Tuesday 28 November 2017

Akak, PA dan Whatsapp

Bismillah

Beberapa minggu ni, aku memulakan proses pembersihan dan penambahbaikan alat PA sistem yang aku ada. Oleh kerana urusan rumah sudah tidak memerlukan komitmen diri untuk beberapa bulan ini, maka aku rasa sangat perlu untuk kepala ini disibukkan dengan sesuatu. Azamnya, mahu menukar sistem yang berpaksikan power mixer kepada power amplifier sebagai sumber utamanya. Banyak sebabnya, antara yang utama ialah aku lihat power mixer tersebut tidak mampu memaksimumkan kuasanya untuk majlis-majlis besar yang menggunakan banyak mikrofon. Akibatnya ketika dikir zikir, banyak input yang tidak berfungsi hingga terpaksa kami menggunakan audio mixer yang lain.

Proses-proses ini belanjanya bukan sedikit. Cuma pengalaman kecil yang aku ada, menyebabkan aku lebih matang dalam menilai harga yang ditawarkan. Juga, sudah semakin mahir mencari barangan pada tempat dan harga yang sepatutnya. Teringat awal-awal dulu, beribu-riban duit dikeluarkan, tetapi bunyi dan kemudahannya masih belum memuaskan telinga. Nerd ketika itu sebab takde ilmu pasal bende-bende ni. Bersempena MEMORI yang bakal berlansung bulan Januari nanti, aku rasa ini sahaja yang aku mampu sumbang untuk menggempakkan program itu nanti inshaAllah. Target aku, akhir disember ini proses penambahbaikan alat-alat ini akan disempurnakan.

Bagi menampung kos besar itu juga, aku melakukan pembersihan barang-barang lama yang hakikatnya masih elok lagi. Sayang memang sayang, tetapi bila memikirkan ruang terhad dan belanja yang perlu dikorbankan, ia satu keputusan positif yang perlu diambil. Lalu aku mengiklankannya di mudah.my.




Hmmm, ramai sungguh yang berminat. Setakat ini aku rasa dah lebih 10 orang yang tanya. Tetapi yang menyampahnya, sorang pun tak datang nak tengok dan test barang. Ia pengalaman yang menarik. Banyak yang sekadar suka bertanya, sedangkan tiada kemampuan. Dan yang sangat menarik, majoritinya akan bertanya:

"Bro, ada whatsaap tak?" Haha

Whatsapp

Aku sendiri kurang pasti, adakah whatsaap itu benar-benar membantu atau "menyesakkan". Memandang dari sudut "positif", kebanyakan yang bermain-main dalam pertanyaan akan berhenti menghantar sms pada aku selepas 2-3 kali dibalas. Ia brangkali menjadi tanda, yang mereka tidak sanggup "membayar" untuk setiap pertanyaan tidak serius mereka. Adapun yang serius, menghantar mesej-mesej yang penting sahaja, jauh dari sebarang soalan merapu yang menguji kesabaran. Ia eksperimen yang menarik. Dan aku menambah keterujaan tersebut...

Aku memuatnaik aplikasi whatsapp setelah 6 tahun memboikotnya. Gulpp.

Saja mahu bereksperiment. Adakah akan ada yang bertanya dlm aplikasi tersebut? Ada tak orang sedar yang aku ada whatsApp. Dan menariknya selepas dua hari, masih tiada siapa yang perasan. Haha. Masuk hari ketiga, si sufi tetiba dapat kesan aku berwhatsapp. Sebagai orang yang jahil, aku pun x tau macam mana diorg detect. Dan selang beberapa jam, terus aku uninstall balik. Hahaha. Merapu gila aku tengok status-status student aku ni. Kalau zaman aku dulu, akan kami panggil status2 sebegitu sebgai "poyo". Puihhh.

Akak.

Aku kembali berkampung di KL untuk urusan semakan. Macam biasa, orang yang " menjaga" aku akan tercari-cari sebab aku takdak WhatsApp. Sebenarnya, Lama tak jumpa orang-orang yang dalam lingkungan sebaya. Kali ini, banyak senior2 dan junior aku yang turut serta. Dalam semua yang aku kenal itu, 90 peratusnya tidak aku tegur dan tak bertegur sapa dengan aku. Memang macam orang asing. Berkali-kali cuba nak tegur kak fatin, nak mintak tolong kirim salam kat akmal amri, tapi tak berani sungguh. Aduih. N then aku nmpak kak fatin pun mcm x kenal aku. Sebab aku botak kot. Haha. Yang aku sempat tegur ialah adik kak ajah, si hanisah. Dan ada sorang budak ni tetibe aku teringin nak tegur waktu makan.

"Belajar kat KYUEM ke dulu?"

"Tak,tak, belajar kat INTEC dulu..."

"Kenapa macam biasa tengok eh? Batch mana?". Aku meneruskan pertanyaaan sebab rasa macam kenal sungguh minah ni.

"Sama batch dengan hanisah, selalu je jumpa(jari tunjuk kat aku) kat program2 dulu"

Hmm, kalau bukan batch aku maksudnya bukan kat program KPM la kami jumpa. Kat program-program iluvislam kot. Terasa femes plak aku. Haha.

"Dah kahwin ke?"

Okeh, yang ni aku tak sempat nak tanya. Gila apa nak menggatal tiba-tiba. Walaupun aku "rambang mata", aku suka berfikiran positif dengan menganggap mereka-mereka ini sudah berkahwin. Ia menunduk nafsu dan menutup fitnah. Bayangkan yang kecik-kecik comel dalam batch aku pun dah banyak bergelar mak orang. Zaman bertebaran produk kecantikan ini, sangat sukar membezakan si anak dara dengan yang sudah berpunya. Ia fitnah akhir zaman, yang merancakkan seribu satu zina di media sosial dengan tunafoto yang penuh penipuan. Kerana itu, aku suka memanggil mereka "akak".

Dalam kumpulan aku, hanya aku dan en.Azman yang kelihatan seperti lelaki. Eh silap, memang kami lelaki. Selebihnya adalah perempuan. Wajah mereka semua, sangat jelas menunjukkan mereka adalah "akak-akak" bagi aku, kecuali sorang ni duk depan aku. Berkenan sungguh nengok. Haha. Tapi sepanjang satu minggu memang aku tak bertegur sapa dengan akak2 kumpulan aku ni. Nama diorang pun aku tak tau. Fokus menyiapkan kerja, dan memang aku pemalu pun. Banyak sembang dengan encik Azman yang sudah ada 9 cucu. Cuma di malam terakhir, aku meramahkan diri sebab kerja dah habis dan tak mau nampak sombong sangat:

"Akak ok ke? Nak saya tolong ikat tak?" 
Aku menawarkan bantuan setelah melihat akak depan aku ni terpinga-pinga.

"Izuan konfiden je panggil dia akak kan?" Kak Nani yang satu kumpulan dengan aku menyapa setelah pelik dengan gelaran "akak" yang aku bahasakan.

"Saya dah check kak nani, memang saya paling muda kat sini". Setelah melihat borang yang tertulis nombor kad pengenalan, aku sangat yakin yang aku paling muda walaupun muka tua sikit. Haha.

"Lahir tahun berapa".. Akak tersebut bertanya kembali pada aku

"198*".. Nota kaki: Tahun terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan fitnah. Kihkihkih

"Eh, samalah kita..."

Rupa-rupanya dia tak isi borang tu sebab dia pensyarah INTEC. Tapi lepas aku siasat, memang dahsyat orangnya. Dia ada master dari UPM dengan kajian pasal zorro apa bende tah. Tapi yang paling menarik dari penyiasatan aku ialah, dia tak kahwin lagi. Haha. Lawa mcm tu pun tak kahwin lagi. Pelik dunia ni. Nasib baik ada simpan nombor.

Sebenarnya itu je sebab aku download whastapp. Ciaciacia

Ayuh semua, sebarkan firasat dan propaganda kalian. Hahaha

Jangan serious sangat deyh. Aku sekadar nak cukupkan kuota kata sahaja. 2 posts setiap bulan.

Sekian dari Syuib0809


3 comments:

  1. Done sebarkan propaganda ckgu

    ReplyDelete
  2. Baek laaa propaganda cikgu ni ..saya tggu kad jemputan Dari cikgu jaaa ni

    ReplyDelete
  3. Tulisan yg begitu menarik hihii

    ReplyDelete