Thursday, 23 April 2015

Pensyarah Gatal.. Bahagian 1

Bismillah.

Hari ini(22/4/15), tamat sudah kertas matematik PSPM untuk pelajar sesi ini. Penanda tamatnya fungsi aku sebagai pensyarah matematik 2014/15. Tiada lagi pelajar hadir untuk bertanya soalan matematik, tugas aku hanya berlegar pada kerja-kerja umum seorang pensyarah. Tahun pertama yang bakal menjadi kenangan, mudah-mudahan mampu diingati.

Mengimbas sejarah bersama kaum hawa, aku melalui beberapa fasa kelakuan yang kerap berubah-ubah. Dibuat-buat atau semulajadi? aku sendiri masih kurang pasti. 5 Tahun di Sekolah Menengah, kerja marah/cari pasal/maki "rakan2" berlainan jantina, menyebabkan aku tidak punya perhubungan yang baik dengan kaum hawa. Masuk ke matrikulasi selama dua bulan, perwatakan tersebut masih tidak berubah. Pantang dengar gadis bising, pasti akan dimaki hamun. Berpindah ke kolej persediaan, aku menukar "wajah". Pemuda yang baran bertukar menjadi pemalu dengan perempuan. Menghormati beberapa orang gadis dalam badan dakwah dan gadis-gadis yang sangat bijaksana, aku tiba-tiba menjadi pemuda berjanggut typical yang berjalan tunduk dihadapan perempuan. Tunduk yang bukan calang-calang, tingginya kebarangkalian bakal terlanggar tiang. Sekali lagi tidak begitu rapat dengan si Hawa, hanya beberapa gadis dari kelas Econs dan juga rakan setugas Muscom yang mampu aku hulurkan jenaka.

 Respect sungguh kat diorang. Paling aku hormat sudah tentulah fatimah.

Menyambung pelajaran di peringkat universiti, aku menjadi sangat ekstreme dengan wanita. Rakan melayu yng berselisih di tepi jalan pun buat bodoh je. Duduk di ruang universiti sementara menunggu kuliah pun takde nak sembang2 dengan rakan perempuan se"penaja". Zaman yang aku kelihatan sangat-sangat sombong, hanya terserlah jenaka di program-program yang aku kendalikan sebagai pengacara. Kalau ada gathering dengan orang melayu, aku sendiri tidak mampu bersembang dengan gadis sebaya. Hingga genap 3 tahun, aku dan gadis-gadis satu Batch masih menjadi sangat-sangat awkward. Ke"janggal"an yang terbawa-bawa hingga IPG, budak perempuan Leicester masih tak begitu biasa bercakap dengan aku. Budak dari universiti lain plak yang okeh untuk bergurau ketika di maktab.

Budak-budak satu batch di UK. Lili dan ain takde dalam gambar. Awkward yang aku sendiri kurang pasti sama ada kerana segan atau "benci". Mungkin benci kot.

Pengalaman-pengalaman mengerikan bersama perempuan, aku secara jujurnya kerisauan. Bagaimana mahu mengurus pelajar yang majoritinya adalah gadis? Peringkat umur perempuan yang paling aku menyampah dengan pemikiran dan kegedikannya. Bimbang carutan dan makian bakal terkeluar seperti di zaman persekolahan. Kejahilan yang barangkali meletus walaupun sudah diredakan oleh proses Tarbiyah Maka, aku mengambil pendekatan menjadi cikgu "gatal". Gulp.

CIKGU GATAL!!!

"Mak ai, cantiknya kamu hari ni... Meh tulis jawapan kat whiteboard ni"

"Lawanya kamu pakai tudung labuh macam ni, ni yang tergugat iman saya ni"

"Baik betui kamu ni, try tanya mak kamu berapa hantaran kalo saya masuk meminang?"

"hah,, awek cun, 57 tolak 23 berapa?

" Faham tak awek-awek sekalian?"..

"Mai kelas saya kena pakai handsock, naik nafsu saya tengok lengan hangpa.."

"kamu kalo mai meja saya tanya soalan, saya akan halau budak-budak lain yang tengah ada kat meja saya.. untuk kamu, no hal lah.."

Ayat-ayat yang kerap aku gunakan di bilik tutorial mahupun pejabat. Sekali imbas, memang tak dapat dinafikan kegatalannya. Namun terpaksa gunakan ayat-ayat tajam ni untuk menarik perhatian mereka yang punyalah mengantuk dalam kelas maths. Dengar je aku cakap macam tu, sebahagian akan gelak, sebahagian akan buat muka geli. Yang penting semua terjaga (praktikalnya berjaya). Malah menjadi modus operandi aku di kelas-kelas besar(biasanya modul 1), aku akan cari sorang yang cantik/baik untuk aku buat-buat ngorat, sebagai sebuah lagi bahan jenaka dalam kelas. Dan ini yang kerap membawa padah.

Dalam beberapa orang pelajar, ada yang memandang gurauan tersebut sebagai sesuatu yang benar. Akal remaja yang penuh dengan cinta, maka ada yang melihat aku serius nak ngorat anak murid. Tiba-tiba je datang ofis, "cikgu memang minat dia ke? Nak saya tolong?" selamba aku balas " boleh tahan mangkuk gak kamu ni..". Lebih dahsyat, ada yang memang cakap kat mak dia. Ni memang tahap super saiya mengarutnya. Dalam banyak-banyak pelajar, ada juga yang aku senang dengan responnya. Lambang mereka mengerti sebuah gurauan. "Saya cukup berkenan nengok kamu ni.. dah ada boyfriend belum?." selamba je reply "eh, cikgulah BF saya..".  Kadang-kadang ayat biasa yang keluar dari mulut aku "ha, jom dating dengan saya!"...   "Okeh cikgu, petang ni?" relaks je diorang reply..

Kenangan-kenangan Tahun PERTAMA yang sengaja aku nukilkan, supaya mampu mengimbas yang aku pernah menjadi pensyarah dengan pendekatan "gatal" dan "miang". Pendekatan yang menyebabkan pelajar celik, namun aku mungkin terfitnah dengan LABELAN. 24 Tahun tak pernah-pernah nak ngorat anak dara orang, tiba-tiba digelar gatal. Pernah aku cuba guna pendekatan beri hadis-hadis dalam kelas waktu semester pertama. Namun kurang berjaya. Nak jadi garang, aku sendiri risau melihat diri bila marah. Marah yang sangat membinasakan. Tangan dan kaki menggantikan mulut untuk berbicara. Maka, aku berlatih untuk menahan marah dengan jenaka. Berdoa agar ia terus bersembunyi.


“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Menurut kalian, siapa yang kalian anggap paling kuat?” Para sahabat menjawab,“Iaitu orang yang tidak kalah dalam suatu pergaduhan.” Baginda bersabda:“Bukan itu, orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya saat ia marah.”Hadis Riwayat Abu Daud,
Apepun, Selamat tinggal pelajar-pelajar 2014/15
Sesi hadapan, masih belum pasti wataknya. 
Mudah-mudahan lebih baik..

Ayat yang di simpan-simpan untuk pembuat nota-nota ringkas aku, seorang junior sekolah yang duk baca gak blog ni. Terima kasih sebab tolong, saya menanti-nanti kamu tanya macam ni:

"Asyik saya je kena buat, anak-anak murid cikgu lain takde yang berbakat ke?"

"Saja je saya suruh kamu buat. Nak tunjuk kat anak-anak saya nanti yang mak diorang pandai buat nota."

Haha.. Ambik kau. Pi muntah..




Kelas yang punyai lelaki paling nakal. Mudah-mudahan menjadi Ahli Syurga.

Sekian dari Syuib0809.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete