampai satu tahun usianya.. Aku tak pasti dia baca tak blog ni, tapi kalau bukan puan orang yang saya jumpa tadi, tolong bagitahu ye. Hahaha. kalau betul itu puan, tahniah!!

Musim berkahwin ni, aku lebih suka bersangka baik sahaja dengan Tuhan. Melihat satu demi satu orang yang pernah disukai mendirikan rumah tangga, tidak lagi mendatangkan gelisah pada diri. Lepas ni nak tunggu orang terengganu dan studentku si pemalu tu pulak naik pelamin. Haha. Mudah-mudahan mereka berjodoh dengan orang yang baik-baik.

Doa Jodoh.

Secara jujurnya, aku jarang berdoa pada Allah untuk dipertemukan jodoh. Aku risau aku kelak akan bersangka dengan sangkaan yang kurang baik pada Allah. Kerana itu, aku lebih gemar memohon agar Allah mengaturkan yang terbaik untuk hidup aku. Biarlah apa sahaja yang berlaku kelak dipandang sebagai aturan yang baik. Ia sangkaan baik yang perlu diletakkan kepada Tuhan, supaya kita sedar yang kita bukan Tuan yang menentukan perjalanan hidup kita. Sebab itu aku meletakkan kata-kata yang menjadi moto blog ni: "Kalaulah kita tahu apa yang terbaik untuk kita, pasti kita tidak akan pernah bersedih".

Baru-baru ni hantar mak abah pi Umrah. Kebiasaannya, orang akan mintak untuk didoakan bertemu jodoh di tempat-tempat mustajab doa, tapi aku melanggar kebiasaan itu. Haha. Biarlah mak abah je yang doa, doa mereka lebih mustajab. Entah kenapa, aku selalu rasa akan bertemu ajal dulu sebelum bertemu jodoh. Kerana aku rasa meninggalkan orang yang kita sayang ketika dia bergembira menyanyangi orang lain adalah lebih baik daripada meninggalkan orang yang kita sayang berlinangan dengan air mata kerana menyayangi diri kita. Pergh... Ayat. Kena buat copyright ni. Cia3x

Lama tak buat drama. Haha



Sekian dari Syuib0809.