Tuesday, 27 January 2015

Langgam Bakungtai

Bismillah.

Dua hari berkurung dalam rumah. Demam dan selsema yang hadir sangat tiba-tiba. Masuk sahaja ke pejabat, penghawa dingin menjadi senjata yang begitu menyeksakan rongga hidung. Musim peperiksaan(UPS) yang sedang berlansung, memberikan sedikit ruang untuk berehat. Mahu keluar dan membantu pelajar, namun diri penuh dengan bendalir yang diluar kawalan. Meletus bila-bila masa sahaja. Hebat ibrah Tuhan. Jasad yang kononnya rasa dimiliki, tidak mampu dikawal oleh diri.

Masa yang ada di isi dengan membaca kembali. Dua buku berjaya dihadam, insyaAllah akan dikongsikan dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama, jejari menulis sesuatu. Isinya lebih tersirat. Ada perkara perlu disembunyikan. Namun ada perkara mahu diingati, maka aku letakkan di sini.

LANGGAM BAKUNGTAI

Mimpi
Mainan tidur ketika mati
Acapkali tersusun seperti realiti
Ada masanya ia lucu
Ada masanya tersangat ngeri
Pernah hadir menjadi hiburan
Kerap muncul sebagai ancaman
Mencoret Dejavu di siang hari
Pawagam akal di alam sunyi

Hiatus puisi
Kerna hati lari dari cinta
Noktah dari fikiran setia
Apatah lagi untuk mengingati si dia
Lama benar mimpi menjadi mainan
Tiada satu yang ku bawa ke dunia nyata..

Tiga daun bunga
Menerjah harumannya dalam mimpi
Sepuluh yang kurang dua
Tiba-tiba menjadi satu
Ancaman dalam mainan
Barangkali petanda dari Tuhan
Titipan usaha mencangkul alam realiti

Bakung kami punya cerita unik
Pendamaian bertukar perang
Romantis menjadi sinis
Pengorbanan tafsiran tipu helah
Tiada yang menang
Belum ada yang kalah
Tinggal doa si lebah
Kukuh sebagai benteng..

Bunga itu berbisa dihadapanku
Namun tangkainya begitu lembut
Mimpi yang menyeru petikan
Sedang aku khuatir pada bisanya
Mati subur tiada petunjuk
Sedangkan lama hati memujuk
Biarlah dahulu..

Aku pasti kamu membaca
Cuma khuatir kamu memahami
Berikan aku tanda kembali
Kerna aku sudah mengerti
Hanya tercicir nilai berani..


Haha. Faham ke?
Sekian dari Syuib0809

Wednesday, 21 January 2015

Taksub

Bismillah.

Beberapa minggu yang lepas, rakyat Malaysia dikejutkan dengan video anak-anak gadis yang "dicium" dan berpelukan dengan artis Kpop. Berita yang dilihat sangat ganjil bilamana gadis-gadis tersebut berpakaian longgar dan bertudung dengan agak baik. Mungkin tidak menjadi isu sekiranya gadis-gadis tersebut adalah gadis yang sudah mendapat jolokan sebagai "ahli Neraka". Tetapi gadis melayu Islam yang kelihatan "baik", ia mengundang pelbagai cemuhan.


Mahu menyalahkan artis Kpop, mungkin agak tempang kerana si gadis sendiri benar-benar kelihatan teruja dan merelakan. Mengatakan mereka tidak tahu "agama", menjadi agak janggal kerana mereka kelihatan "beragama". Taksub, mungkin itu perasaan yang menanggalkan segala pandangan terhadap dosa. Kegilaan kepada IDOL yang dicurahkan segala kasih sayang kepadanya. Hingga sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk datang sendiri ke konsert mereka. Ketaksuban yang menghasilkan pengorbanan, hingga akhirnya mengorbankan maruah diri. Malah taksub juga menjadi racun dalam agama. Bilamana kecintaan kepada Rasulullah yang membuta tuli, mencambahkan amalan-amalan Khurafat yang tiada asas dalam agama. Seperti kes Kpop di atas, Yang mengamalkannya khurafat bukanlah penzina ataupun kaki mabuk, tetapi mereka yang suka hidup dalam ber"agama".

Hinanya sebuah TAKSUB bila ia membutakan penglihatan hati daripada agama.

Apple.

Zaman berkelana di luar negara, aku dan rakan-rakan sendiri begitu minat kepada produk Apple iaitu Iphone 3Gs. Pantang sahaja bertemu, telefon-telefon canggih seperti Iphone dan Blackberry pasti menjadi sebutan dan tajuk perbualan. Taksub, menyebabkan diri sanggup menghabiskan ratusan pound sterling hanya untuk memilikinya. Kadangkala, kami bertikam lidah mempertahankan Iphonelah yang terbaik dekat dunia ni. Malah, ada sebahagian daripada kami yang tak tidur malam sebab nak "bid" harga termurah di pasaraya online, Ebay.. Belum dikira lagi "jenayah" yang pernah aku buat semata-mata kerana tergilakan Iphone ketika itu. Aduih...


Tahun 2009. Masih aku simpan gambar sebaik sahaja Iphone 3gs ni sampai kat rumah aku di Hazel street.

Selepas Iphone 3gs aku "mati" sebab asyik berenang dalam air, aku hanya menggunakan nokia 1100i yang sudah mula berkhidmat dari tahun 2007. Walaupun berdepan seribu satu kerenah, aku masih tak tukar henpon. Aku boleh hidup tanpa smartphone kerana kehadiran Ipad yang menemani diri sejak Tahun 2011. Bukan tiada duit, tapi aku memang tak minat dengan handset selain dari Iphone. Family tawar nak belikan pun aku buat dek je. Gila taksub...

Tapi rezeki dari Allah, Iphone kembali lagi...

Maka berakhirlah sebuah "kezuhudan"..
 Wakakka.

Tersalah tulis tarikh. Sebenarnya semalam petang dah sampai. Tapi tak berniat nak guna untuk telefon. Just nak imbau kenangan je. puihh.

Sekian dari Syuib0809..

Thursday, 15 January 2015

Fikir PK: BerTuhan tanpa beragama?

Bismillah.

Selesai menonton sebuah Filem kontroversi yang dikatakan menarik di media massa. Lakonan pelakon veteran Aamir Khan yang kerap kali tampil dengan mesej unik. Kelainan yang ditonjolkan dalam Filem Three Idiot dan Taare Zameen Par, menyebabkan aku amat beriya mencari video online untuk filem yang berjudul PK ini. Mengambil 3 ruang waktu untuk menghabisnya kerana kekangan masa. Hmm.. Menarik dan merbahaya.




Sinopsis.

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan seorang "alien" yang turun ke bumi dan kehilangan remote controlnya. Kehilangan itu menyebabkan dia meminta pertolongan manusia yang memperkenalkan dirinya kepada "Agama". Cabaran besar bagi "alien" yang tidak pernah kenal Tuhan dan tidak pernah memerlukan Tuhan, maka bagaimana mahu memperkenalkan konsep "agama dan Tuhan" kepadanya. "Agama" yang terlalu banyak di dunia menyebabkan alien ni runsing mana satu Tuhan yang benar dan pengamalan agama yang betul. Hingga akhirnya dia ternampak bagaimana kepercayaan kepada Tuhan ini sebenarnya dimanipulasikan oleh Manusia untuk mengaut keuntungan dan memperolehi kehormatan dikalangan manusia. Istilah "wrong call/number" menjadi intipati utama bilamana Aamir Khan dan Anushka Sharma merasakan semua yang dikatakan orang agama sebenarnya bukan dari Tuhan tetapi dari manusia sendiri. Manakala manusia pula tersalah men"dail" sesembahan mereka. Yang disembah mereka sebenarnya bukan Tuhan, tetapi makhluk, patung, simbol dan lukisan semata-mata.

Menghina Islam?

Filem ini banyak "mengejek" agama secara keseluruhannya. Latar belakang di negara india, menyebabkan agama Hindu menjadi perbualan utama. Ada juga menyentuh agama sikh, Buddha, Kristian dan Islam, namun tidak banyak. Menariknya, agama hindu diejek kerana menyembah patung(ini paling banyak dipertikai dalam filem ni), kristian diejek kerana macam menyembah patung Jesus.  juga dipertikai amalan Baptism dalam air. Manakala agama lain banyak diejek kerana adanya perantara. Tapi hampir tiada ejekan kepada ibadah Islam yang tidak meletakkan sebarang perantara, malah mengucap syahadah pun tak payah "bayar" dan "bawa hantaran" apa-apa.

Ada sedikit mengkritik amalan melukakan diri pada hari asyura oleh puak syiah(for me, this is not part of Islam) dan juga video kanak-kanak perempuan Islam yang kononnya mengadu mereka difatwakan haram pergi sekolah, lelaki je boleh. Sekali lagi, bagi aku tidak lansung berkaitan dengan Islam. Punye melambak pelajar perempuan belajar dekat seluruh dunia, tetiba kata Islam mengharamkan perempuan pergi sekolah, kecelaruan fakta barangkali. Atau ada mesej lain di sebaliknya?

Bertuhan tanpa Beragama

Sebenarnya, filem ini nak beritahu banyaknya benda yang manusia "ajarkan" bukanlah dari Tuhan, tetapi dari kata-kata mereka sendiri. Menjadikan diri mereka boleh bercakap dengan Tuhan, kononnya sebagai wakil Tuhan, atau lebih teruk lagi menjadikan diri mereka Tuhan, itu yang ditentang dalam Filem ini. Persoalan yang ditimbulkan ialah Tuhan yang Esa, tapi kenapa ajaran dan ibadah semua agama berlainan. Patutnya sama jelah. Filem yang membawa manusia percaya kepada Tuhan, tapi tidak percaya kepada agama. Lalu persoalan utamanya tergantung, Agama mana yang BENAR dan menyembah Tuhan yang Benar. Tertinggalnya persoalan yang lebih utama iaitu, bagaimana mengetahui sebuah "agama" itu benar-benar datang dari Tuhan? Filem yang sedikit celaru. Mengajak manusia berTuhan tetapi tidak tahu bagaimana berTUHAN.. Tiba-tiba je isunya beralih menjadi isi cinta.




Apepun, aku tertarik dengan ayat ni:

"Tuhan tak perlukan manusia untuk lindungiNYA. Tuhan yang cipta alam seluas ini, tiba-tiba manusia yang hidup dalam panet sekecil bumi, berada dalam negeri yang kecil mahu melindungi Tuhan?

Tidak pasti mahu cadangkan kepada kalian untuk tonton atau tidak. Melihat daripada sudut yang berlainan mampu menyebabkan manusia menjadi liberal dan tidak percaya kepada orang agama. Atau dalam bahasa islamiknya mungkin anti-ulama'.. Lagi-lagi anak muda yang kerapkali kabur dalam urusan beragama.

Wallahualam

Sekian dari Syuib0809.

Sunday, 11 January 2015

Zaman Belajar


Bismillah

Amaran: Post ni tiada mempunyai Faedah!

Hati selalu teringat Leicester, bandar menyimpan seribu satu memori. Kerinduan pada tempat belajar, hanya Allah yang tahu. Bila dapat emel(auto) dari alumni universiti,  aku pasti tidak ketinggalan membacanya. Melihat gambar terkini university, MasyaAllah...... 

Ketika duk melayan internet, terjumpa gambar-gambar yang bercerita. Kadang-kadang kita ingat kita sahaja yang merasainya. Rupanya ia biasa. Sangat-sangat biasa bagi seseorang di zamannya belajar.




 Tengok gambar sebelah ni, sangat banyak betulnya. Depan monitor/laptop memang tempat terbaik untuk makan. Tapi gambar no 2 tu jarang berlaku pada aku. Sebab tandas kat UK sejuk sangat kot.



Tempat tidur paling best?? Waktu KPLI dan kolej memang aku cukup mengakuinya. Pantang kelas lama, memang aku tido habis. Dan aku paling kuat tidur bila subjek matematik. Pelik? Tapi dekat Leicester, aku tak pernah tertidur waktu kelas. Mungkin pasal orang putih comel-comel kot. Gulp..









Bawah ni gambar bilik time first year. Tempat rehat, tempat makan, tempat fikir, tempat membaca, tempat tengok movie paling "dunia" sekali.


Ni plak meja study tahun kedua dan ketiga. Nampak tu penuh botol sos dalam bilik. Ni memang tempat paling eksklusif untuk makan. "Heaven"nya hanya aku yang tahu. Haha.


Menjadi pelajar, nafsu banyak fokus pada makan. Dan seperti biasa, ia kuat dipengaruhi oleh duit yang berada dalam poket. Ni gambar yang menceritakan mengenai student di Malaysia. Betul atau tidak wallahualam. 


Pelajar di Malaysia mungkin mencari makanan Western ketika ber"wang". Tapi aku pula mencari makanan Arabic bila berduit. Mungkin sebab dah memang ada kat barat kot.

Bercahaya akan muka?              



Dan sedikit pelik bila aku miskin, pizza menjadi makanan utama aku. Pizza yang sudah di modified. Bukan nak riak, tapi memang pizza ni harga 1 pound. Dan lagi satu jenis makanan aku bila tak berduit ialah chicken wing. 2 pound dapat 16 ketul kot.. Aku tak berapa makan maggi dan adik beradiknya..


Dan bila duti aku memerlukan kesederhanaan, masakan melayu, chicken chop dan ayam panggang(baby chicken) akan mengambil tempat.Ini boleh mendatangkan riak.. Haha


Sepanjang belajar, aku hanya berkongsi bilik ketika di sekolah menengah dan juga di IPG. Berkongsi menyebabkan aku sukar untuk manage ruang yang sangat-sangat terhad. Dan gambar di bawah ni hanya berlaku bila aku berkongsi bilik. 

Melihat anak-anak pelajar, mereka kini melalui zaman yang sama. Bila melihat motor-motor KFC dan Pizza Hut berada di depan kolej, aku menerimanya sebagai lumrah apabila elaun masuk. Bila naik ke kompel (asrama), "semak" bukan lagi sebuah kejutan kerana itu adat berkongsi bilik. Cuma kerisauan aku zaman mereka ini ialah aplikasi-aplikasi sosial yang begitu mencuri masa mereka. Lepas solat tengok phone, lepas tutor tengok phone, waktu kuliah tengok phone, waktu makan tengok phone, tengah jalan pun duk pegang phone.


Post ini sekadar untuk melepaskan kerinduan zaman belajar. Di zaman bekerja, tempat terbaik untuk makan dan melepak ialah di ruang tamu. Sedikit sebanyak berubah. Makan pula tidak banyak dipengaruhi kerana masih belum berkeluarga. Hmmm.. Nikmatilah kehidupan zaman belajar. Sedih dan kekurangan itu sebenarnya sebuah NIKMAT. Hargainya...

Zaman belajar. Dah nak exam, baru beriya nak pergi library. Tuih..

Sunday, 4 January 2015

Penjaga Masa

Bismillah



Masa..
Mendapat sumpahan dari Tuhan.
Malah, satu surah diperuntukkan khas hanya untuk Masa di dalam Alquran.
Maka, pasti ada sesuatu yang begitu istimewa. Ia hak mutlak Allah hingga tiada siapa mampu mengubah, meng"edit", memansuhkan atau menahannya.


Ketika di UK, kami serumah tengok filem Back To The Future yang diulang tayang di kaca TV. Keghairahan manusia mahu pergi ke masa lalu sama ada untuk melihat sesuatu, atau mengubah sesuatu. Sebuah khayalan dari pengguna masa. Peminat korea, mungkin tahu drama "My Love From the Star" dan "the Great Doctor" yang juga berkhayalan dalam urusan masa. Walaupun intipati mengenai masa disampaikan dengan objektif yang berbeza, namun itulah impian beberapa orang manusia yang akhirnya lelah dengan sebuah "masa".. Sekadar cerita fiksyen.Mana mungkin mereka mampu mengubahnya. Ia buukan milik kita


Masa sebagai matlamat.

Baru-baru ni aku berkongsi kisah Tragedi keretapi Amagasaki yang aku "kenal" dari blog ustaz hasrizal. Kegilaan masyarakat jepun kepada ketepatan masa yang secara halus mengakibatkan kemalangan ngeri hingga mengorbankan 107 orang dalam sekelip mata. Seorang pemandu yang sudah terlewat "sehingga" 90 saat terasa begitu tertekan, kerana pelbagai hukuman akan dikenakan kepadanya, malah akan diejek dan dihina jika tidak menepati masa. Betapa dahsyatnya masyarakat jepun menjadikan masa sebagai matlamat, hingga keretapi yang sepatutnya berada dalam 70 km/j terpaksa dipecut sehingga 116 km/j ketika melalui sebuah selekoh. Dilema menjadikan masa sebagai tuhan, hingga akhirnya menyebabkan keretapi tersebut terbabas, melanggar apartment yang turut mencederakan 562 orang awam. "rileksla, lewat 90 saat je kot.." mungkin itu dialog orang melayu Islam.

Filem Hollywood, "In Time" 2011 merupakan antara filem yang sangat menarik untuk dibincangkan jika menyebut soal masa. Khayalan menjadikan masa sebagai segala-galanya. Masa digunakan untuk membeli barang, bayar tambang bas, masa sebagai gaji, pendek kata masa menjadi ukuran mata wang dalam kehidupan harian. Orang kaya ialah orang yang punyai masa begitu banyak, manakala orang miskin adalah orang yang menagih masa. Dahsyat bagaimana filem ini mengolah kehebatan masa sebagai matlamat, hinggakan orang yang "0" pengiraan masanya akan mati begitu sahaja. Masa yang dikawal oleh manusia. Jalan cerita menjadi bertambah menarik bilamana seorang lelaki kaya yang punyai masa untuk hidup beratus-ratus tahun, tiba-tiba berkeinginan untuk mati. Moral yang mematahkan angan-angan manusia untuk hidup selama-lamanya di dunia ni. Menarik.. Tontonlah

2014 - 2015

Tahun 2014 sudah meninggalkan aku sangat jauh jika dibandingkan dengan masa akan datang yang bakal aku hadapi. 2014 sebagai tahun permulaan berada dalam alam pekerjaan, bekerja sebagai pendidik. Tahun yang penuh dengan kisah "cinta". Tahun hidup berseorangan di rumah. Tahun aku sudah punyai wang hasil titik peluh sendiri. Tahun aku menjadi "ayah" kepada remaja-remaja di sini. Tahun yang aku sendiri tidak pasti sudah tercapai azamnya atau tidak. Atau aku tidak punya apa-apa azam sebenarnya.

Masuk Tahun 2015, umur sememangnya semakin meningkat. Persoalan pertama yang berlegar di minda bila masuk tahun baru ni ialah "kahwin".. Hmmm... Masalah menjadi guru matematik barangkali, terlampau banyak "pengiraan" yang berlegar dalam minda. Kira-kira yang tidak membuahkan apa-apa jawapan di penghujungnya, hingga aku stop mencari jawapan dan penyelesaiannya. Mudah-mudahan 2015 mencoret 1001 lagi kenangan indah. Apehal tetiba melalut ke kahwin ni!!. Demam punye sebab kot.


Jagalah masa, kerana ada hak manusia lain yang sangat besar ke atasnya. Hargailah masa, kerana kita menyembah penjaganya. Jika non-muslim yang tidak pernah menyentuh AlQuran begitu beriya menjadikan MASA sebagai matlamat, kita patut jadi lebih hebat dari itu. Kerana menjaga masa bukan sekadar disiplin hidup, tetapi menjadi satu ibadat. Ibadat menyembah penjaganya.


Sekian dari Syuib0809.