Cuti empat hari, aku mereput kat rumah bujang seorang diri. Mengemop lantai yang selalu terbiar untuk dijinakkan. Juga meng"asah" bakat di dapur dengan menu-menu yang bersilang-seli. Kembali membakar ayam seperti zaman-zaman bergelar mahasiswa dahulu. Saki baki Maple syrup yang dibeli di Setia Alam, tidak pernah lansung mengecewakan si ayam yang sudahpun menghembuskan nafas terakhir.
Menu untuk buat kaum hawa tercabar:
Khamis: Ayam bakar (perapan masala, lemon, bbq sos, maple syrup, oyster sos)
Jumaat: Ayam masak lemak, Sambal Telur Itik. (Resepi biasa2 sahaja, aku banyakkan air asam)
Sabtu: Melatak kat kenduri kahwin. Malam tumis kuah hailam, makan dengan mee segera. (tumis: bawang2, cili boh, ayam, sos cili, sos tiram, sayur,)
Ahad: Ayam bakar, coleslaw, kentang tak putar sangat, kuah percik(santan, cili, gula melaka, serai, kerisik sikit)
"Muzik" MEMORI
Ketika memori berlansung, aku terperasan alat-alat muzik(percussion) kat surau hampir semuanya sudah uzur. Alhamdulillah, ada sedikit bekalan alat muzik yang pernah aku miliki. Rujukan. Aku tak tahulah nak malu ke tak malu untuk mengaku, tapi aku memang aktif bab-bab muzik ni.
Mengimbau kembali sejarah.
Sekolah rendah: masuk "band"(main melodian) dan Nasyid.
Sekolah menengah: Koir Dilantik jadi ketua kumpulan Kompang, Masuk team caklempong(1st team) dan main Conga untuk nasyid sekolah. Dilantik jadi presiden kelab Muzik (Lagho giler)5: Puisidra
Kolej A level: Dikir Barat dan Nasyid.
Kegilaan hujung minggu di KY. Padahal dalam ni budak-budak yang aktif-aktif dakwah belaka. Alhamdulillah, muka aku ter"hijab". Hanya kain pelekat yang terpamer dalam video ni. Hehe
Cuma muzik-muzik aku lebih kepada seni dan kebudayaan. Yang goyang-goyang kepala tu memang tak layan lansung la.
Minggu lepas, aku berhajat menambah "kemudahan" untuk student-student "surau". Memang lama sungguh survey. Dari harga rm650, kemudian rm450, aku akhirnya ditemukan dengan promosi akhir tahun dari Afro Cajon. Walaupun kualitinya tidak sehebat buatan orang putih, namun bunyinya masih memuaskan hati orang-orang amatur seperti aku. Dan orang-orang biasa akan cakap " macam kotak kayu je, tak nampak pun apa yang alat muziknya"
Inilah Cajon a.k.a Kahon. Duit aku duk perabih beli benda-benda macam ni. Yang selipar dah putuih tali pun berat nak pi beli baru. Baju pun selagi muat, selagi tulah aku pakai. apepun, secara jujurnya, aku tak suka disiplin penjual benda ni.
Namrud dan Julaibib
Kolej dikejutkan dengan kematian seorang pelajar tahun dua, semester 4. Secara jujurnya, aku tidak lansung mengenali beliau. Kematian dengan penyakit yang ahli keluarga sendiri tidak mengetahui, maka ia sangat-sangat mengejutkan. Selesai tahlil, aku kongsikan dua buah kisah.
Kisah Namrud dan Nabi Ibrahim yang dialognya ternukil di dalam Albaqarah:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (258) }
Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) karena Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan, "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan," orang itu berkata, "Saya dapat menghidupkan dan mematikan." Ibrahim berkata, "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat." Lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.Juga kisah pemuda Ansar bernama Julaibib yang calon isterinya di"jamin" oleh Rasulullah.
Namrud itu, segala-galanya ada dalam tangannya. Kaya, berkuasa, hingga terasa dia tidak akan dimatikan. Kelupaan kepada kematian, raja itu dibunuh oleh binatang yang kita semua adalah pembunuh tegarnya. Si bangga yang mati dalam keadaan hina.
Manakala Julaibib, pinangannya ditolak oleh bakal mertua kerana tiada rupa dan harta. Namun si miskin ini sentiasa ingat kepada kematian dan bercita-cita untuk syahid. Saat perkahwinannya semakin hampir(ada riwayat kata dah kahwin), dia menyahut panggilan jihad dan syahid. Si miskin dunia ini Allah muliakan kematiannya.
Peringatan kita untuk mati, memuliakan kematian kita.
Kisah Cinta Tiga Negeri.
Untuk tahun 2016, aku berhajat untuk menulis cerita ini. Kisah yang menghuraikan "puisi-puisi" aku satu ketika dahulu. Puisi pertama Acuan dan Roda. Puisi kedua Mughith dan Barirah. Banyak sebenarnya kisah di sebalik dua coretan tersebut. Hati aku dah suruh aku berhenti dari mencari jodoh. Nak cari kebendenya, empat hari ni pun balik2 duk pusing masjid, pasar, supermarket dan kembali ke rumah juga akhirnya. Phone pun jarang beno berbunyi. Kalo mesej masuk pun akan berbunyi:
"Cikgu, kawan saya tinggal kunci dalam bilik. cikgu boleh tolong tak..." Hahaha
Tertarik dengan kata-kata ini.
"kita tak mungkin boleh menghentikan hati kita. Tetapi hati ni yang selalu memberhentikan usaha kita..."
Okeh, bye...
Sekian dari Syuib0809.
Asslamualaikum cikgu izuan, klau dah name pun jodoh, x ke mana. Jadi, bnyk2 lah bersabar dan minta dariNya agar dipermudahkan bertemu si dia pd satu hari nnti. InsyaAllah...amin
ReplyDelete~syasha ira (K1 Student)~