Hujung minggu yang lepas, rumah aku buat sedikit makan-makan sempena kepulangan Adib junior ke Malaysia. Adib ni junior aku setahun dan ambik Medicine. Hanya setahun di sini, dia akhirnya mengambil keputusan untuk sambung belajar di Malaysia walaupun berjaya masuk ke tahun dua. Aku sendiri masih tak pasti apa sebab die balik, mudah-mudahan kehidupan beliau selepas ini berjalan dengan lancar dan dilimpahi rahmat oleh S.W.T. InsyaAllah..
Pada mulanya, diorang nak buat makan-makan kat luar. Tapi daripada makan kat kedai mahal2, baik buat makan-makan kat rumah je. Jimat dan boleh lepak lama-lama. Paling penting, tak yah nak jalan jauh-jauh ke town tu. Jamuan kami kali ni berbentuk potluck. Menu utama dari rumah aku ialah ayam panggang, Smash Potato, kentang goreng, Coleslow.. Memang barat habisla.. Oleh kerana buat makan tengah hari, kami tak banyak masa nak buat lauk susah-susah. Ditambah plak Idin yang menggunakan dapur agak lama untuk membuat kek die..
Majlis makan bermula selepas zohor sekitar jam 2 petang. Yang tak syoknya, rancangan potluck kami agak kurang menjadi sebab rumah lain tak bawak menu berat-berat. Mungkin sebab diorang ade kelas, jadi tak boleh masak sangat. Oleh yang demikian, kami pun pergi beli Pizza sikit kat Big John. Lepas makan, adib dijemput bagi sedikit ucapan terakhir. Walaupun makanan tengah hari tu tidaklah begitu banyak kelainan(akibat potluck x menjadi), tapi kenyang plak aku makan "Western Food" tu. Sekitar 5 petang, ramai sudah beransur pulang manakala aku masih penat sebab dari pagi tak rehat. Tapi memang seronok makan ramai-ramai ni.
Perkenalan dengan Adib boleh dikatakan agak singkat bagi aku. Malah, diakhir-akhir semester yang lepas, kami agak jarang berjumpe jika dibandingkan dengan bulan oktober tahun lepas. Banyak yang aku masih tak tahu pasal die dan mungkin kami juga dari dua dunia yang berbeza. Mudah-mudahan persahabatan ini kekal InshaAllah. All the best la ye Adib!!
Selamat tinggal dan semoga berjumpe lagi..
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment