Bismillah.
Cuti Tahun baru cina ini sepatutnya hanya diluangkan di pulau pinang sahaja. Tiada rancangan mahu pulang ke Teluk Intan. Ketika sedang berehlah di kedah, ternampak post sopek berbaju melayu di Facebook. Terkejut, rupa-rupanya sopek akad nikah di Baling Kedah.
"
Ala sopek... Bila masa plak kau kahwin ni..."
Lepas phone hilang dan rosak beberapa bulan lalu, aku hilang contact dengan rakan-rakan dari semesti. Perkahwinan Sopek adalah perkahwinan yang paling aku nak datang sekali. Tapi oleh kerana tak dijemput, maka aku memendam sahaja keinginan tersebut. Isnin pagi, tiba-tiba dapat invitation di FB. Istimewanya sopek ni, dia adalah satu-satunya friend semesti dari lima orang friends aku kat FB. Haha. Dan menariknya lagi, perkahwinan dia di Manjung ialah pada hari selasa, keesokan harinya.
Tanpa fikir panjang, aku terus pecut balik ke Teluk Intan.
Itu dia pengantin.
Bersama ibu tercinta. aku rasa ni gambar terbaik yang aku tangkap. Nilai dia jadi tinggi bila sopek dah ada anak nnt.
Mengenali Sopek, aku meyakini majlis kahwin dia akan jadi pelik. Dan oleh kerana dia kawan baik, maka aku berhajat untuk menjadi cameraman seperti waktu Bayern kahwin dulu. Nak tangkap moment2 yang dia takkan buat kalau tak dipaksa. So, sebagai kawan, bolehlah paksa sikit-sikit aksi kiut-miut diorang. Hehe
Sopek yang bukan sopek
Bukan senang nak paksa diorang ni..
Rasanya, satu batch 19 tunggu sopek ni kahwin. Dan aku meyakini akan ramai yang hadir perkahwinan "abang long" batch ni. Memang ramai yang datang, tetapi lelaki jelah. Sopek dengan perempuan memang pelik sikit. Lebih kurang aku lah gak. So, memang normal takde perempuan batch datang melainkan yang kahwin dengan budak laki satu batch. So, adalah si Lisa, ummi dan yenna.
Samseng Alim..
Walaupun bakat dan minat menulis aku semakin berkurang, aku cuba menulis kisah bersiri untuk sopek ni. Dia kawan satu dorm selama 3 tahun. Dan kami punya perwatakan yang sangat berbeza.
Aku budak bajet baik, ikut apa yang masyarakat mahu, tak reti mencarut dan tak reti langgar peraturan. Memang takde masalah dengan cikgu mahupun senior. Tetapi kalau dalam drama, aku bukanlah watak yang disukai dan jauh sekali dari menjadi hero. Budak baik yang membosankan.
Sopek pulak, nakalnya lain macam. Dengan cikgu, warden dan senior memang dikenali sangat-sangat. Mencarut, kuat buat benda merapu, tak boleh duduk diam, minat bola, gusti dan acah-acah samseng. Badan dia yang besar juga mencuri perhatian. Tapi dalam drama, penonton akan menyokongnya sebagai watak HERO sebab dia banyak sisi baik yang disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Kerana itu, pengaruh dia dalam batch sangat-sangat besar. Malah, cikgu-cikgu juga dipenghujungnya lebih sayang pada dia berbanding orang lain.
Waktu form 1 dan form 2, kami tak rapat lansung. Walaupun kelas bersebelahan, kelas aku ambik muzik manakala kelas dia seni. Pernah dua kelas ni bergabung itupun sebab ambik arab. Menarik si sopek ni, dia pandai bahasa arab. Dan dia sangat pandai melukis. Personaliti kami berbeza, aku banyak terlibat dengan muzik, masuk koir, nasyid, kompang, caklempong, kelab muzik dan kebudayaan. Dia pulak banyak melukis dan bersembunyi dengan bidang "agama"nya.
Ketika di tingkatan 3, sistem penempatan asrama diubahsuai agar semua pelajar duduk mengikut rumah sukan. Dan dalam satu dorm mesti ada semua tingkatan. Dan selaku rumah merah(Omega) aku ditempatkan bersama sopek dan baith. Dan aku sangatlah awkward dan tak rapat dengan diorang. Apatah lagi waktu tu, aku banyak habiskan masa main bola tampar berbanding diorang yang main rugbi dan bola. Dan budak nerd bercampur dengan budak samseng... Arghh..
Tak pernah sangka gambar lama ni akan jadi gambar paling bermakna sepanjang di sekolah
Bersambung...
sekian dari Syuib0809