Wednesday, 26 June 2013

Hujung minggu menarik bersama BTN

Bismillah

Sebaik sahaja habis berpraktikum, kami para pelajar KPLI bergegas ke Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Sepang. Aku sebenarnya dapat makluman ada BTN ni lambat berbanding rakan-rakan yang lain. Memang inilah akibat tidak berFacebook dan jarang lepak rumah. Teruja untuk berjumpa rakan-rakan lama di sana, namun tidak teruja apabila memikirkan BTN yang pernah aku lalui hampir 5 tahun yang lalu. Itu memang mindset yang ada pada diri kami sebelum pergi ke sana untuk kali kedua.

Jam 8 pagi hari sabtu, kami sudah bergegas ke sana.

Menarik, segala-galanya berubah. Aku terpaksa menulis di sini kerana tidak adil apabila BTN negatif sering diwar-warkan, namun apabila mereka berubah, tiada liputan yang dibuat. Cuma aku sendiri tidak pasti adakah BTN benar-benar berubah atau hanya modul tersebut digunakan kepada kami. Perubahan yang aku suka ialah tak perlu lagi pakai baju kemeja putih sepanjang kem berlansung






Tiada telefon bimbit yang dirampas buat sementara.
Tiada ceramah politik yang mengutuk ulama' mahupun pembangkang
Tiada tayangan video yang merepek-merepek.
Tiada LDK yang terus menghasut untuk merendahkan kaum lain.

Aku sangat-sangat tertarik dengan modul yang diperkenalkan, 360 darjah berlainan daripada sebelum ini. Malah, siapa-siapa yang mendengarnya mungkin tidak akan percaya. Kami menjalankan satu permainan yang mana di pengakhirannya ialah kami kena memandikan, mengkafankan dan membuat bacaan talqin untuk mayat(orang hidup berlakon). Selepas itu, kami diberikan beberapa bahan mentah dan ayam hidup untuk penyediaan menu makan malam kami. Kumpulan aku dapat paling tragis sekaali. Seekor ayam, beras, garam dan kunyit.

Lepas masak, kami "himpun"kan makanan atas daun pisang dan makan beramai-ramai. Menariknya, kami tidak boleh makan apa yang kami masak dan perlu pergi ke daun pisang orang lain. Bertukar-tukar kumpulan dan akhirnya kumpulan aku dapat menu yang sangat sedap. Ada daging panggang, buah, sayur campur dan bagai. Cuma di belah malam, aku tak berapa suka ceramah dia, sebab bosan dan kami kepenatan.

Esoknya, pelbagai lagi permainan diperkenalkan. Paling menarik hati aku ialah tentang satu permainan yang seolah-olah mengajar kami untuk berdemonstrasi. Hehe. Kami dikehendaki menghantar senarai nama kepada seorang pegawai dalam keadaan duduk. Sepanjang proses nak hantar, akan ada gangguan seperti kena simbah air, kena baling tepung, benteng dipecah oleh fasilitator, kertas dikoyak oleh fasi dan macam-macam lagi. Secara jujurnya, memang dah macam perhimpunan BERSIH plak aku tengok. Apa-apapun, mungkin ramai peserta yang sedar kenapa orang-orang sebegini begitu ketagih untuk ke perhimpunan.

Mereka berkongsi asas perjuangan yang sama.

Apapun, tahniah kepada barisan fasilitator atas idea dan hujung minggu yang sungguh bermakna. Terbaik!!

                         

Sekian dari Syuib0809


No comments:

Post a Comment