Baju.
Alkisahnya tahun lepas, aku dapat hadiah sehelai baju kurta dari student ketika bulan puasa. Siapa yang pernah baca pasal kisah raya aku tahun lepas, pasti terperasan aku meng"gaya"kan baju kurta tersebut. Butangnya besar dan pelik. Akibatnya, selepas hanya dua kali memakainya, salah satu butangnya patah ketika dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Oleh kerana butangnya jenis kekal, maka aku tidak punya banyak pilihan melainkan berusaha mencantumkan kembali bahagian yang patah itu. Macam-macam cara cuba, akhirnya aku bawak balik ke kampung untuk mintak mak betulkan. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan menggantikan bulan sampailah tahun yang berubah, masih tiada siapa yang mampu dan berminat mahu menyelesaikan masalah butang kecil itu. Akhirnya sewaktu balik cuti raya aidilfitri baru ni, adik aku sumbat baju tu kembali dalam beg aku sebab memang dah tak tahu nak buat apa.
Baju yang cantik itu, hanya aku yang tahu nilainya. Ia punya kunci akan seribu cerita yang bakal berlalu. Kerana itu, aku potong terus semua butangnya, supaya aku dapat menggayakannya kembali. Entah macam mana, aku terpakai baju ni untuk pi solat beberapa hari ini dan terus menyarungnya untuk sambutan raya kolej yang lebih dikenali dengan majlis silang budaya.
H6P01. Mentee sesi ni. Aku sendiri request. Harap2 dapat jumpa pelapis dr SMS Kepala batas. Kekurangan baju ni ialah dia nampak lebar dan menggemukkan.
Ramai yang hadir, cuma yang sugguh aku nantikan ialah anak-anak buah aku yang pernah digelar "budak-budak izuan". Dan Alhamdulillah, ramai yang berkunjung.
Anak2 bujang yang turut hadir. Yang paling hensem, si abu dah balik. Memang gaya artis skrg ni. Maka tinggallah yg hitam2 ni. Si afiq beriya kata nak mai, sekali xde. Bersama "murabbi" bilang diorg
Dalam banyak-banyak yang hadir itu, aku rasa sorang pun x perasan baju ni hadiah "mereka". Maka aku berpendapat, yang betul-betul memilih dan menghadiahkan itu se"orang" sahaja. Cuma orang itu tidak mahu hadir sedangkan punya rumah sekangkang kera sahaja. Kerek, memang itu sifat semulajadinya.. Haha.
Diorang ni menjadi asbab kenapa aku fobia dan tak berapa berminat pun nak kahwin. Hahaha. Mohon tafsir dengan sangkaan baik. Si nad ni contoh2 manusia yg depan2 lawa, dalam gambar jadi pelik.
Baju ni pelik dia punya lebar. Sebab tu seluar aku nampak tak sesuai rationya dgn baju. Abaikan muka kak ana korg. Dia punya mood swing memang paling miracle kat dunia ni
Mereka-mereka yang hadir ini, semuanya aku ajak berkampung untuk kem anc yang akan berlansung dua minggu lagi. Entah kegilaan apa, aku lebih mengharapkan kehadiran fasilitator berbanding kehadiran peserta. Maka besar harapan agar pemberi baju ini dapat hadir sekali. Nah, lirik lagu untuk kamu. Ciaciacia.
Walau hanya sebentar saja
Dapat aku melihat senyummu
Cukup membuat hatiku
Rasa bahagia...
Catatan hari ini juga, program booksale anc berlansung untuk tahun ketiga. Kali ni, banyak sungguh ex-senior yang turut serta. Dan aku hanya sempat masak rendang untuk mereka jamu sebelum tengah hari. Bilangan yang ramai itu seperti tidak punya kenangan jika dibiarkan melepak begitu sahaja. Maka, aku ajak semua berjalan ke tempat kem yang bakal menjadi perkampungan anc untuk dua hari. Dekat 5-6 kereta duk pi tempat tu siap berkelah bagai. Entah apa yang seronok, tapi memang seronok. Tengok kereta yang banyak, rasa macam buat open haouse. Dan tak sangka dapat jumpa akak hitam manis, si azza. Ayat pertama bila aku jumpa dia..
"Kamu buat pembedahan plastik ke" hahaha
Anak-anak dara ni muka semua dah makin lain.. Matang barangkali. InshaAllah ustazah izna orang seterusnya. Tak dapat bergambar dgn dia n fatin jazmina.
Itu sahaja.
Sekian dari Syuib0809.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete