Thursday, 17 December 2015

MEMORI Ayah Tiri

Bismillah...

Bukan tiada masa untuk menulis..
Cuma tiada tenaga untuk mengisi masa dengan menulis.
Terbaring dengan batuk dan selesema yang sudah berlarutan lebih 3 hari...

Demam yang menyerang di hari kedua berlansungnya MEMORI, akhirnya berjaya melumpuhkan bekalan nasihat buat keesokan harinya.

MEMORI tahun ini, penuh kejutan dan harapan.
Berbeza dengan event-event kolej yang lain, MEMORI itu tidak berjaya menjadikan student sebagai pak turut semata-mata. Mereka dilatih menjadi Tuan, Perancang, Penggerak serta Pemikir bagi segala corak dan bentuk Program.

Ketika Majlis Tertinggi MEMORI dihimpit dari kanan dan kiri, atasan dan yang bawah-bawah, mereka dipaksa menerima realiti, yang hakikatnya MEMORI itu tidak punya "tempat" di hati bapa-bapa kandung mereka sendiri. Diasak sebegitu rupa, entah semangat apa yang masih berbaki untuk anak-anak kecil itu meneruskan.

Masa yang dipendekkan, bajet yang ditidakadakan, tarikh yang terkeluar dari kalendar hijri dan masihi, event Islam itu persis seperti anak tiri. Aku dan Ustaz Hazrin yang teringin menjadi ayah Tiri, memujuk anak-anak ANC

"kita guna sahaja apa saluran yang ada dulu... Tak kisahlah berapa hari, tak kisahla ada bajet ke takde,. Yang penting, "jadi" dulu... Masalah lain, nanti kita settle sama-sama..."

Mengejut, anak-anak itu diberi dua minggu untuk menggepalai segala-galanya...

Dan Hebat, mereka berjaya merealisasikannya...
Kehebatan MEMORI tahun ini, amanah berjaya diserahkan kepada orang yang benar-benar amanah. Keberanian mereka mencuba benda baru, maka bentuk MEMORI kali ini tidak terikut-terikut dengan peninggalan aktiviti "nenek moyang" mereka zaman-berzaman.. Kesannya, semua aktiviti mereka ada hujah belaka, bukan ikutan semata-mata. Ia bukan sekadar ada nafas, tetapi ada roh.

Bajet dari Kolej yang menghampiri Sifar, anak-anak ini belajar mencari duit dengan pantas. Berjimat cermat dalam setiap pembelian, malah membisik pengorbanan wang sendiri tanpa bunyi. Wang sedikit yang ada, perlu mereka fikir untuk digunakan kepada perkara yang terbaik sahaja.

Ilmu yang tiada ketemu dalam bilik tutor dan Kuliah, aku terpaksa mengakui, mahal benar ilmu yang mereka peroleh dalam MEMORI kali ini.

Kesilapan dalam setiap keputusan yang mereka buat, adalah pengalaman yang tidak mungkin pelajar nerd dapat dengan sekadar menggendong buku kehulu-hilir. Dalam keadaan masih ada sebilangan kecil pengajar yang berdialog:

"fokus diorang study... Bukan sibuk buat bende-benda macam ni...."

"tak boleh bagi kerja kat budak-budak ni, nanti parents marah sebab kacau masa study diorang..."

Aku percaya, mereka peroleh seribu satu ilmu yang manfaatnya jauh lebih besar berbanding sekadar berfoya-foya di universiti. Cuma sayang, ilmu itu tiada nota, tiada paksaan hafalan, peta minda untuk diijazahkan. Kemasan Ilmu dari pengalaman, tersemat dan memandu sampai bila-bila.

Kumpulan nasyid paling lawak. Penampilan bukan main, sekali suara masyaAllah.

Apapun, setinggi-tinggi tahniah dan hormat buat barisan Majlis Tertinggi MEMORI yang berjaya mengubah tangisan menjadi senyuman. MT yang sangat Mantap dan "Hardcore".. Gila diorang ni. Paling lawak, boleh plak sampin pengarah memori(si afiq) terlondeh time iring bagi hadiah. Gelak satu dewan. Kahkahkah

Special respect/tabik spring kepada mereka-mereka ni:
Team EKSPO (kumpulan paling Unbelievable!! Unexpected)
KD Outdoor.. Luqman dan Intan (dahsyat kepimpinan diorang berdua ni)
Ajk Persiapan Pentas (anak-anak buah paling berdikari... Pentas simple tapi cantik)

TEMA pentas: Lampu ECO 2 Ringgit. Haha

Special thanks kepada 3 anak dara ni(Azreen, Farahanim, Adela), kena paksa hidupkan belakang surau dengan tiba-tiba. 

Seribu kemaafan kepada anak paling "nakal" iaitu AJK penutup, pembukaan dan gimik. Ni memang paling banyak kena marah/tengking dengan bapa tiri.

Semoga kalian beroleh sesuatu...


"Tidaklah sama antara orang-orang beriman, yang tinggal duduk (di rumah) bukan kerana keuzuran, dengan orang-orang yang berjuang di jalan Allah, dengan harta dan dirinya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjuang dengan hartanya dan dirinya dari orang-orang yang tinggal duduk. Kepada tiap-tiapnya, Allah menjanjikan kebaikan tetapi Allah memberikan pahala yang berlipatganda kepada orang-orang yang berjuang lebih daripada orang-orang yang duduk."
(TMQ An-Nisa', 4:95)


Dari Bapa Tiri yang menyorok tanpa gambar.

Sekian dari Syuib0809.


1 comment:

  1. Good job pelapis-pelapis Memori dan ANC. Matang.
    Tahniah Bapa-bapa Tiri.
    Teringin nak borak dengan cikgu pasal benda-bend ni.

    ReplyDelete