Sunday, 27 May 2018

Bunga Merah Putih

Bismillah

Sedih dan kecewa
Datang bukan untuk menyakiti
Jauh sekali dengan niat mengubati
Sekadar ingatan empunya diri
Agar terpujuk sekeping hati

Cantik benar dunia ini
Kerana ada engkau dan aku
Sebelum kenal menjadi asing
Sebaik senyum menjadi saing
Cuma asingnya terlalu lama
Sedang saingnya sedetik sahaja



Tiba kuntuman si merah putih
Seakan faham dan mengerti
Akan pertemuan yang sampai juga akhirnya
Lalu hidupnya menjadi kenangan
Walau hanya untuk seketika
Kerana gembira resam sementara
Sedang duka sangat panjang masanya

 

Wahai bunga si merah putih
Setiap musim aku menantimu
Walau biasa di mata manusia
Engkau di hatiku tersangat istimewa
Penanda neraca penutup cerita
Picisan hikayat pembuka bicara


Duhai bunga
Mekarlah untuk sehari lagi
Sungguh, aku belum puas melihatmu
Gugur engkau mengguris hati
Kerana bibir belum habis tersenyum
Merai sahabat yang kerap menyukakan
Membuang dunia yang sering melukakan


Merah putih yang mekar sehari
Esok hari jatuh ke tanah
Tidak terkutip dan tidak diendah
Sebaik manapun hatiku dan hatimu
Masih belum berpahala untuk memungutnya
Mirip kenangan yang aku lakarkan
Esok hilang tiada siapa peduli




Janji rahsia kita berdua
Mentafsir lupa umpama dosa
Sedang engkau akan tiada
Hanya bicara yang kekal ada
Itupun bukan pada suara
Cukup tulisan di hujung kaca




Bunga itu pergi jua
Walau puas aku memujuknya
Mahu menahan tiada rasa
Kerana yang mula,
Sudah sampai hujungnya
Siapa aku, kau akan lupa
Hanya teringat buat seketika
Pabila kaca menyampai cerita
Akan tanah yang disiram bunga
Berbatu putih tertulis nama

Selamat tinggal sang bunga
Seketika, dan selama-lamanya


Sekian dari Syuib0809

2 comments:

  1. Cikgu nmpk hensem dan segak sebenarnya. Tp knape cikgu slalu kata fobia nk kahwin dan ayat2 cikgu dlm blog ni slalu seolah olah mcm cikgu alergik dgn perempuan? Ade je yg minat kt cikgu. Mcm2 org tu usaha, tp cikgu x ‘nmpk’ effort die. Die bg cikgu hadiah, tp cikgu anggap benda tu perkara biase, tp x bg die cikgu. Bg die, cikgu seorang lelaki yg lain drpd yg lain die prnh kenal. One more thing, sbb cikgu ni kelakar dan matang. Die ikhlas...

    ReplyDelete