Selalu Bersama.
ALC kali ini, menerima kunjungan daripada super senior yang sudahpun meninggalkan kolej dan hidup sebagai mahasiswa. Memujuk hati mereka yang sudahpun terlalu lembut, pengorbanan mereka sesuatu yang sungguh menggembirakan. Putus hubungan dengan batch Widad, aku beranggapan perlu ada sesuatu untuk dipertanggungjawapkan kepada batch bawah mereka agar ada sisa2 hubungan yang berbaki untuk dihubungkan kembali.
Barisan fasilitator yang memilih diri mereka sendiri ini, hadir dengan lagu tema buat adik-adik. "Selalu Bersama" yang menjadi retorik semata-mata, hubungan mereka ini tidak mungkin kekal sama selama-lamanya. Cuma besar harapan aku, agar ukhwah yang pernah mereka ikat ketika di kolej dulu mampu bertahan untuk tempoh tiga tahun selepas mereka berpisah. Adapun tahun-tahun mendatang, mereka sudah pasti tidak mampu menyayangi rakan-rakan seperjuangan dan guru yang sekadar hadir dalam hidup mereka tidak sampai satu tahun. Dan aku juga perlu berbesar hati untuk menerima bahawa kami tidak mungkin selalu bersama.
Lagu ini, aku bekalkan sebagai "soundtrack" buat mengiringi nukilan kecil kali ini. Entah sesuai atau tidak, hanya hati suci yang mampu menghayati dan memahami.
Pondok Hutan
Sepi di pondok hutan
Tiangnya kayu lantainya papan
Tiangnya kayu lantainya papan
Usia muda wajahnya tua
Firasat nujum kerana berduka
Aneh wajahnya selalu ketawa
Entah kah benar penglipurlar
Atau sekadar jadian biasa
Firasat nujum kerana berduka
Aneh wajahnya selalu ketawa
Entah kah benar penglipurlar
Atau sekadar jadian biasa
Rindu yang bukan mainan
Kerap meneman si pondok hutan
Malam dan siang mengukur senja
Sedangkan bukan tiada manusia
Sekadar menagih cerita setia
Untuk bertemu di pondok tua
Kalian yang dulunya bertatih
Semakin fasih menjadi pelatih
Tahi di muka angkara lalat
Kecil besarnya sentiasa aku ingat
Pencuri masa pencipta dusta
Agar janji bertemu kota
Agar rindu mengubat jiwa
Agar hati sudi bernyawa
Tutur bahasa yang kalian hiaskan
Aku balas dengan seribu kiasan
Kerana janji kininya menjadi pemanis bibir
Kelak pasti bersulam dalih
Saat si pondok tua di usung rindu
Dimakan anai dalil yang palsu
Semua janji menjadi dongeng
Dan Indahnya khabar berubah menjadi angin
Saat yang bahagia itu
Datangnya pasti sekejap sahaja
Senyuman kekal benarnya di syurga
Tangisan darah ancaman buat ahli neraka
Sketsa Jenaka yang aku tontonkan di pondok tua
Hanyalah dzikiran buat seketika
Agar aku tahu aku sangat menyanyangi
Dan kamu sedar kamu pernah disayangi
Datangnya pasti sekejap sahaja
Senyuman kekal benarnya di syurga
Tangisan darah ancaman buat ahli neraka
Sketsa Jenaka yang aku tontonkan di pondok tua
Hanyalah dzikiran buat seketika
Agar aku tahu aku sangat menyanyangi
Dan kamu sedar kamu pernah disayangi
Wusta yang sudah jelas berselisih
Menjadi penutup di pondok kecil
Saat anak muda menjadi imamku
Air mata tertumpah bersama titisan wuduk
Entah sedih apa aku dihadapan Tuhan
Barangkali kerana terlalu suka
Atau berharap duka itu dusta
Sedang pertemuan sudah sampai di penghujungnya
Dan tiada lagi janji bersua muka
Menjadi penutup di pondok kecil
Saat anak muda menjadi imamku
Air mata tertumpah bersama titisan wuduk
Entah sedih apa aku dihadapan Tuhan
Barangkali kerana terlalu suka
Atau berharap duka itu dusta
Sedang pertemuan sudah sampai di penghujungnya
Dan tiada lagi janji bersua muka
Alunan sungai dan muziknya
Menjadi hiburan si pondok tua
Bicara unggas, ulat si rama
Berbisik bibit gosip yang sama
Bahawa jasadnya akan disisihkan
Diingat kelak sesaat di kuburan
Kerana benar janji Tuhan
akan penghujung segala pertemuan
Pondok usang yang kembali sepi
Meneruskan hidup seorang diri
Kerana aku adalah pondok hutan
Yang setia bercinta dengan kenangan.
Dan berlipurlara dengan senyuman
Selamat tinggal
Dari si tua,
si pondok hutan.
Sekian Dari Syuib0809.
Alamak ckgu sedihnyaaaa...jgn cm ni ckgu...
ReplyDeleteCikguuu...inshaAllah cg dan sahabat sntiasa di hati.mana mungkin kami lupa seorang guru yg banyak brkorban demi kami,seorang guru yg bnyak menelan fitnah demi kami,seorang guru yg bnyak mngajar kami tntng hidup,seorang guru yg bnyak mmberi nasihat n tujuk ajar buat kami.moga satu hari kami dpt mnjadi spt cg
ReplyDeleteterima kasih cikgu .. hanya ungkapan ini dapat kami ucapkan . tak pernah kami lupa segala jasa dan didikan seorang guru kepada anak muridnya. Diri kami hari ini , atas didikan seorang guru juga .. terima kasih atas segala ilmu dan kenangan .. moga kita bertemu lagi ..
ReplyDeletekami mungkin dah basah kena hujan jika tanpa Si pondok hutan . ��