Aku dan rakan-rakan sudah mula beralih ke dunia baru, menjadi seorang guru pelatih. Macam-macam ragam manusia yang telah ditemui. Walaupun sebelum ni semua pernah hidup membujang di UK, mengurus kehidupan sendiri, tapi situasinya ternyata sangat berbeza di Malaysia. Kalau dulu hidup banyak belajar, kali ni banyak pulak berfokus kepada mengajar. Boleh jadi, mengajar lebih penat dari belajar.
RUMAH
Benda pertama yang kami cari sudah tentulah rumah kosong untuk kami sewa dalam tempoh 3 bulan ni. Ada yang nak rumah murah, ada yang nak rumah penuh perabot, dan ada gak yang jenis tak kisah hingga akhirnya kami dicadangkan untuk menyewa sebuah rumah di Bandar Baharu. Dengan sewa rumah RM500 sebulan termasuk bil semua, kami anggarkan itu satu nilai yang berpatutan. Hinggalah bila tiba masa nak masuk rumah, aku dimaklumkan yang penyewa menaikkan bayaran sewa kepada RM600 tak termasuk bil air bagai dan ditambah diorang leh pula renovate rumah diorang time kami nak masuk sewa ni. Pelbagai lagi alasan, kami terpaksa memikirkan satu jalan untuk keluar dari rumah itu.
Keesokan harinya, sehari sebelum mula praktikum, kami beramai-ramai keluar mencari rumah sewa yang baru. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan bila kami turun bertanya jemaah surau yang tengah gotong royong dekat Taman Ilmu, Nibong Tebal. Diorang bagitahu kami ada satu rumah untuk disewa dan terus berhubung dengan tuan rumah tersebut. Tak sampai beberapa jam, segala urusan selesai dengan lancar. Sewa lebih murah, RM350 sebulan, lebih dekat dengan sekolah dan paling kami rasa seronok sebab sangat dekat dengan surau. 5 minit jalan kaki dari rumah dan sangat-sangat aktif surau ni.
PEMERGIAN
Sebaik sahaja habis pindah barang ke rumah baru, aku dikejutkan dengan satu mesej dari bayern. Seorang rakan perempuan sekolah aku meninggal dunia kerana penyakit TB. Seorang yang sangat baik, sepanjang tiga tahun(form 1-form 3) kelas dengan aku, beliau antara ahli kelas perempuan yang aku hormat dan jarang marah. Kali terkahir aku jumpa beliau ialah tahun 2010, sebab aku ada buat program di SEMESTI dan kami juga terserempak dalam rombongan raya ke rumah guru-guru. Lepas tu, aku banyak ikut perkembangan dia dekat blog die comooot.blogspot.com hingga dia berhenti menulis penghujung 2011. Selamat tinggal Mak Jah, semoga dipermudahkan urusan.
Arwah dua dari kanan, berbaju biru
SMK SUNGAI ACHEH
Berlangkahnya ke sekolah asing, memerlukan keberanian yang sangat-sangat tinggi. Pandangan aku terhadap sekolah ni sama dengan sekolah ROS aku dulu kat SMK Sungai Manik. Sebuah lagi sekolah kampung, majoritinya melayu. Walaupun kebanyakannya agak malas belajar, tapi sangat hormat kat cikgu. Memang mereka dari keluarga "kampung" yang kebanyakannya mak ayah bekerja sebagai nelayan, pesawah dan juga pekerja kilang. Tapi suasana sekolah tu sangat sesuai dengan jiwa aku dan tak mustahil aku akan mintak sekolah macam tu untuk posting. Dan lagi satu kelebihan sekolah tu ialah cikgu dia kebanyakannya sangat baik dan bukan jenis berlagak/buli. Dalam meeting memang banyak gelak je.
Cabaran pertama sebagai guru Matematik tingkatan 4 Dimensi, kelas kelima dari tujuh kelas. Memang mereka agak kurang motivasi untuk belajar, tapi diorang sangat menghiburkan dengan kenakalan mereka. Cumanya aku berhadapan dengan dunia baru bilamana dalam kelas tu terdapat 7 murid cina yang 3 daripadanya agak sukar memahami bahasa Melayu. Kurang mendapat sokongan daripada mereka menyebabkan hari pertama aku diisi dengan memikirkan macam mana nak atasi cabaran ni. Bayangkan hubungan melayu cina dalam kelas tu bermasalah dan aku memang tak mampu nak kawal "dua kelompok" manusia tersebut.
Kali kedua masuk kelas tu, pelajar cina sudah mampu menunjukkan minat dan tak tidur sewaktu aku mengajar. Pelajar melayu pula memang banyak mulut tapi masih menyalin apa yang ditulis. Cuma aku berhadapan dengan dua orang pelajar perempuan yang aku tak tahu macamna nak selesaikan kemalasan diorang. Mulut bising, keje tak jalan. Buku tak boleh bawa, henset boleh bawak. Macam-macam ragam kat sekolah tu dan inilah permata bernilai yang boleh aku kutip untuk menjadi Khalifah Allah di muka bumi ni.
.............
Hari ni, aku sepatutnya berada di Trolak untuk program MLC yang dijalankan untuk pelajar KYUEM. Tapi, oleh kerana lokasinya berpindah ke gombak, aku terpaksa membuat keputusan untuk tidak pergi. Kerugian yang memang sangat-sangat besar, tapi aku sendiri tak mampu memikirkan macamne nak pergi dan kemudian pulang kembali ke Pulau Pinang.
Sabaq jela.
Sekian dari Syuib0809
mmg byk sgt pglamn yg dpt kita dpt time praktikum ni..jd hargai semua kesempatan yg kita dpt tuh.
ReplyDeleteslamt berpraktikum & mendidik anak bangsa :)
Encik, saya juga sdg mencari rumah sewa di tmn ilmu. Encik ada maklumat ttg rumah untuk disewa? - yani
ReplyDeleteMaaf, tiada maklumat.
ReplyDeleteSaya cuma boleh cadangkan kamu pergi surau taman ilmu untuk tanya pakcik2 di situ. sebab banyak sebenarnya rumah untuk disewa di situ cuma tak dipromosikan dengan baik. Biasanya ahli2 surau tersebut yg ramai buat rumah sewa pun.