Bismillah..
Aku seolah-olah hilang tujuan untuk update blog ni. Mungkin kerana sebelum ni aku menulis untuk parents aku, jadi keberangkatan mereka ke Baitullah menyebabkan aku kurg bersemangat nak update blog ni. Dah masuk minggu ke dua aku berada di sini, minggu pertama dipenuhi dengan pengisian untuk Freshers University of Leicester. Aku sempat menghadiri Fresher's Fair yang diadakan hari isnin dan selasa lepas. Memang sesak dan penuh kat Bangunan Percy Gee tu.
Perjuangan tahun akhir aku dimulai dengan briefing dari Mathematics Department untuk semua undergraduates yang ambik matematik. Kali ni, House aku dapat no dua dan aku antara yang tidak menyumbang apa-apa markah. Sebelum terlupa, tahun ni agak pelik, sebab semua returning student kena melapor diri dan check Visa dengan University. Memang semakin ketat proses untuk masuk ke United Kingdom tahun ni. Aku sendiri tak pasti mengapa.
Semester kali ni, aku ambik 3 subjek iaitu Introducing of Financial Maths, Generalized Linear Model dan Complex Number. GLM dah mula jumaat lepas manakala Financial mula semalam. Complex number je belum start kelas lagi. Macam biasa, memang aku akan blur awal-awal ni. Masuk lecture,satu bende pun aku tak paham dan tak nak paham. Balik je dari Uni, masih malas nak buat revision. Jadi, proses belajar masih terbantut lagi. Nampak macam susah je semua. Aku suka paradigma macam ni sebab baru aku akan berusaha. Kalau aku rasa senang, maka akan jadi sambil lewa. Pelik?
Tahun ni, banyak gak junior lelaki yang datang. Walaupun semuanya bukan KPM, tapi nampak low profile je semua. Chinese jelah kot yang aku susah nak nyembang. Ahad lepas, baru sahaja habis satu program anjuran LUMS iaitu LDL. Hmm, nak komen panjang-panjang tak elok plak. Tapi aku hanya suka Talk dari abang Mahyuddin yang sangat Gempak dan berisi. Yang lain agak boring sebab banyak pengumuman je. Gambar takde sebab tukang gambaqnye ialah Yau, jadi tak tau nak mintak macamne.
Semester baru sudah bermula!
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment