Wednesday, 20 May 2026

Kembara Turki : Bursa

Bismillah

Hari Isnin, kami bersiap2 untuk checkout AirBnB. Rileks2 sahaja. Pergi semula ke Sabiha Gokcen Airport untuk urusan sewa kereta. Cuma sepanjang perjalanan entah kenapa pening lain mcm. Mungkin kesan sakit perut makan Iskendar kebab.

Dari airport, perjalanan mengambil masa 1 jam 30 min untuk ke Bursa. Sampai2, benda pertama kami cari ialah kedai Makan Indonesia. Perut dah tak tahan makanan Turki, maka terpaksa cuci dulu bagi tenang. Sedap makanannya. Memang semua ambik nasi.

Oleh kerana malas nak masuk airBnB lagi, kami naik dulu ke atas (uludag) untuk tengok betul ke ada salji. Sebab bawah sebutir salji pun xde2. Perjalanan naik dlm 45 min. Lepas naik tgkap gambar sikit kami turun semula utk check in.



Oleh kerana penat, malam tu kami rehat je. Mak pulak demam. Malam makan domino



Hari ke-2.

Awal2 pagi dah ajak isteri keluar jalan2. Kami masuk kedai roti dan beli macam2 jenis makanan. Ada yg sedap ada yv kureng. Berjalan2 sikit kemudian bersiap2 ke Uludag main snow. Oleh kerana kawasan pelancongan, kena caj rm60 untuk parking. Dlm perjalanan, singgah kedai utk beli kelengkapan.

Kami main slide je kat atas. Lepak2. Dan direzekikan snow turun. Tapi kejap je. Dalam sejam setengah dah stop sebab sejuk sangat. 




Petangnya kami ke Cumalikizik village, sebuah perkampungan unik di Bursa. Rasa macam xde apa sangat, tapi best jugak. Kemudian berpusing2 di pekan bursa mencari makanan. Tapi tersangatlah ramai orang sebab buat persiapan nak ramadan. Kami akhirnya jumpa kedai makanan arab bernasi.


Malamnya, berbelah bagi mencari Tarian Sufi di kawasan Bursa ni. Sebab madrasahnya sangat tersorok dan payah nak parking. Nasib baik fahmi jenis berani, so daoat jugak parking. Menarik.


Hari ke - 3

Oleh kerana banyak makanan dr malam tadi, maka kami tak keluar bersarapan. Lepak check out terus ke koza han untuk shopping. Ingatkan kejap je, sekali ounyalah lama. Dia ada bazaar mewah, ada bazar murah bawah tanah dan ada pasar tani. Banyak duit habis kat sini. Sangat wajib untuk datang.






Cuma perut aku sakit lagi, entah mcm mana belilah tembikai untuk pulihkan.. pelik org tengok.

Esoknya balik dn mula berpuasa. Seksa.

Menu berbuka kt airport qatar. Rm200 lebih gak.



Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment