Saturday, 29 June 2013

Kembali dan Berhenti Menyayangi

Bismillah

Sudah seminggu habis berpraktikum. Kehidupan aku kembali menjadi biasa-biasa. Tiada orang terdekat yang benar-benar boleh disayangi melainkan keluarga. Pengalaman menjadi guru praktikum mengajar aku banyak perkara. Antara yang paling aku hargai ialah apabila aku kembali boleh menyayangi. Ada orang yang boleh dicintai iaitu anak-anak murid. Berkorban masa, duit, tenaga untuk orang yang disayangi ialah kuasa yang aku kembali rasa. Setelah sekian lama hati kering untuk menyayangi manusia di depan mata.

Aku kembali memikirkan kenapa aku sanggup berhabis masa di sekolah begitu lama hingga menjadikan rumah yang disewa sekadar tempat persinggahan. Berulang-alik ke sekolah sampai 3 kali sehari, mandi, malah sanggup tidur bersama budak-budak tu. Kerap kali juga, sangat sukar untuk menolak permintaan diorang yang hakikatnya masih kanak-kanak. Hati jadi semakin lembut, sedangkan aku adalah orang yang sangat tak mudah nak mengalah bila orang minta sesuatu yang menyusahkan aku. Itu barangkali kuasa cinta, yang sudah ada pada Murabbi Cinta kita iaitu Muhammad bin Abdullah.

Sehabis sahaja praktikum, aku seolah-olah membuat keputusan untuk membujang. Firasat aku, hanya cikgu bujang yang mampu meluangkan masa sebanyak mungkin untuk anak-anak murid mereka. Hanya cikgu bujang punyai duit yang boleh dilimpahkan kepada anak-anak murid mereka. Hanya cikgu bujang punyai masa mendengar luahan anak-anak murid yang sedang merintih, mencari kasih sayang. Barangkali itu kelebihan seorang cikgu yang bujang.

Aku kembali ke maktab dalam keadaan yang sangat-sangat lesu.
Seolah-olah, aku kembali berhenti menyayangi.
Menutup pintu untuk menyayangi, duduk dalam bilik mengurung rindu.
Berhenti mencari orang untuk disayangi, walaupun rakan-rakan masih berada di sekeliling.

Aku tinggalkan sekolah tanpa titisan air mata.
Yang ada hanyalah gelak ketawa.
Menyorok rindu dengan kata-kata dan lawak jenaka.
Kerana Ego ini juga, aku masih tak bertemu sapa-sapa.
Untuk dijadikan teman terbaik di dunia hingga ke Syurga.

Ya Allah, mohon kembalikan perasaan sayang itu.


Wednesday, 26 June 2013

Hujung minggu menarik bersama BTN

Bismillah

Sebaik sahaja habis berpraktikum, kami para pelajar KPLI bergegas ke Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Sepang. Aku sebenarnya dapat makluman ada BTN ni lambat berbanding rakan-rakan yang lain. Memang inilah akibat tidak berFacebook dan jarang lepak rumah. Teruja untuk berjumpa rakan-rakan lama di sana, namun tidak teruja apabila memikirkan BTN yang pernah aku lalui hampir 5 tahun yang lalu. Itu memang mindset yang ada pada diri kami sebelum pergi ke sana untuk kali kedua.

Jam 8 pagi hari sabtu, kami sudah bergegas ke sana.

Menarik, segala-galanya berubah. Aku terpaksa menulis di sini kerana tidak adil apabila BTN negatif sering diwar-warkan, namun apabila mereka berubah, tiada liputan yang dibuat. Cuma aku sendiri tidak pasti adakah BTN benar-benar berubah atau hanya modul tersebut digunakan kepada kami. Perubahan yang aku suka ialah tak perlu lagi pakai baju kemeja putih sepanjang kem berlansung






Tiada telefon bimbit yang dirampas buat sementara.
Tiada ceramah politik yang mengutuk ulama' mahupun pembangkang
Tiada tayangan video yang merepek-merepek.
Tiada LDK yang terus menghasut untuk merendahkan kaum lain.

Aku sangat-sangat tertarik dengan modul yang diperkenalkan, 360 darjah berlainan daripada sebelum ini. Malah, siapa-siapa yang mendengarnya mungkin tidak akan percaya. Kami menjalankan satu permainan yang mana di pengakhirannya ialah kami kena memandikan, mengkafankan dan membuat bacaan talqin untuk mayat(orang hidup berlakon). Selepas itu, kami diberikan beberapa bahan mentah dan ayam hidup untuk penyediaan menu makan malam kami. Kumpulan aku dapat paling tragis sekaali. Seekor ayam, beras, garam dan kunyit.

Lepas masak, kami "himpun"kan makanan atas daun pisang dan makan beramai-ramai. Menariknya, kami tidak boleh makan apa yang kami masak dan perlu pergi ke daun pisang orang lain. Bertukar-tukar kumpulan dan akhirnya kumpulan aku dapat menu yang sangat sedap. Ada daging panggang, buah, sayur campur dan bagai. Cuma di belah malam, aku tak berapa suka ceramah dia, sebab bosan dan kami kepenatan.

Esoknya, pelbagai lagi permainan diperkenalkan. Paling menarik hati aku ialah tentang satu permainan yang seolah-olah mengajar kami untuk berdemonstrasi. Hehe. Kami dikehendaki menghantar senarai nama kepada seorang pegawai dalam keadaan duduk. Sepanjang proses nak hantar, akan ada gangguan seperti kena simbah air, kena baling tepung, benteng dipecah oleh fasilitator, kertas dikoyak oleh fasi dan macam-macam lagi. Secara jujurnya, memang dah macam perhimpunan BERSIH plak aku tengok. Apa-apapun, mungkin ramai peserta yang sedar kenapa orang-orang sebegini begitu ketagih untuk ke perhimpunan.

Mereka berkongsi asas perjuangan yang sama.

Apapun, tahniah kepada barisan fasilitator atas idea dan hujung minggu yang sungguh bermakna. Terbaik!!

                         

Sekian dari Syuib0809


Friday, 7 June 2013

Mengubat Rindu dengan buku

Bismillah

Minggu terakhir sebelum pulang ke nibong tebal, aku berazam habiskan buku yang kedua iaitu  JANGAN BERHENTI BERLARI dari Ustaz Zaharuddin aka UZAR. Aku secara jujurnya merasakan kurang serasi dengan buku-buku beliau. Dah lebih 3 buku beliau aku baca antaranya Politik cara Islam, Ledakan FB dan macam-macam lagi, tapi terasa sungguh berat nak habiskan. Bukan sebab tak best, tapi sebab aku ni memang jenis tak berapa kuat Iman kot. Tapi alhamdulillah, berjaya gak habiskan buku setebal 433 muka surat ni.

Buku ni kalau tengok memang sangat-sangat tebal. Antara penguat untuk aku beli dan baca buku ini ialah untuk mengubati rindu pada "bumi penjajah" yang menjadi tempat aku menimba ilmu. Almaklumlah, sebab UZAR memang tinggal kat Leicester pun. Beberapa coretan beliau memang menyebabkan aku tersengih je ingatkan zaman-zaman universiti yang baru je berlalu. Sebenarnya, banyak benda yang beliau tulis terutamanya zaman belajar beliau dari UM, ke Jordon dan seterusnya ke UK. Nampak macam senang je lalauan dia, tapi hakikatnya beliau juga banyak ujian/halangan/pahit manis sebelum terkenal dan "kaya". Memang waktu kat Leicester, semua pelajar duk dengki tengok kereta UZAR. Aduih.



Sebuah buku Travelog yang aku kira baik, nampak kurang sesuai untuk orang yang lemah nak habiskan buku setebal ini. Turut memuatkan begitu banyak nama Ulama' kontemporari untuk kita kenal dan ceduk ilmu sebanyak mungkin. Di bahagian pertengahan pula banyak menceritakan beberapa keadaan, budaya, pengenalan negara-negara yang ustaz pernah pergi seperti France, Germany, Doha, Qatar, Bahrain, Rep. Czech dan macam-macam lagi. Sekadar untuk membuka mata perbezaan antara kita dan mereka sama ada dari sudut adab mahupun budaya. Ini barangkali part yang paling menarik dalam buku ni.

Oleh kerana aku tertinggal buku ni waktu pergi langkawi, aku luangkan masa untuk baca buku lain iaitu buku "Rich Dad, Poor Dad" yang telah di alih bahasa kepada bahsa melayu. kalau bahasa Inggeris, meamg takde aku nak baca punya. Walaupun baru baca separuh, bagi aku buku ni sangat-sangat menarik. Secara umumnya memang menceritakan mengenai pengurusan kewangan. Antara kata-kata yang aku suka ialah.

Orang makan gaji, makin tinggi gaji, makin banyak belanja.
Orang miskin, kumpul lebih banyak Liabiliti berbanding Aset. Dan mereka kerap menjangkakan Liabiliti sebagai Aset mereka.
Orang miskin/makan gaji mengharap kenaikan gaji, bonus, benefit perkhidmatan, dan kenaikan pangkat.




Aku memang termasuk dalam golongan yang dikatakan. Buku ni mungkin ramai yang tidak bersetuju dengannya, namun masih banyak kebenarannya. Buku ni menyebabkan aku teringin nak beli tanah dan buat rumah di atasnya. Jadi, aku asyik duk terfikir je bentuk rumah supaya rumah tersebut bukan liabiliti untuk diri aku. Mungkin aku akan buat rumah tu kalau banyak duit waktu muda, akibat putus asa dengan jodoh. Aduih.

Cukup setakat itu

Dalam buku UZAR ada cerita pasal belakang rumah dia yang kerap jadi tempat pembuangan najis. Bacalah kalau nak tahu.





Sekain dari Syuib0809