Tuesday, 5 August 2025

Nukilan : BATU

Lama tulis benda ni waktu si sufi kahwin. Lupa nak letak dalam ni.

BATU

Selalu kau rasa

Rantai di leher kan undang cemburu

Atau pun sofa berkait baldu

Sedangkan bunyi bising si batu

Kan jadi bukti engkaulah ratu

Raja fakir pun pasti tahu

Itulah cinta idaman kalbu


Kesian kau batu

Diganti firasat cermin berkaca

Ditekan jemari menunjuk bahagia

Sedangkan terbukti bencana sandiwara

Tersimpan engkau tak guna jua

Sampai tua tak ubat kecewa


Batu diketuk bukan menunjuk

Menghibur hati yang sedang duduk

Jangan kau dengar orang mengutuk

Kononnya kuli kuali dan senduk

Khurafat berkias raja kan tunduk

Hingga ke makam kasihnya terpupuk


Batu ini

Penanda bahagia rumah tangga.

Waktu suka kau kena ketuk

Saat merajuk apatah lagi

Banyak rumah tangga retak

Kerana bermalasan mengetuknya

Hanya jiran yang jadi saksi

Indah bunyi lesung berseni


Batu sayangnya

Kau tak boleh berkata

Semua dah kau lihat

Walau kau tak bermata

Hidupkanlah rumah tangga mereka

Mudah-mudahan

Bisingmu menjadi doa dan zikir

Hingga ke akhirnya


Batu hitam telanjang bulat

Rajin kau ketuk kan jadi ubat

Mengunci mulut si mata lalat

Menghalau penyondol hati berkulat

Aku tahu kau orang baik

Batu kau tumbuk pun pasti mengaku

Doakan sahaja yang baik-baik

Semoga setia ke anak cucu



Selitkan juga beberapa gambar freefood 2-3 minggu ni:










Last sekali gambar sambut birthday adik bongsu 

Monday, 4 August 2025

AL KISAH KEBERANAKAN 2.0

Alkisah keberanakan 2.0


Alhamdulillah, 12 Julai yang lalu Isteri selamat melahirkan anak perempuan kami yang kedua pada jam 7.45 malam. Dan kini sedang berpantang di Gua Musang Kelantan.


Banyak kisahnya. 


Aku dah mula hantar isteri dan iman ke kelantan 2 minggu sebelum tarikh due(9 Julai). Sebab kalau ikut pengalaman sebelum ni, baby keluar awal seminggu dari tarikh yang dijadualkan. Tapi seminggu kemudian tak juga keluar. Tiba2 diri pulak yang diuji sakit.


Neneknya mai 3 hari lepas bersalin

Lama kena tinggal. Terus jadi ustazah

Klinik ummah. 4 klinik kita p penang+gm

Ambik darah




Belakang leher ada ketulan membengkak bewarna merah. Semakin hari semakin rasa radangnya. Tidur pun tak lena. Oleh kerana dah ada kat gua musang, kita pun pergilah hospital dia. Sebab dah pergi hospital kepala batas, dua klinik swasta semua tak berani nak rawat. Di hospital GM ni, macam2 prosedur kena lalu. 5 jam gak la.



Pecah


Esoknya bengkak ni pecah. Keluar nanah banyak. Sempat rawat sehari je di GM, n then balik ke penang semula. Di penang, seminggu picit tak habis2 nanah. Selang seminggu kembali semula ke kelantan sebab isteri masuk wad hari jumaat(11hb julai).


Pengalaman 2 tahun lepas menyebabkan aku ambik hotel berhampiran dengan hospital. Dan berhampiran tu memang jalan kaki je ke hospital. Bini panggil teruih sampai. Kalau tak, melangut la kita kat luar hospital menunggu sebab tak larat balik homestay. Tak banyak benda yang berlaku pada hari jumaat. Petang jumaat sembang dgn bini kat wad, malam hantar kfc sebab bini teringin.


Besoknya, berpagian mencari sarapan

 Dan tengah hari bini dah kena induce. Sepanjang proses induce tak boleh nak melawat pun. Pukul 4.30 bini call kata doktor dah bagi masuk teman. Kitanya p kat pakguard, pakguard x bagi plak. Balik kejap solat dalam pukul 6 lebih masuk wad teman isteri yang tengah menahan kesakitan.


Pukul 7petang bermulalah proses meneran. Aku takde pengalaman. So nurse comey2 ajar macam mana nak kira dan push. Kira-punya kira, baby keluar masuk balik, keluar masuk balik. Akhirnya selepas 40 minit doktor mintak izin vacuum baby. Yang tak bestnya suami kena keluar. Dalam pukul 8 doktor pun keluar bagitahu baby dah selamat keluar. Cuma masih tak boleh masuk sebab nak pantau baby.


Aku pun p solat maghrib dulu.. waktu solat baru teringat lupa nak tanya jantina baby. Haha. So bila ahli keluarga datang semua tertanya2 baby boy ke girl.


Alhamdulillah dalam pukul 8.30 dapat masuk dan iqamahkan. Babynya bulat dengan berat 3.8kg. Esoknya dah boleh keluar ward. 


Hari ke tujuh teruih buah cukur jambul.





Sekian..



Monday, 2 June 2025

Reunion Sufi

Bismillah

Semalam perkahwinan si sufi G15 bersama pasangannya orang Terengganu. Oleh kerana ramai alumni yang hadir, maka kita simpan gambarnya di sini untuk memudahkan rujukan pada masa akan datang.


Oleh kerana bini kerja, maka kami ke sana selepas zuhur.

Bersama G18. Memang laki 3 orang ni semua kenduri diorang mai. Baguih

G tua iaitu G15. Lawaknya tiga2 bini mengandung









Ingatkan batch pengantin sorang pun tak mai. Rupa-rupanya pukul 4 petang baru semua sampai. Nasib baik sempat berselisih. Batch ni lawa2, tapi garang. Muaz tersesat mana ntah sebab mai lambat

Di kesempatan yang ada juga, nak selit gambar wida anc 2024/2025. Sebab agak lawa diorg punya hiasan. Dan dah lama x buat jamuan konsep buffet macam dulu2





Baru ni gak aku p matriks perlis wakil kmpp untuk team volley. Kami kalah dua games, memang dua games sebab lambat aktif/panas. Tiba2 dinobatkan juara. Aku xde dalam gambar sebab balik awal nak sambung marking





Jumpa kawan lama si ferd (firdaus hamid)



Kena letak gambar2 ni supaya senang nak cari kelak.


Sekian dari Syuib0809


Thursday, 1 May 2025

Sekilas Sesi 2025/2026

Bismillah

Setelah 10 tahun mengajar, buat oertama kalinya dipaksa mengajar SES(Sistem Empat Sem) atau nama lamanya PDT(Program Dua Tahun). Mulanya lemah semangat sebab risau perangai diorang ntah apa-apa. Almaklumlah, sejarah keputusan SPM diorang agak rendah


Tapi lepas mengajar, rasa seronok plak. Ramai sahaja rupanya yang rajin dan semangat nak belajar. Dan ramai yang beradab dan punya akhlak yang bagus. Maka mungkin keputusan SPM diorang sebelum ni disebabkan kematangan yang lambat sampai, mungkin disebabkan tenaga pengajar yg kurang fokus dan aku terperasan jugak ramai yang dari broken family.

Tapi yang bestnya semua melayu Islam. Sebagai orang yang suka menyelitkan tazkirah dalam pembelajaran, maka ia menambah selesa untuk disampaikan. So, dikesempatan yang ada kita selitkan gambar supaya senang nak ingat batch ni. 





Aisyah wardina, amirah husna, farah, aku, syahirah, alfinura
Wana, alya batrisyia,aqulah, anis, haifa, izzni, nia, nurin wardina, najwatul alya, humairah
Adib, airiel, acap, akmal, nazmi, tuan naqiuddin


Mina, nuraisya, afrina, hananie, masyi, aina(blkg masyi), syaza, wafa, nafisah, norish, azmeera, aisyah, humairah(duduk)

Lelaki: alif, eus, haziq, afif, aidil, akmal, nabil
Duduk: irfhan, alif iskandar, irfan alwi


Blkg: ain insyirah, nureen, iklil, putri, anis atiqah, azzahra, farisya, izzuddin, megat, aidid
Depan: amirah izzati, syazmeen, syasya, damia, fina, ain zulaikha, hannan, anis farhana.


Cukuplah untuk ingatan akan datang. Malas nak tulis perangai setiap kelas macam mana.

Sekian dari Syuib0809


Friday, 21 February 2025

Kembara Mencari Ubat Rindu : Tempat Sujud

 Kembara Mencari Ubat Rindu : Tempat Sujud


Pagi isnin, pukul 7.30 dah keluar dari apartment untuk try makanan breakfast di pekan Leicester. Dah hujung-hujung baru nak p try. Jarak hanya 6 minit berjalan kaki dari tempat tinggal kami.




Nama kedai ni tegtart. Memang orang Islam punya, so halal. Masuk2 pun dah dengar bacaan Quran. Pekerjanya ada orang Turki dan orang pakistan. So kami cuba French Toast, Panini n English breakfast. Agak kena dengan tekak melayu. Lepak lama di sana sebab pagi-pagi takde orang. Dan kami pun tak bercadang nak ke mana sangat.





Lepas makan, naik kereta pergi perkampungan Islam di Leicester. Yang terkenal ialah Evington Road dan Highfield. Dulu zaman bujang selalu berbasikal di sini cari masjid. Masalahnya semua dalam kereta tak excited lansung. Bila nampak taman yang besar iaitu Spinney Hill Park barulah masing2 sibuk nak bergambar. Penuh tupai kat sini.










Dari Highfield, kami singgah sebentar di De Monfort Hall, dewan tempat aku konvo dulu. Tepinya ada victoria Park. So sekali lagi tangkap gambar. Kemudian kami balik bilik. Jam 11 pagi keluar semula untuk mencari souvenir sebab ini adalah hari terakhir kami di Leicester. Lokasi utama, Primark.








Waktu tunggu isteri shopping, tiba-tiba aku moody. Bukan moody tunggu bini sangat, moody kerana aku rasa masih belum jumpa Ubat rindu yang aku cari. Apatah lagi di hari-hari akhir ni. Maka, berjalan kaki ke bilik semula sambil tidurkan Iman. Bila ahli keluarga yang lain dah sampai bilik, aku ambil peluang berjalan seorang diri di Pekan Leicester. Jauh aku pusing seorang diri, mencari hati.




Cadang nak makan di McIndian, tapi menunya dah lain. Tiada nasi beriyani chicken grill 12 tahun lalu. Maka, aku try kedai lain peri-peri chicken. Masam giler. Dalam perjalanan pulang, terjumpa kedai makanan cina halal ala2 chopstix. Yang lawaknya, tukang masak n jual ialah orang india muslim. Beli untuk bekalan ahli keluarga yang masih belum makan. Masing-masing tengah tido, aku plak rasa puas boleh jalan sorang2 macam dulu.


Lepas maghrib, kami ke morrison untuk cari coklat2 sebagai "hadiah" pulang ke Malaysia. Aku pula masih rasa gelisah mahu meninggalkan Leicester, ada yang aku rindu, tapi aku tak jumpa. Akhirnya, aku bagitahu pada adik aku


"Fahmi, nanti hantar angah pergi Masjid angah selalu sembahyang dulu. Dekat Narborough Road"


Aku sampai di masjid e abu bakr satu jam sebelum isyak berjemaah. Suruh fahmi tinggalkan. Ambik wuduk, solat sunat, baca quran, imbau seribu kenangan yang aku pernah ada di sini. Mencari wajah pakcik2 yang dulunya selalu menyapa. Sayangnya, sorang pun tiada. Satu jam iktikaf mencari ubat rindu. Benar, inilah rupanya yang aku rindu. Tak sempat singgah kerana jauh dari penginapan kami







Sebelum balik, mintak fahmi belikan Doner Master. Di malaysia susah nak jumpa Doner. Lain rasanya dengan kebab daging. Sampai di pekan Leicester, ternampak bombay bite. Bagitau fahmi, ni antara kedai sedap jugak dulu. So dia pun singgah beli bungkus. Memang dlm kedai pasang zikir je.


Malam ni malam terakhir kami di sini. Esok akan bergerak ke oxford






Bersambung....