Friday, 31 July 2020

Dua Minggu Sebelum AidilAdha

Bismillah

Hari ni sekali lagi beraya seorang diri di Pulau Pinang. Walaupun cuti seminggu, tapi macam-macam benda kena urus sebab pendaftaran pelajar baru minggu depan. So balik sebentar ke teluk intan dari sabtu ke selasa. Kemudian balik semula ke kepala batas. Balik2, mengurus dan belajar cara-cara pakai LED screen yang akan diletakkan di surau. Huhu.

Dari petang sampai malam belahar nak setup dan update bende ni. Megat siap mai rumah, sekali dia pun lupa.

Harap lajnah pub proaktif.

Pagi raya, solat di surau taman sahaja. Menu pagi raya, rendang dengan nasi putih. Nak beli lemang, tapi rasa badan mcm tak mampu nak habiskan pulut satu batang. So makan rendang dgn nasi yang kedua-duanya adalah menu berbuka puasa semalam.

Budak2 dan perempuan tak boleh datang. So nampak lapang je.


Catatan dua minggu lepas...

Ajaib hati. Dari mula tak mahu pergi. Sampai pujukan, bergerak juga kaki. Niat sebentar jadi lama.. 11.30 malam sampai semula ke rumah.

Melihat tujuh anak dara dgn hati yg berat dan penuh kasihan. Berat bebanan, jumlah sedikit, maka tiada pilihan melainkan jadi kuat. Walau dah sampai rumah, hati duk risau tentang mereka.

Berpagian mahu bertemu kembali. Belum naik mentari, meluncur ke sana lagi. Dihiburkan tiga anak dara tua dgn senyuman dan minuman yg manis. Akal meminta utk lekas kembali ke ofis. Tapi hati menepis segalanya. 12.30 tgh hari akhirnya kalah juga.

Best sembang dengan akak ni. Rasa macam ada geng. Nak sembang kena menjerit. Haha.

Aku berharap, 7 anak dara itu kekal dalam ingatan sebagai saksi dan bukti kekuatan. Akan aku ulang cerita mereka pd generasi akan datang. Biar semua percaya, 7 anak dara ini tak mungkin bercerai hatinya sampai bila2.

"Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Maka Dia membangkitkan kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya."

Rib'i ibn Amir.

Sempit bukan makna miskin. Bukan makna takde masalah. Tapi dada engkau tidak "sesak" dgn apa yg dinilai manusia. Engkau "lapang" dgn rezeki dari Allah yg tidak engkau sempitkan dengan makna "duit". Engkau punya masalah, tetapi engkau yakin ada Allah dlm penyelesaiannya.

Tidak lihatkah engkau betapa sesaknya anak muda dengan media sosial mereka? Atau mungkin runsingnya rakan sebilik akan baju/tudung yg sudah bertimbun? Atau "gilanya" mereka kerana risau akan hati pasangan yg belum halal bg mereka?

Keluarkanlah mereka dr kesempitan itu. Biar mereka tenang merasa lapangnya hati dan amal yg bsambung tujuannya hingga ke syurga.

Beri pengisian membetulkan kompas.

Malam itu juga, seronok menyaksikan masing2 sudah terlibat dengan perniagaan kecil2an. Usaha yang sangat baik. Apatah lagi dari mereka yang bukan lahir dari keluarga berada dan terkesan dengan PKP. Hipster2 produknya.

Cuma aku sudah banyak menyaksi manusia. Dan aku melihat ia "perangkap" yang sukar untuk dilepasi. Ada sahaja yang terjerat, apatah lagi yang terlibat dengan dakwah dan tarbiyah. Kerana kerja tarbiyah nak dapat outcome lama, sedangkan berniaga sekecil mana pun untung, kelihatan juga duitnya.

Dan ketika inilah, akal mula memilih. Memilih untuk promosikan produk atau ilmu. Memilih memikirkan strategi bisnes atau strategi perkaderan. Memilih untuk habiskan masa mencetak generasi, atau melayan pelanggan.

Penghujungnya, bila bersama engkau bersemangat, pulang ke rumah engkau acuh tak acuh. Itu bahayanya. Aku risau kau salah faham. Aku suka kau berniaga.

Bodyguard besar2. Haha. Diorang ni lah penyebab aku tak pernah rasa sempit dan sesak untuk mendirikan rumah tangga. Ye, ini pun bahaya.


Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment