Bismillah
Tidak banyak yang mahu aku ceritakan di blog ni. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebaik sahaja kamera baru smpai, akan bertambah cerita kat sini InshaAllah. Dapat je duit elaun, aku terus beli kamera kat ebay. Tgh promosi, jadi rembat jelah. Bukan kamera mahal-mahal. InshaAllah nanti kite buat review sikit pasal kamera tu.
Baru-baru ni aku sempat mengikuti forum mengenai Hudud. Memang mantap ditambah plak ustaz mazlee jadi moderator. Selamat menonton:
Sekian dari syuib0809.
Jumpe lagi
Monday, 31 October 2011
Wednesday, 19 October 2011
Selamat Pulang Adib Jr
Bismillah
Hujung minggu yang lepas, rumah aku buat sedikit makan-makan sempena kepulangan Adib junior ke Malaysia. Adib ni junior aku setahun dan ambik Medicine. Hanya setahun di sini, dia akhirnya mengambil keputusan untuk sambung belajar di Malaysia walaupun berjaya masuk ke tahun dua. Aku sendiri masih tak pasti apa sebab die balik, mudah-mudahan kehidupan beliau selepas ini berjalan dengan lancar dan dilimpahi rahmat oleh S.W.T. InsyaAllah..
Pada mulanya, diorang nak buat makan-makan kat luar. Tapi daripada makan kat kedai mahal2, baik buat makan-makan kat rumah je. Jimat dan boleh lepak lama-lama. Paling penting, tak yah nak jalan jauh-jauh ke town tu. Jamuan kami kali ni berbentuk potluck. Menu utama dari rumah aku ialah ayam panggang, Smash Potato, kentang goreng, Coleslow.. Memang barat habisla.. Oleh kerana buat makan tengah hari, kami tak banyak masa nak buat lauk susah-susah. Ditambah plak Idin yang menggunakan dapur agak lama untuk membuat kek die..
Majlis makan bermula selepas zohor sekitar jam 2 petang. Yang tak syoknya, rancangan potluck kami agak kurang menjadi sebab rumah lain tak bawak menu berat-berat. Mungkin sebab diorang ade kelas, jadi tak boleh masak sangat. Oleh yang demikian, kami pun pergi beli Pizza sikit kat Big John. Lepas makan, adib dijemput bagi sedikit ucapan terakhir. Walaupun makanan tengah hari tu tidaklah begitu banyak kelainan(akibat potluck x menjadi), tapi kenyang plak aku makan "Western Food" tu. Sekitar 5 petang, ramai sudah beransur pulang manakala aku masih penat sebab dari pagi tak rehat. Tapi memang seronok makan ramai-ramai ni.
Perkenalan dengan Adib boleh dikatakan agak singkat bagi aku. Malah, diakhir-akhir semester yang lepas, kami agak jarang berjumpe jika dibandingkan dengan bulan oktober tahun lepas. Banyak yang aku masih tak tahu pasal die dan mungkin kami juga dari dua dunia yang berbeza. Mudah-mudahan persahabatan ini kekal InshaAllah. All the best la ye Adib!!
Selamat tinggal dan semoga berjumpe lagi..
Sekian dari syuib0809
Hujung minggu yang lepas, rumah aku buat sedikit makan-makan sempena kepulangan Adib junior ke Malaysia. Adib ni junior aku setahun dan ambik Medicine. Hanya setahun di sini, dia akhirnya mengambil keputusan untuk sambung belajar di Malaysia walaupun berjaya masuk ke tahun dua. Aku sendiri masih tak pasti apa sebab die balik, mudah-mudahan kehidupan beliau selepas ini berjalan dengan lancar dan dilimpahi rahmat oleh S.W.T. InsyaAllah..
Pada mulanya, diorang nak buat makan-makan kat luar. Tapi daripada makan kat kedai mahal2, baik buat makan-makan kat rumah je. Jimat dan boleh lepak lama-lama. Paling penting, tak yah nak jalan jauh-jauh ke town tu. Jamuan kami kali ni berbentuk potluck. Menu utama dari rumah aku ialah ayam panggang, Smash Potato, kentang goreng, Coleslow.. Memang barat habisla.. Oleh kerana buat makan tengah hari, kami tak banyak masa nak buat lauk susah-susah. Ditambah plak Idin yang menggunakan dapur agak lama untuk membuat kek die..
Majlis makan bermula selepas zohor sekitar jam 2 petang. Yang tak syoknya, rancangan potluck kami agak kurang menjadi sebab rumah lain tak bawak menu berat-berat. Mungkin sebab diorang ade kelas, jadi tak boleh masak sangat. Oleh yang demikian, kami pun pergi beli Pizza sikit kat Big John. Lepas makan, adib dijemput bagi sedikit ucapan terakhir. Walaupun makanan tengah hari tu tidaklah begitu banyak kelainan(akibat potluck x menjadi), tapi kenyang plak aku makan "Western Food" tu. Sekitar 5 petang, ramai sudah beransur pulang manakala aku masih penat sebab dari pagi tak rehat. Tapi memang seronok makan ramai-ramai ni.
Bergambar selepas adib berucap. Dua tetamu dari luar iaitu DhiyaulHaq(adik aisa) dan juga saudara Siva(sebelah adib). Rumah Zizan tak dapat datang sebab ada hal.
Flight adib untuk pulang ke Malaysia sebenarnya pada 16 Oktober sekitar jam 10 malam. Jadi, kami buat ni memang betul-betul sehari sebelum die balik. Keesokan harinya, kami hantar adib ke Bus Station menaiki kereta Izwan. Oleh kerana Flight adib malam, jadi pukul 2.15 petang macam tu die dah kena bertolak dari Leicester. Manakala ahli-ahli rumah adib ni dah bertolak awal pagi menuju ke London sebab waktu tu tiket lagi murah. Sebelum naik bus, Ferd, Bob dan Zizan sempat datang mengucapkan selamat tinggal kat adib. Lepas adib bertolak, kami pun naik kereta dan nampak Idin datang sorang2 berjalan kaki. Aduih...Perkenalan dengan Adib boleh dikatakan agak singkat bagi aku. Malah, diakhir-akhir semester yang lepas, kami agak jarang berjumpe jika dibandingkan dengan bulan oktober tahun lepas. Banyak yang aku masih tak tahu pasal die dan mungkin kami juga dari dua dunia yang berbeza. Mudah-mudahan persahabatan ini kekal InshaAllah. All the best la ye Adib!!
Selamat tinggal dan semoga berjumpe lagi..
Sekian dari syuib0809
Sunday, 16 October 2011
GLM, Complex, Acturial
Bismillah..
Macam biasa, biler kamera dah rosak, memang malas sungguh nak berjalan-jalan dan update blog. Minggu lepas, bermulanya minggu yang dipenuhi dengan kelas. Kelas palin ditakuti tentulah kelas complex analysis. Tapi biler masuk, best plak lecturer die. Dan itulah satu-satunya kelas yang aku rasa aku belajar Mathematics semula. Kelas lain, aku tak rasa aku belajar matematik. Dah 2 tahun, akhirnya terasa perbezaan subjek Matematics dan subjek statistics. Oh ye, ni Lecturer complex analysis aku, Prof Dimitrina Stavrova.

Aku rasa ni gambar die masa muda. Orang Bulgaria. Gaya selamba, sekali aku baca die punye biodata, memang gempaks sungguh dan tak sangka dah tua betul
Minggu lepas gak, tetibe aku decide untuk tukar modul. Dengar2 khabar Acturial lagi senang dari Financial, jadi terasa nak tukaq. Mula-mula tak berani sebab takde kawan, rupe-rupenye banyak orang melayu yang tukar dan ambik subjek acturial. Selepas kami di BrainWash oleh Ain dan rakan-rakan, kami pun tukar semuanya ke modul tersebut. Minggu lepas, pergi problem class dan hari ni baru masuk lecturer pertama. Lepas klas, aku pergi library tengok balik topik pertama Acturial tu. 10 muka surat pertama yang aku baca hari ni, memang Menarik!!
Gambar di atas ni adalah gambar Lecturer GLM(Generealized Linear Model) aku. Tak tau kenapa. aku agak kesian tengok beliau. Mungkin sebab lecturer baru kot. Selalu tanya soalan, tapi selalu takde respon dari para pelajar. Lepas terangkan sesuatu mesti akan cakap "Are you happy?".. Sekarang ni masa lapang aku sangat banyak. Bayangkan esok satu hari takde kelas. Cuba nak menghabiskan baca Riyadhus Salihin ni, tapi macam tak bersemangat je gayanya. Aduih..
Masa lapang akan membunuh pemuda.
Mari membaca!!

Tuesday, 11 October 2011
Semester kelima University of Leicester
Bismillah..
Aku seolah-olah hilang tujuan untuk update blog ni. Mungkin kerana sebelum ni aku menulis untuk parents aku, jadi keberangkatan mereka ke Baitullah menyebabkan aku kurg bersemangat nak update blog ni. Dah masuk minggu ke dua aku berada di sini, minggu pertama dipenuhi dengan pengisian untuk Freshers University of Leicester. Aku sempat menghadiri Fresher's Fair yang diadakan hari isnin dan selasa lepas. Memang sesak dan penuh kat Bangunan Percy Gee tu.
Perjuangan tahun akhir aku dimulai dengan briefing dari Mathematics Department untuk semua undergraduates yang ambik matematik. Kali ni, House aku dapat no dua dan aku antara yang tidak menyumbang apa-apa markah. Sebelum terlupa, tahun ni agak pelik, sebab semua returning student kena melapor diri dan check Visa dengan University. Memang semakin ketat proses untuk masuk ke United Kingdom tahun ni. Aku sendiri tak pasti mengapa.
Semester kali ni, aku ambik 3 subjek iaitu Introducing of Financial Maths, Generalized Linear Model dan Complex Number. GLM dah mula jumaat lepas manakala Financial mula semalam. Complex number je belum start kelas lagi. Macam biasa, memang aku akan blur awal-awal ni. Masuk lecture,satu bende pun aku tak paham dan tak nak paham. Balik je dari Uni, masih malas nak buat revision. Jadi, proses belajar masih terbantut lagi. Nampak macam susah je semua. Aku suka paradigma macam ni sebab baru aku akan berusaha. Kalau aku rasa senang, maka akan jadi sambil lewa. Pelik?
Tahun ni, banyak gak junior lelaki yang datang. Walaupun semuanya bukan KPM, tapi nampak low profile je semua. Chinese jelah kot yang aku susah nak nyembang. Ahad lepas, baru sahaja habis satu program anjuran LUMS iaitu LDL. Hmm, nak komen panjang-panjang tak elok plak. Tapi aku hanya suka Talk dari abang Mahyuddin yang sangat Gempak dan berisi. Yang lain agak boring sebab banyak pengumuman je. Gambar takde sebab tukang gambaqnye ialah Yau, jadi tak tau nak mintak macamne.
Semester baru sudah bermula!

Tuesday, 4 October 2011
Video: Mahathir dalam HardTalk BBC
Bismillah..
Teringin aku nak berkongsi satu video. Video ni kami serumah tonton semalam di youtube. Terkejut dan bangga bila melihat seorang bekas perdana menteri, Tun Mahathir yang diwawancara oleh BBC dalam rancangan HardTalk. Tidak hairanlah beliau seorang yang digeruni oleh orang barat malah suara serta pandangan beliau diambil perhatian oleh masyarakat barat. Sungguh susah nak dapat dah perdana menteri sebegini.
Selamat menonton!!
Terima kasih Ya Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)