Wednesday, 28 November 2018

Sabar dan Matang

Bismillah.



Pagi tadi, terjumpa kembali hadiths ini. Ketika zaman-zaman ditarbiyah dahulu, hadiths ini sentiasa dalam ingatan. Memotivasikan diri. Namun kini, entah macam mana senang benar lupa. Malah sudah lama benar tidak dikongsikan dengan manusia-manusia tentang hadiths ini.

Dalam keletihan petang tadi, hadiths ini mengingatkan aku akan zaman-zaman ANC ketika susah dahulu. Zaman aku dipanggil pihak atasan. Difitnah oleh pensyarah-pensyarah kaki surau. Hinggakan aku dan ustaz ghani tidak bertegur sapa, malah ustaz sendiri memalingkan muka kerana fitnah yang sampai kepadanya tentang aku. Dahsyat, hanya sabar yang membantu ketika itu. Walaupun kena seteruk itu, tetap aku memaksa ANC proceed dengan program-program adhoc mereka.

Zaman-zaman itu juga, ANC tidak punya satu pun aset melainkan talam2 yang digunakan untuk berbuka puasa. Tiada dana. Dan jika ada pun, disekat oleh bendahari pusat islam ketika itu. Nak beli satu microphone pun perlu kutip duit sesama ahli ANC. Buat program, senyap-senyap jangan sampai HEP tahu. Sampaikan satu hari mic surau rosak, anc juga yang dipersalahkan kerana kononnya menggunakan microphone untuk program tanpa kebenaran. Dan kemuncaknya sudah tentulah apabila kelab dakwah ini ditekan kiri dan kanan supaya dibubarkan. Nik dan rakan-rakannya mengambil keputusan untuk sabar, dan menjalinkan hubungan yang baik dengan orang-orang yang menentang itu.

Rindu plak zaman2 susah dulu. Walaupun barang sikit, semua berusaha untuk buat sehabis baik

Alat muzik daif sungguh. Haha. Lepas tu baru aku mula beli sikit2.


Jujur, MEMORI juga menerima tempias yang sama. Apabila kolej mempunyai dana yang sangat terhad, MEMORI terpaksa bergantung kepada dana pusat islam sahaja. Malah, tiada siapa yang mahu memperjuangkan dana untuk memori ini agar berjalan seperti biasa. Lebih menyedihkan, seorang ahli pusat islam mencadangkan supaya tiada lagi MEMORI, dan menyekat dana dari terus disalurkan kepada AJK memori. Kerana itu, bermula era baru MEMORI yang dirancang oleh Afiq, Amani dan rakan-rakannya. Dimana MEMORI ini sangat-sangat berbeza bentuknya berbanding ketika kolej punya peruntukan besar. Besar pahala batch tersebut, apabila pattern MEMORI yang dimulakan oleh mereka itu, diguna pakai hingga ke hari ini.



MEMORI MATANG.

Pemerhatian aku, memori sudah sampai pada tempoh matang. Walaupun zaman aku dan En. Mahfuz punya perbezaan yang ketara, aku kira segala benda sudah dipermudahkan. Dana untuk memori tahun ini, timbalan pengarah kolej sendiri yang memperjuangkannnya. Malah, ustaz ghani sendiri mengambil inisiatif menjemput artis dan menguruskannya. Anak-anak ini, sudah punya "bentuk" yang mereka boleh ikuti  berdasarkan contoh-contoh yang pernah dilakukan oleh super senior mereka sebelum ini. Malah, kehadiran trio aini, intan dan akmal sudah tersangat cukup untuk membimbing mereka.

Begitu juga dengan dana yang ditinggalkan kepada mereka. Tiada apa lagi yang mereka perlu risaukan. Aset yang ANC mula kumpulkan sejak tiga tahun dahulu, menyebabkan mereka sudah tidak perlu menghabiskan wang yang banyak lagi. Malah aku sendiri, sedang "menjual" barang-barang, agar semua yang mereka perlukan itu, menjadi milik/aset mereka selama-lamanya. Cukuplah aku sebagai penjaganya sahaja.

Penanda kematangan memori juga, tiada AJK baru yang boleh aku rintiskan seperti tahun-tahun sebelum ini. Ketika zaman amani, aku kumpulkan budak2 Irsyad diketuai oleh Azreen untuk menguruskan permainan ekspo. Zaman Nik, aku ada team Maktab Mahmud. Sesi lepas, aku tubuhkan team Dj bersama dengan junior2 semesti. Untuk memori tahun ini, semua tugas sudah terisi dengan baik. Dan seronok bila tengok semua EKIP(nama baru bagi AjK) punya sesi pertemuan khas dengan En Shaiful dan Ustaz Ghani. Tahniah.

BOSAN.

Kerisauan aku kepada anak-anak yang bersemangat ini ialah sejauh mana mereka mampu bertahan dengan kerja-kerja Islam ini. Memasuki umur 30 an, aku menyaksikan begitu ramai rakan-rakan hebat yang meninggalkan kerja-kerja sebegini kerana "kematangan" yang menjadi cerminan kepada kebosanan. Malah, ada yang sinis akan kerja-kerja tarbiyah dan usrah ini, kononnya untuk budak-budak baru nak up sahaja. Mereka yang sudah bekerjaya, bekeluarga dan punya jawatan penting tidak lagi mahu terlibat, kerana jemaah sudah menjadi "permainan" semata-mata apabila dibandingkan dengan dunia.

Dahsyat, ramai dah jadi orang besar2


Anak-anak muda yang baru ini, akan mula menyedari betapa bosannya kerja tarbiyah dan dakwah ini apabila mereka merasa diri semakin "matang" satu hari nanti. Ia proses berulang-ulang yang hanya Nabi, Rasul dan orang-orang yang diizinkan oleh Allah sahaja yang mampu bertahan. Manakala yang mula mencintai dunia kelak, akan bergelak ketawa dengan kata-kata yang mereka perjuangkan hari ini. Usrah, tarbiyah, jemaah, siyasah, haraki, ukhwah, segala-galanya bersifat sementara, buat mereka yang mudah bosan dengan akhirat, dan begitu ketagih dengan cinta yang dipaparkan untuk dunia.

Kamu semua akan melalui fasa itu. Maka, istiqamahlah.
Mudah-mudahan pena itu menulis, yang kamu akan tetap bersama.



Sekian dari Syuib0809


Friday, 23 November 2018

Bulan

Bismillah.

Bulan ini ialah bulan kelahiran Rasulullah. Sebaik sahaja ANC masuk, maka mereka bertungkus-lumus merancangnya kembali. Cuma tak disangka kolej juga beriya mahu mengadakannya secara official. Maka, tahun ini punya dua kali sambutan maulidur rasul. Satu diperingkat pelajar(anc) satu lagi di peringkat kolej(pusat islam). Sejujurnya aku tak larat nak menulis. So gambar jelah.

Abang farah hayati

Backdrop guna truss


Raptai

Hari betul. Abaikan adam yang seksi


Beberapa minggu lalu, si izna tiba-tiba berkongsi hasil nukilannya. Baik bahasanya, cuma belum banyak seninya. Lalu aku pun mengubahnya sedikit.



Selesai mengubah, aku menyedari lama rupanya tak berkarya. Maka aku cuba menyambung hasil si izna kembali. Tapi entah mengapa memang takde idea. Sebab itu kena selalu menulis/mengarang, agar otak yang masih muda itu tidak terus membeku.

Entah macam mana pagi tadi, dalam perjalanan solat subuh di majlis pongsu seribu, terlihat bulan purnama yang tersangatlah cantik. Dan akibatnya, sementara menunggu surah sajadah dan surah insan itu habis, otak mengarang tanpa memikirkan dosa khusyuk. Astaghfirullah. Balik, terus menaip sementara menunggu pejabat bukak.

Bulan.

Jarang penaku menulis kembali
Hati yang pilu merintis jemari
Kerana rindu kawan yang ini
Ingin bersua kau lain benua
Fitnah padamu kau lupa semua
Sedang ku tau kau masih sama
Merindu kami tiada beza

Kawan
Lihatkah bulan pagi ini
Cantik sinar kerana qomar
Tidak kecil laksana hilal
Sayu purnama seiring merindu
Mengharap mentari muncul kembali

Kawan
Ke mana sahaja engkau pergi
Bulan kau pandang bulan yang ini
Terbayang indahnya engkau bersama
Banyak cerita nak aku bisikkan
Walau ku tahu kau juga sendiri
Ketawa dan sedih seorang diri

Kawan
Ketika engkau duduk bersama
Jarang benar kulihat purnama
Kerana engkau lebih menawan
Saat tawamu mengundang syaitan
Malaikat hadir memberi teguran
Agar engkau mengungkap kasih
Sedang aku mengucap sayang

Purnama dan hilal bersilih ganti
Kelak nanti berganti Masihi
Bila cita mengganti cinta
Semua yang ingat kau akan lupa
Aku tahu kau bukan sengaja
Kerana diriku juga serupa

kawanku 
Kita terpisah bukan berpisah
Semua yang sama tak akan sama
Kenangan dulu kan pergi dahulu
Mendodoi diri yang kerap sendiri
Hanya Rahman menabur rahmat
Biarpun kamu tak mungkin kutemu
Wajah hati kan terus di sisi

Maafkan aku kawan yang ini
Bulan ini akan terus merindumu.


Malas sungguh nak edit. Biasanya 2-3 minggu edit baru release. Ni bubuh jelah.

Sekian dari Syuib0809

Sunday, 11 November 2018

Budak Baik

Bismillah.

Tahun 2008, adalah tahun pertama aku memiliki akaun media sosial. Walaupun friendster dan yahoo messenger pernah mendahului pada tahun2 sebelum itu, aku masih belum punya minat untuk terlibat dengan mereka. Ketika di kolej persediaan, aku yang membesar di sekolah sekular, tiba-tiba sahaja dilantik menjadi AJK MUSCOM. Oleh kerana kami perlu berhubung dengan alumni yang sedang belajar diluar negara, maka semua ahli badan dakwah itu diwajibkan untuk memiliki akaun emel masing-masing.

Dilantik menjadi naqib, yang peliknya aku selalu conduct usrah senior. Tak tau, diorang suka datang kumpulan usrah aku sebab aku lawak. haha. Songkok itu adalah penanda aku tak warak dan jauh dari gelaran "orang-orang agama". Jujur, memang dulu ada mindset songkok vs kopiah.


Doa Budkbek.

Aku yang tidak punya apa-apa pengalaman, memilih sahaja perkataan budkbek** untuk didaftarkan sebagai alamat emel pertama tersebut. Dengan harapan kecil, agar ia menjadi doa bagi orang yang menyebut. Manakala untuk nama pemilik, aku menulis nama shaidan ismail sebab takut sangat maklumat peribadi terbongkar. Dan sehingga sekarang aku masih belum menukarnya. Nama itu ialah nama ayah baceh, yang tiba-tiba sahaja muncul ideanya dalam akal fikiran. Haha.

Zaman menerima tajaan itu, kami hanya menerima elaun wang saku sekitar RM70 sebulan. Walaupun jumlahnya sedikit, aku sangat jarang mengusiknya sebab makanan di kolej kaya itu sudah tersangat mewah. Sebaik sahaja dilantik menjadi Muscom dengan portfolio Syu'bah Ibadah(Syuib), barulah aku mula menggunakannya. Saat semua orang berebut-rebut menulis nama mahu menaiki bas ke MidValley, aku cukup selesa ke pekan kecil Tg Malim sahaja. Kelakarnya umur belasan tahun itu, aku membawa kembali ke kolej sudu garpu, pinggan mangkuk, senduk yang semuanya dimuatkan dalam tong air plastik yang baru dibeli tadi.

Gambar favourite. Waktu ni semua syu'bah(lajnah) aku langgar. Haha. Pening HighCom(MT) nak handle kebuasan aku. 


Dan tabiat lama itu sukar hilang. Aku menyedarinya apabila Qasdina tiba-tiba bertanya soalan pelik:

"Cikgu, apa benda yang cikgu nak dalam hidup ni, tak kesahlah benda tu cikgu dah ada atau belum, tapi cikgu nak sangat benda tu. Dan benda tu mestilah boleh dimilik"

"Anak.."... 

"Anak bukan benda cikgu..."

Malam tu jenuh aku fikir. aku tersedar aku masih punya tabiat lama. Setiap kali aku teringin nak beli barang, mesti aku akan fikir boleh tak ANC gunakan benda itu jugak. Kalau aku je yang teringin, aku akan hold dulu. Kerana itu sebaik sahaja melengkapkan perkakas rumah ketika beroleh gaji pertama, aku terus beli dapur masak warna hijau untuk ANC, bersambung dgn projector skrin, speaker, pa sistem, alat memanah, backdrop, lighting dsb. Malah lepas tengok wishlist dalam shopee sendiri, ia dipenuhi dengan pickup gitar, cymbal stand, keyboard dan nail gun yang menjadi keperluan untuk MEMORI bulan depan. Untuk diri sendiri, memang kedekut gila. Cuma sebelum cuti, aku sempat beli kasut hitam sebab nak pi kursus. Kasut lama, dah teruk sgt asyik bergeser waktu merempit. Haha.

Budak Baik.

Kursus yang aku hadiri minggu lepas, kami dipecahkan kepada kumpulan2 kecil. Ditakdirkan Allah, aku sorang je lelaki dalam kumpulan tersebut. Yang lain semuanya mak-mak orang. Maka, selaku mangsa, soalan mendirikan rumah tangga itu sudah pasti menjadi topik hangat dalam bilik berhawa dingin itu. Sabar je la.

Kak Mis yang hampir hampir sebaya dengan mak, kemudiannya mencadangkan seorang gadis dari meja kumpulan sebelah. Kak Mis kata gadis tersebut budak baik. Baik sangat. Menariknya budak baik tersebut, aku pernah menyapanya dalam kursus yang hampir sama satu tahun yang lalu. Entah kenapa, tetiba tegur sebab ingatkan junior. Familiar gila. Cuma tak sempat tanya nama. Kali ini, alang-alang kak mis dah kacau, aku pun tanya nama budak baik ni kat kak mis. MasyaAllah.

Bersama mak-mak orang

Rupa-rupanya dia rakan sekerja dalam dakwah ketika di UK dulu. Banyak sungguh "mesyuarat" atas talian bersama-sama ketika di Universiti dulu. Cuma apabila bertemu di program, muslimin muslimat  memang tak bertegur sapa sebab jaga ikhtilat. Malah yang lebih lucu, kami tidak memanggil nama sebenar atas sebab kerahsiaan yang tinggi. Oleh kerana aku menggunakan emel kedua dengan ID "smbhyg", maka semua rakan-rakan dakwah itu memanggil aku "akhi smbhyg". Alahai, rindu plak zaman ditarbiyah itu.. Akhi ukhti gitu.


"Dia  tu orang mana kak mis?"

"Orang terengganu. Nak tak? Baik sangat budaknya.."

Siot, terengganu lagi. Cancel. Haha.

Dahsyat ketika ini. Kami hanya berjumpa 4-5 kali sahaja setahun. tapi hubungan kerana "usrah" itu sangat dahsyat. Ni langgar pantang larang, ambik gambar waktu program.

First time aku bubuh gambar ni. Sudah tidak ada apa yang mahu dirahsiakan. Yang pernah berkasih sayang pun boleh jadi bermusuhan. Aku menghidu kelemahan itu dari dulu. Kesian kat daus. InshaAllah tak akan ulang dah untuk anak-anak buah sendiri.

Impian budkbek.

Semua alumni-alumni Muscom dan rakan-rakan dakwah itu, apabila pulang dari UK dan bekerjaya, kerap memikirkan bagaimana mahu menyumbang kembali pada ummah. Kerana itu, Daus dan rakan-rakannya turun kembali ke kolej dengan "label" iluvislam. Sebaik sahaja Iluvislam menghadapai masalah, hazman hadi n the geng pula menubuhkan INTELEK yang terus subur hingga hari ni. Malah junior aku si Amir, membawa turun pasukan Global UNITY nya ke kolej dengan misi pemahaman dan perbandingan agama. Aku dulu, punya cita-cita menubuhkan RIM. Tahun pertama perancangan, aku bersama rakan2 dari US dan Mesir merancang bentuk NGO tersebut dn matlamatnya. Namun jarak kami yang terlampau asing, dan komitmen masing2 yang lebih besar pada jemaah masing2, ia akhirnya terkubur. Kerana itu, aku bermimpi kembali.

Aku berdoa, engkau ketawa. Tak salah bermimpi, jangan sinis. Tidak pelikkah engkau dengan isi dunia. Yang biasa binasa, yang gila ke syurga.

Selamat hari lahir budkbek.
Mudah-mudahan Allah membaikkanmu.



Sekian dari Syuib0809.