Sunday, 10 January 2010

Paris, Belgium n Scotland : Scotland

BismillAh

Dari Belgium, kami seterusnye melangkah ke glasgow, SCOTland dgn menaiki kapal terbang Ryan Air. Sebelum tu kami ditimpa masalh di bahagian Imegresen kerana tiade cop masuk dlm passport kami. Dgn kate len, sepanjang berade di eropah, kami adelah pendatg haram.. Skali lg, cuace buruk menyebabkan penerbangan kami tergendala seketika selama 1 jam setengah..

Pengambilan gambar di depan kapal terbg adelah dilarang sam sekali.

Di lapangan terbang glasgow, mcm2 kejadian berlaku. Nak cite pn pjg sgt. Jd x yah cite la kan. Apepun, kami nak kretapi free dari airport ke city centre. Nak cite pn pjg jugak. Jd malaslah cite..
Di city centre kami dijemput oleh brother Rahman utk menuju ke kawasan PMS iaitu di Lock Lomand. Perghh, lawa tempatnye. Bekas Castle..



Mlm tu adelah pendaftaran dan byk betul jumpe kawan baru. Kawan lama apetah lagi. Jumpe gak budak dorm aq 3 tahun kt semesti iaitu Baith Shaidan. Alhamdulillah.

Bersama Baceh(ketua kelas aq)
Budak2 belakang tu sebuk main salji.

Bg aq pengisian para penceramah sgt2 mengagumkan. Ceramah diorg memg menyentuh jiwa. Sgt berlainan dgn Malaysia. Kalo kt malaysia skit2 pasal fiqah, tafsir, lawak2 skit dan kutuk2 skit. Tp penceramah2 ni terangkan bende2 yg basic supaya kite tau sape diri kite yg sebenar, tggungjawap kite dan peranan generasi muda ari ini.

Ustaz zawawi

Dr T

Yg ni aq x ingat nama. Tp die bg pn best

Hmm, seronok gak la kem ni. Semua lelaki, no girls. bagus. Perhimpunan Musim Sejuk berakhir setelah 3 ari kami bermalam di Lock Lomand. Salji yg lebat menyebabkan kami semua jd batak sikit. Tp memg best.. aq bertolak ke city centre semula dan bermalam di sana sebelum pulg ke Leicester. Tidur di rumah hadi, kawan Izwan.

Rombongan Leicester

Yg bestnye PMS ni, semua muscom batch aq yg ade kt UK dtg sini. Memg rindu gile nak kumpul same2 balik.. Huhu

Syumul, Syuib, Syucon, Syutask, S/u, Syurah, Syurel, Treasurer

Lepas ni, cerite plak jalan2 di Edinburgh...
Salam.

Mu'az Tatkala kewafatan Insan Agung

Salam

Jom dengar kisah sahabat yg bernama Mu'az bin Jabal

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”


Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.


Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.


Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:


“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (Az-Zumar: 30).


Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144)


Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”


Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”


Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”


Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.


Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.


Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.


Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”


Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”


Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”


Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”


Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”


Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.


Inilah kisah Mu'az yg begitu sayang kepada Nabi Muhammad S.A.W


Semoge bermanfaaat..


Friday, 8 January 2010

Paris, Belgium n Scotland : Belgium

Salam.
Akhir2 ni agak bz rasenye. Dgn kehadiran mursyid(keele) n Aiman(lancaster) menyebabkan susah gak nak update blog ni. Apepun best ntul bile diorg datang.

Jom cite belgium sikit. Malam selepas kami bertolak dari Paris, kami terus mencari alamat hotel yg diberikan. Oleh kerana Train kami lewat 2 jam, jd kami sampai lambat malam tu. Apepun, best dpt duk first class pnye tempat.

Mlm tu rupe2nye kami dpt alamt yg salah. Jd pening gak. Apepun, lawa gak apartment yg kami duduk tu. Tuannye org Islam. Ayub namenye. Lepas rehat jap, kami makan kt Sultans Of KEBAP. Name dah gempaq, tp biase je. Di belgium ni x byk kedai ade tande halal, jd kalo nak tau adela taktiknye..



Esok paginye, kami menaiki bas utk berjalan2 di Brussel. Ade bebrapa tempt yg menarik utk dikunjungi. Nak lawat semua x larat. Jom tengok beberapa gambar terbaik di Brussel :







Antare tempat yg paling aq nak pergi adelah MINIEUROPE. Tempt die dekat dgn atomium. Minieurope ni lebih kurg mcm Taman Tamadun Islam dimana kt sini kite leh tngok replika menarik dr eropah. Apepun salji menyebabkan tempt ni jd x best. X percaye? jom tngok gambar!





Atomium



Ni lah ferry yg kami naik dari Uk ke France. Jumpe gak replika..


Lepas habis jln2, mlm tu kami g makan2 skit. Pengalaman kt kedai makan ni menunjukkan betapa pentingnye bahasa utk komunikasi. Ade salah faham skit, tp alhamdulillah selesai dgn Baik. Petua senyumlah selalu..


Mix Shish kebab

Lepas tu g jalan2..

Grand Palais



Sebenarnye, terlampau byk nak cerite, tp mase x mengizinkan..
Lepas ni kite terus ke scotland ye. Dan aq punye kamera rosak time kt Paris. tu yg sedih tu.

Selamat Tinggal Brussel!!

Monday, 4 January 2010

Skema Jawapan

Ari ni aq wat soklan matematik APplied Math. Saje je wat latihan sebab nak exam dah. Lepas balik dari town akibat 3 ari berhibernasi di umah, maka aq cube la jd budak yg rajin.

Ade soklan Integration yg agak best. Aq ambik dari web universiti. Lecturer aq yg sediakan dalam nota die. Antare care2 utk study math selepas habis skolah menengah ialah dgn melihat jawapan yg telah sedia ade. Jika tidak, anda akan jd syok sendiri dgn kepandaian anda.

Dgn bakat math yg ade, maka aq pn cube la selesaikan satu soklan math ni. Setelah terkandas pada soklan2 sebelum ni, maka aq berharap aq dapat selesaikan soklan terakhir ni.
Setelah sekian lama wat soklan ni, maka aq sgt2 la hampir dgn penghujungnye. Namun begitu, sekali lagi kebodohan diri menyelubungi pemikiran aq.

Aq terkandas...
Maka aq pn cube la tengok skema jawapan yg disediakan oleh lecturer aq yg baik..

X sangka jawapan dia sama dengan aq:


Sama la jawapan kita

Sunday, 3 January 2010

Pelik betul bayi2 sekarang

Salam. Terjumpe video ni dari sebuah blog. best gak video ni. Moge bergune bg sape2 yg tgh bersedih..







Pelik btuk bayi2 sekarg ni.

Saturday, 2 January 2010

Erti Hidup Pada Memberi

Tak tau la kenape nak post bende len.
Kite tinggalkan paris jap. Kebelakangan ni aq merancang satu program utk sekolah lame aq. Satu program yg menghimpunkan para pelajar SEMESTI yg kini berada di luar negara. Niatnye x len tak bukan sekadar utk memberi sedikit dorongan dan perkongsian pengalaman yg mungkin tak seberapa dari kami kpd para pelajar. Moge2 diorg beroleh sesuatu yg bermanfaat.

Tatkala aq nak wat paperwork, tetibe aq blur dekat bhgian objektif. Tak tau la kenape aq beriye sgt nak wat program ni. Walopun ade juga sebahagian rakan2 yg memandg enteng program ni, tp aq masih berkeras utk meneruskan program ni. Time aq tgh pening2 pikir pasal objektif, tetibe teringat kembali program2 kami sebelum ni.

Pengalaman pertame kali menjadi moderator dan fasilitator adelah sesuatu yg sgt2 bermakna aq rase. Program pertame kami di pantai dalam, Kuala Lumpur memberikan seribu kenangan yg sgt hebat aq kire. Program ini bertujuan memberikan motivasi kepada anak2 org miskin yg berada di situ. Program yg dihadiri hampir 360 org itu memberikan satu perasaan yg sgt istimewa. Tak tau la kenape, tp lepas habis program semua fasi senyum je dan aq sendiri sampai sekrg masih terkengkan program ni.
Mgkin inilah nikmat setelah kita faham ape ertinye hidup dgn memberi..

Program pertame


Seronok jd moderator ni. hehe

Bersame rakan2 fasi yg mantap!!!

Setelah program ni berlalu hampir 1 tahun, aq merasekan satu kekosongan utk tidak berbuat ape2 kpd masyarakat. Maka, aq dan rakan2 merangka gerak kerja utk menubuhkan 1 program yg dinamekan Rakan Intelek Muscom(RIM). Walopun pernah mendapat halangan dan tentangan yg hebat, kami sehabis baik cube merealisasikan program ini. Dan sekali lagi kami pergi ke sekolah kebangsaan lembah beringin utk berkongsi ape yg mampu kami berikan sehabis baik. Sekali lg, satu perasaan yg pelik timbul tatkala program ini tamat.. MasyaAllah.




Gambar kenangan

Kadang2 aq berpendapat ramai org yg memandg rendah usaha kami kerana mereka masih belum menerima perasaan tatkala menjadi seorg pemberi. Perasaan ni memg x dpt nak dijelaskan kerana ia bukan sekadar suka atau puas, malah byk lg yg sukar utk dilafazkan oleh bahase manusia.

Program terakhir kami kembali ke pantai dalam. Waktu ni aq baru habis exam final. Dan kali ini para fasilitator merupakan junior2 aq di kolej. Tak tau la kenape program ni kurg memberi pengertian kpd aq. Mgkin kerana kerenah birokrasi ataupun mgkin sebab byk fasilitator x phm ape yg cube kami bawakan. Ade sebahagian yg menganggap ianye sekadar program suke2 dan sekadar utk seronok2. Maka mereka sendiri tidak akan dpt ape2.

Aq memg suke jd moderator supaye aq boleh sampaikan ape objektif aq

Brother Aben. Perkongsian dari luar negare..

Pihak penganjur sudah mule meminta bayaran utk program ni. Padahal kami wat utk percume. Ingat sewaktu program pertame, tiade lansung bayaran yg dikenakan. Tidak kirelah org miskin atau anak yatim, semuanye dtg tanpa perlu membayar ape2. Org kampung bergotong-royong memasak dan meraikan kedatgn kami. Tapi program ketiga ni menjemput org besar2 dtg utk merasmikan program ni. Menyampah gile, dah la dtg lambat n bg ucapan merepek2. Bile aq tanye budak2 dh sarapan ke belum. Diorg jawap belum. Waktu ni memg aq naik angin sungguh. Ade ke patut pasal tunggu Dato' tu sanggup diorg tak bg budk2 ni breakfast dulu. Waktu ni aq merasakan program ni tidak lagi disandarkan atas nama Allah, tetapi sekadar populariti.

Ingatlah, kite tidak akan dpt ape2 jikalau sebegini.
Perjuangan bersama2 rakan di kolej utk membuat program2 sebegini sgt memberi makna kpd kami. Segala program yg kami wat x pernah meminta ape2 bayaran bahkan byk duit yg kami habiskan utk perkare2 sebegini. Belum dikira masa yg telah dihabiskan utk memastikan kelancaran program ni. Sampai sekrg aq pikir, dari mane dtgnye kekuatan ni?

Adekah kerana gembire melihat wajah2 yg senyum seperti ini?

Ataupun kerana berjaya membuatkan org menangis?


Kerana mereka?

Atau sebab makcik2 ni?

Alangkah manisnye jika kite memahami pengertian hidup pada memberi..
Selamat berjuang!!