Sunday, 21 April 2013

Syurgakan anak-anak muridmu!!

Bismillah

2 minggu tak update apa2. Bukan sibuk sempena PRU, tapi pasal tiada internet di rumah. Akhirnya, berjumpa tempat baru untuk mendapatkan internet iaitu cyber cafe. Tak boleh nak tulis pasal buku sebab aku baru sahaja menghilangkan buku Fiqh Wasatiyaah yang tidak habis dibaca. Hanya sempat sampai sejarah wang kertas yang sungguh-sungguh menarik hasil tulisan UZAR.

Minggu kedua dan ketiga berpraktikum, semakin banyak yang aku pelajari. Satu per satu mengajar aku betapa mudahnya seorang pelajar berubah hanya kerana seorang guru. Menyamaratakan semua pelajar bahawa mereka perlu mendapatkan sebanyak mungkin A dalam peperiksaan ternyata menghancurkan generasi muda kita. Lebih teruk, bila mereka dilabelkan dengan pelbagai pangkat. Teringat aku lagu aku maafkan kamu dari Jamal Abdillah dan Malique.

Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu




Aku sangat suka masuk ke kelas bukan untuk mengajar menggunakan silibus. Dengan kata lain, aku sangat suka masuk ke kelas relief sebab aku bebas untuk buat apa yang aku ingin terapkan kepada pelajar-pelajar. Tidak terikat dengan silibus, tiada guru observe, dan aku boleh ber'usrah' dengan mereka secara tidak lansung. Dan menarik, mereka menunjukkan minat.

Sepanjang minggu 2 dan 3, aku banyak bercerita tentang carutan orang melayu iaitu BABI. Menceritakan betapa teruknya seekor binatang bernama babi. Kesannya kepada manusia yang memakannya bukan dari sudut kesihatan tetapi dari sudut akhlak dan pemikiran. Membawa kisah syeikh Muhammad Abduh yang ditanya mengenai binatang pengotor ini.

Selain itu, aku juga banyak menceritakan tentang sekular dan couple dalam kelas relief. Kes ZINA yang banyak, suisnya bermula dari couple. Sumbernya bermula dengan kedahagaan kasih sayang. Akhirnya di umur baru 14 tahun, suis itu menampakkan hasilnya pada perut gadis yang tersepit dengan kekeliruan mendapatkan kasih sayang. Cuma persoalannya, adakah guru perlu me"neraka"kan mereka atau membimbing mereka menjadi ahli syurga?

Aku didatangi beberapa orang pelajar selepas masuk kelas mereka untuk menggantikan guru mereka yang tidak dapat hadir ke sekolah. Tetibe pelajar tingkatan 2 tu tanya kat aku "Cikgu.. cikgu, kalau lah ada orang dah buat semua benda jahat yang cikgu cakap tu, hisap gam, minum arak, minum air ketum, hisap gam, Allah boleh maafkan lagi ke?"... Lepas aku jawap diorang sambung lagi " Tapi kan cikgu, kalau dia dah taubat tapi dia buat lagi macamne ye cikgu? " Lepas aku habis jawap, die pun buat pengakuan apa yang dia baru buat hari ni.

Paling menarik, bagaimana beliau menceritakan kenapa mereka buat semua tu hanya kerana seorang cikgu yang me"neraka"kan mereka. Paling menarik di akhir pertemuan tu diorang bagitau " Tapi cikgu, kami tak bolehlah nak taubat(sembahyang) hari ni, sebab kami baru je minum.Kena tunggu 40 hari lagilah" Aku pelik dan meneka.

Hadith sahih (Sahih al Jami’ al Shoghir, no.3344) bermaksud:  
Arak itu ibu segala kekotoran, sesiapa yang minum arak, tidak diterima solatnya 40 hari dan jika ia mati dalam keadaan arak itu masih di dalam perutnya, ia mati dalam keadaan jahiliyyah.

Arghh, bahayanya hadis ini dibacakan pada budak berumur 14 tahun. Ayuh guru, berfikirlah men"syurga"kan anak-anak muridmu!!

Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment